Sama ada anda sedar atau tidak, tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada antara mereka yang berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
Ads
Ini 4 senaman kaki yang boleh anda lakukan untuk dapatkan kaki tegap dan power.
1. Lunge
Ads
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Ads
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Selamat mencuba! Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Golongan perokok pasif wanita adalah kelompok paling berisiko mendapat adenokarsinoma paru iaitu sejenis kanser yang terbentuk daripada sel paru-paru yang tidak normal, membiak dan membentuk tumor.
“Menurut teori, wanita dikatakan lebih berisiko kerana sensitif terhadap asap rokok. Mereka ini kerap terdedah kepada tabiat pasangan yang merokok, rakan perokok aktif dan tempat awam yang dicemari asap rokok.
“Perlu diketahui ciri kanser paru-paru dalam kalangan perokok dan bukan perokok mempunyai banyak perbezaan. Biasanya, orang yang merokok tidak menyedut asap yang ‘dalam’.
“Mereka hanya sedut sedikit dan hembus. Jadi, asap rokok itu tidak masuk ke bahagian dalam paru-paru dan lebih kepada bahagian luaran saja. Jika kanser berlaku sekalipun, simptom itu akan datang awal. Cuma, kanser akan lebih agresif.
Berbanding perokok pasif, mereka yang terdedah kepada asap rokok ini akan menyedut hingga ke bahagian dalam paru-paru. Kanser yang berlaku sukar menonjolkan sebarang simptom. Ia bagaimanapun berlaku di pinggir (periferi) paru-paru, bukan di tengah seperti dialami pesakit kanser yang merokok.
Perokok yang menghidap kanser paru-paru biasanya akan menunjukkan simptom jelas seperti batuk, batuk berdarah, penat dan susah bernafas. Namun bagi perokok pasif, sel kanser yang tumbuh di pinggir paru-paru menyukarkan pesakit mengesan masalah dihidapi dari awal.
Dalam kebanyakan situasi, perokok pasif yang menghidap kanser tidak akan menghadapi sebarang masalah di peringkat awal. Jadi, kecenderungan untuk mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut adalah rendah.
Apabila simptom jelas mula kelihatan, biasanya sel kanser sudah pun merebak ke tahap tiga, empat dan mungkin sudah terlalu lewat untuk diubati. Sebab itu, dalam kebanyakan kes membabitkan bukan perokok wanita, mereka hanya sedar di peringkat lewat. Tidak ada simptom awal. Tetapi, dalam tempoh antara sebulan hingga setahun, ia sudah mula merebak ke tulang dan organ lain. Ketika inilah baru mereka sedar menghidap kanser.
Membina kesedaran
Kita mahu masyarakat sedar. Wanita khususnya perlu sedar risiko untuk mereka menghidap kanser ini lebih tinggi sekalipun tidak merokok. Penguatkuasaan perlu lebih menyeluruh. Kalau di barat, golongan perokok biasanya akan keluar (dari rumah atau pejabat) dan menjauhi orang lain untuk merokok.
Di Malaysia, kesedaran itu masih kurang. Kita selalu mengingatkan orang ramai supaya jangan merokok di tempat awam, jangan membahayakan kesihatan orang lain, tetapi kesedaran umum dan penguatkuasaan masih di takuk mengecewakan.
Kalau sudah tahu kanser paru-paru berbahaya, sukar dirawat di peringkat lewat, peratus kesembuhan rendah, apa kata setiap orang mengambil tanggungjawab terhadap diri sendiri untuk melalui ujian pengesanan awal atau setidak-tidaknya pemeriksaan kesihatan lengkap?
Terdapat dua jenis kanser paru-paru iaitu:
1. Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) – jenis paling lazim membabitkan 75 hingga 85 peratus keseluruhan kanser paru-paru.
2. Small Cell Lung Cancer (SCLC) – jenis kurang lazim membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kanser paru-paru namun mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal kepada bahagian organ lain.
Bagi perokok tegar, mereka boleh menghidapi mana-mana jenis kanser di atas. Namun, perokok pasif dikatakan lebih cenderung menghidapi adenokarsinoma paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki berat badan ideal bagi lelaki sebenarnya membawa banyak kelebihan dalam kehidupan seharian, baik sama ada dari segi fizikal, mental mahu pun kehidupan sosial.
Namun untuk anda yang mungkin mempunyai BMI yang kurang ideal mungkin sudah tiba masanya untuk lakukan perubahan.
Mungkin dengan ketibaan tahun baharu 2024 tidak lama lagi ia boleh menjadi detik permulaan untuk anda berubah.
Tapi bagi kebanyakan lelaki melakukan diet itu mungkin agak sukar. Apatah lagi terpaksa menahan lapar dan mengubah rutin pemakanan dengan mengejut.
