4 Senaman Ini Sesuai Untuk Dilakukan Semasa Baring, Ikuti Perkongsian Coach Ini

Share

Bila tiba hari minggu atau cuti, mesti ramai yang malas nak senaman. Tapi dalam masa sama, nak maintain shape dan buang lemak. Semua senaman boleh dilakukan dalam keadaan baring.

Jadi untuk mengatasi kemalasan ini, Coach Ariff Kamarul

menerusi Instagramnya berkongsi senaman untuk anda buang lemak hanya menggunakan senaman sambil baring.

Apa yang menarik, senaman yang dikongsinya ini hanya dilakukan dalam keadaan baring bersama penggunaan dumbbell yang pastinya mudah untuk anda lakukan.

Ikuti senaman yang dikongsikannya.

1. Fly

Senaman ini bertujuan untuk melebarkan upper body dan bahagian dada. Untuk senaman ini lakukan sebanyak 15 reps.

BACA: ‘Abam Besar’ Berjaya Turun 42kg Dalam Masa 5 Bulan, Dia Payung Rahsia ‘Calorie Deficit’

2). Close Grip

Pegang dumbbell dan turunkan tangan sehingga merapati bahagian dada. Selain lelaki, rutin ini juga sesuai dilakukan oleh wanita.

3. Dumbell Skullcrushers

Dalam posisi seperti tadi, bawa tangan ke belakang merapati bahagian sisi telinga. Senaman ini dapat memberi kesan di bahagian triceps.

4. Press

Dari posisi Press tadi, bawa tangan ke atas dada. Turunkan bahu hingga ke lantai.

Dibawah ini adalah video penuh senaman untuk tontonan anda:

 

Published by
arif.karim