4 Senaman Ringkas Ini Boleh Bantu Anda Kempiskan Perut, Ambil Masa 10 Minit Je!

Share

Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu. Ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan, tetapi terhasil kerana kurang bersenam.

Namun begitu, ada penyelesaian yang anda boleh buat jika anda benar-benar mahu kempiskan perut.

Syaratnya, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti yang MASKULIN sediakan ini.

BACA: 5 Kebaikan Guna Tangga Daripada Lif, Buat Otot Kaki Pejal Salah Satu Daripadanya

1. Bicycle exercise

Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.

2. Vertical leg crunch

Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.

3. Senam lilin

Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.

4. Sit up

Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.

Dengan perkongsian ini, anda tiada lagi alasan untuk kempiskan perut. Semoga senaman yang dilakukan ini akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, kena amalkan selalu!

Published by
arif.karim