Buat lelaki yang ingin menurunkan berat badan tanpa merasa lapar, berikut MASKULIN kongsikan adalah beberapa petua dan tip terbaik.
Sarapan Kaya Protein
Protein membantu anda merasa kenyang lebih lama. Cuba makan telur, yogurt Yunani, atau oatmeal dengan kacang-kacangan.
Pilih Makanan Tinggi Serat
Makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian penuh akan membantu anda merasa kenyang lebih lama.
Makan Secara Perlahan
Mengambil masa untuk mengunyah makanan anda dengan baik dan menikmati setiap gigitan dapat membantu otak anda mendaftar kenyang lebih cepat.
Elak Makanan Proses Dan Tinggi Gula
Makanan ini sering kali menyebabkan lonjakan gula darah yang diikuti dengan kejatuhan yang cepat, menyebabkan anda merasa lapar lagi.
Makan Makanan Saiz Kecil Tapi Sihat
Jika anda lapar di antara waktu makan, pilih makanan kecil yang sihat seperti buah, yogurt, atau kacang-kacangan.
Minum Air Secara Berkala
Minum air sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar. Pastikan anda minum cukup air sepanjang hari.
Tidur Cukup
Kurang tidur dapat meningkatkan hormon lapar dan mengurangkan hormon kenyang, jadi pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup.
Jaga Kuantiti Makanan
Menggunakan piring yang lebih kecil atau mengukur saiz hidangan dapat membantu mengontrol berapa banyak yang anda makan.
Jangan Lewatkan Makan
Melewatkan makan sering kali berakhir dengan makan berlebihan di kemudian hari. Cuba untuk makan secara teratur.
Bersenam Dengan Teratur
Senaman bukan hanya untuk membakar kalori, tetapi juga dapat meningkatkan hormon yang membantu mengatur rasa lapar.
Ingat, konsistensi dan kesabaran adalah kunci. Perubahan gaya hidup yang berkelanjutan dan realistik akan membawa hasil yang lebih baik dalam jangka panjang.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti yang MASKULIN perkatakan dalam artikel ‘FIT JOURNEY’ sebelum ini, perjalanan menurunkan berat badan dan mendapatkan semula kecergasan diri yang baik merupakan pengalaman yang cukup personal dan berbeza berbanding orang lain.
Apatah lagi jiak seseorang itu mempunyaimasalah berat badan yang agak kronik dengan berat badan yang sangat besar angkanya. Namun adakah itu membuatkan mereka yang ada masalah berat badan seperti itu harus berputus asa dan terima seadanya?
MASKULIN baru-baru ini temui satu perkongsian dari seorang lelaki hebat yang telah membuktikan dengan azam yang tinggi, semangat yang membara, tawakal dan usaha luar biasa segalanya pasti boleh menjadi realiti.
Saudara Ahmad Afif Zafran atau dikenali dengan nama panggilan Tzack merupakan seorang lelaki tang cukup kami kagumi kerana berjaya melakukan transformasi yang sangat hebat.
Bayangkan kira-kira dua hingga tiga tahun lalu dia pernah berdepan dengan masalah berat badan yang sangat kronik hingga mencecah berat 214kg!
Menerusi satu perkongsiannya di Facebook menerusi Group Diet Suku Suku Separuh, MASKULIN telah menghubunginya dan menemu bual secara di atas talian tentang pengalamannya menurunkan berat badan sehingga ke berat sekarang 88kg.
Ia satu penurunan yang sangat besar dan mungkin dianggap mustahil oleh ramai orang. Namun jejaka yang berasal dari Mentakan, Pahang ini telah membuktikan bahawa ia mampu dilakukan. Buat anda yang ada masalah berat badan, MASKULIN berharap agar perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan untuk melakukannya.
Ikuti temu bual MASKULIN tentang ‘FIT JOURNEY’ yang dilalui oleh Tzack di bawah:
APAKAH TABIAT PEMAKANAN ANDA SEBELUM INI?
Saya sering makan makanan yang mengandungi kalori sangat tinggi seperti nasi lemak, roti canai telur untuk sarapan pagi sahaja. Dan kesemua itu setiap satunya saya makan dalam tigha bungkus ke atas.
Pada waktu makan tengahari pula saya suka makan makanan bergoreng seperti nugget atau nasi beriyani nasi. Dalam bab nasitu pula kadang-kadang lebih tiga bungkus juga. Manakala pada waktu malam pula saya sukan makan hingga lewat, kadang-kadang sampai jam dua pagi ke kedai makan seorang diri sebab orang tidak ramai dan saya juga tidak akan berasa segan.
MASALAH KESIHATAN YANG DIALAMI KETIKA BERDEPAN MASALAH BERAT BADAN?
Apa yang saya ingat saya selalu alami tekanan perasan. Dari segi fizikal pula kaki saya memang sangat kerap terseliuh. Berjalan sedikit sahaja pun sangat mudah terseliuh dan cedera di pergelangan kaki.
Selain itu, saya juga berdepan masalah sukar bernafas dan bergerak. Malah, saya juga pernah terfikir mati adalah lebih baik namun siapa oula yang sanggup angkat jenzah saya seberat 214kg.
BAGAIMANA PERASAAN ANDA SERTA KESUKARAN YANG DIHADAPI KETIKA ITU?
Banyak kesukaran yang saya alami. Antaranya saya sukar untuk mendapatkan pekerjaan, tidak dapat ke tandas awam dan juga menonton wayang. Dalam kehidupan saya hanyalah dipenuhi dengan aktiviti membaca buku dan juga melukis.
Pada waktu itu saya amat marah dengan diri sendiri kerana saya merupakan anak sulung. Sepatutnya sebagai anak sulung saya haru membantu ibu bapa dan keluarga bukannya menyusahkan mereka. Pada waktu tengah malam saya sering menangis bersendirian. Kadang-kadang ketika mandi pun saya akan banyak termenung memikirkan nasib saya. Dalam kebanyakan masa memang saya marah dengan diri sendiri.
PERNAHKAH BERDEPAN PENGALAMAN JADI MANGSA BULI ATAU DIEJEK SEBAB PENAMPILAN ANDA?
Ada pernah satu ketika ketika berat saya 214kg, saya keluar beli barang dapur untuk keluarga. Ketika sedang membeli-belah ada satu keluarga datang mendekati saya dan minta untuk bergambar bersama. Kemudian mereka tanya perkara yang cukup mengejutkan.
Mereka tanya sama ada saya membuang air besar dengan mencangkung atau duduk atas tandas seramik serta bagaimana untuk saya melakukan istinjak. Malah ketika beredar mereka ketawakan saya dan menjeling sinis. Pada saat itu saya berasa sedikit malu namun marah kepada diri sendiri kerana membiarkan saya jadi begitu.
BOLEH KONGSI APA YANG MEMBUATKAN ANDA INGIN BERUBAH DAN TURUNKAN BERAT BADAN?
Bulan Julai 2019 menjadi detik pemulaan. Sebelum itu hampir setiap hari saya akan bangun tidur dalam pukul tiga pagi dan menangis menangis memikirkan nasib diri. Kemudian ada satu hari, saya teringat satu ayat dari petikan buku Jackie Chan. Pada tahun 2016 ketika Jackie Chan memenangi Oscar beliau berkata walaupun sudah berusia 64 tahun namun beliau masih memasang impian untuk lebih maju dan berjaya.
Pada waktu itu saya baru berusia 28 tahun. Ketika kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepada saya mula menaruh kepercayaan pada diri sendiri dan bertanya bagaimana jika dalam tempoh beberapa bulan akan datang saiz badan saya makin meningkat. Kemudian dari situ saya memasang impian untuk ubah hidup saya dan lihat ke mana destinasinya jika saya mula melangkah kecil. Saya mula ada impian…
PERKARA PERTAMA ANDA LAKUKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN SEPERTI ‘POTONG’ NASI ATAU GULA?
Dahulu saya pernah cuba dan gagal. Kemudian saya lihat semula di manakah silapnya ketiak berdepan kegagalan itu. Saya pada awalnya tiada ilmu dan nak hasil yang cepat. Kemudian saya tinggalkan semua tabiat lama dan mula mencari maklumat tentang pemakanan sihat. Saya serta grup diet laman media sosial dan mengambil khidmat coach dari Perlis secara online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun ia tidak lama sangat kerana saya turut berdepan masalah kewangan pada masa itu. Sekolah tutup saya pun tidak boleh berniaga dengan ibu. Bencana banjir besar di Pahang turut menjadi punca saya kehilangan pendapatan.
Akhirnya saya teruskan misi secara solo. Pada mulanya rasa agak ‘lost’ sedikit sebab berat stuck sahaja pada angka 110kg. Namun doa saya kemudian dimakbulkan selepas berjumpa kembali harapan. Sahabat baik saya Yeeven dan Chen Yang merupakan dua insan yang banyak membantu saya dalam pemakanan dan pengambilan suplemen yang betul. Kini, saya betul-betul gembira dan sangat bersyukur!
Syabas MASKULIN ucapkan kepada Tzack kerana berjaya melakukan transformasi yang sangat luar biasa. Semoga kisahnya mampu membangkitkan semangat untuk anda semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.