Intermittent Fasting (IF) kini merupakan salah satu trend kesihatan yang paling popular di dunia. Ianya adalah istilah untuk corak pemakanan yang berkitar antara tempoh berpuasa dan makan.
IF bukan mengajar anda jenis makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan, sebaliknya ia menekankan BILA anda boleh makan. Dalam hal ini, ia bukan satu “diet” dalam erti kata konvensional tetapi lebih tepat digambarkan sebagai “pola pemakanan”. IF diamalkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan, meningkatkan kesihatan dan memudahkan gaya hidup sihat. Banyak kajian menunjukkan bahawa ia boleh mempunyai kesan yang positif ke atas badan dan otak anda, dan mungkin juga membantu memanjangkan umur.
IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam masa 12-14 jam. So terpulang you all nak mula jam berapa. Kalau start 6.30 petang, esok jam 9.30 pagi baru breakfast. Kalau mula 8.30 malam, 11.30 pagi baru start makan/breakfast.
8 Selebriti Yang Amal ‘Intermittent Fasting’
1. Chris Hemsworth
Chris Hemsworth mengaku menjalankan diet puasa intermittent dengan jarak waktu makannya sampai 15 jam. “Kamu sama sekali tidak makan selama 15 jam. Setelah itu kamu bisa makan tapi dengan porsi sedikit,” ujar Chris.
2. Hugh Jackman
Siapa yang tidak kenal dengan Hugh Jackman, hero Avangers si mutan Wolverine? Ia berjaya mendapatkan tubuh berototnya dengan diet puasa dan sukan berat.
3. Ben Affleck
Ben Affleck diketahui melakukan diet puasa intermittent untuk turunkan berat badan dan memegang watak Batman.
4. Terry Crews
Ads
Lelaki berusia 50 tahun yang merupakan seorang pelakon dan pemain bola terkenal Amerika ini juga melakukan puasa selama 16 jam . Dalam tempoh tersebut ia tidak mengambil apa-apa makanan kecuali minuman asam amino untuk otot.
Apa kebaikan IF?
Banyak!
Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul doktor?
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 6.30 petang.
‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK kilo!
Ads
Di dalam Journal Cell Metabolisme, kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,
Kumpulan Pertama dibenarkan makan sepanjang hari siang dan malam (healthy, controlled diet) manakala Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (lean muscles) dan Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30/10.30 pagi!
Tatacaranya banyak:
As newbie dinasihatkan buat 12 jam dulu. Kita boleh start last dinner pukul 6.30 petang, esok breakfast 6.30 pagi. Bila dah okay, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 pagi breakfast. Lepas itu, teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pukul 6.30 petang, breakfast merangkap lunch pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.
It’s flexible. Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan pukul 8.30 malam, esok itu tak perlu breakfast, terus lunch!
Lapar?
Ads
In between itu, anda boleh untuk:
1. Minum air masak. 2. Minum air garam. Garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral. 3. Green Tea. 4. Coffee. 5. Tea.
Nombor 3, 4, 5 semua without sugar or susu ye! Kang Kak Siti cakap tak boleh gula, boleh lah pergi mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!
Kemudian, IF ini boleh lah buat EOD dulu iaitu Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!
Lepas dah okay boleh buat daily.
*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving/Ketagihan/Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis itu.
Jadi apa tunggu lagi, tapi nasihat admin sebelum melakukan apa-apa diet lebih baik kita bertemu doktor yang lebih pakar kan.
Selamat mencuba!
Sumber : Facebook Siti Aniza Basir
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila bercakap tentang Intermittent Fasting, ramai yang menerima gambaran bahawa berpuasa adalah cara yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan. Menerusi laman Facebook Dietitian Khairul Azuan, dia ada menceritakan tentang konsep Intermittent Fasting yang ramai tidak tahu.
“Ramai yang Kes Intermittent Fasting timbul sekali lagi di media sosial. Saya hanya post berkenaan perkara ini di wall saya dan harap dapat sebarkan untuk kalian faham sebenarnya diet bukanlah siapa paling cepat kurus tapi memilih yang paling sesuai untuk anda amalkan jangka masa panjang. Bukan saya menidakkan bahawa IF ada memberi kesan positif kepada badan manusia tetapi saya katakan bahawa ia tidak sesuai untuk semua orang dan sesetengah golongan perlu berhati-hati dalam mengamalkan jenis diet sebegini. Banyak pendapat berkenaan IF ini tapi saya berikan pendapat berdasarkan kajian yang telah diterbitkan.
Kajian berkenaan IF banyak dilakukan terhadap haiwan dan hanya sedikit terhadap manusia. Kalau ada pun setakat ini hanya melibatkan jumlah yang kecil sahaja. Jadi untuk mendapat konklusi dari jumlah yang kecil dan mewakili keseluruhan populasi adalah tidak sesuai setakat ini. Journal bertajuk INTERMITTENT FASTING AND HUMAN METABOLIC HEALTH pada tahun 2015 membuat konklusi bahawa setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan IF lebih superior/lebih berkesan dari diet biasa yang menyarankan 6x makan setiap hari.
Circadian rythm yang dicanang adalah sebenarnya dari kajian terhadap haiwan, bukannya manusia. Tidak salah untuk ikut tapi untuk ajar orang lain, perlu lebih bertanggungjawab jika ada apa-apa kesan negatif lebih-lebih lagi jika mereka golongan berisiko.
Akhir sekali, saya hanya mahu berpesan bahawa jika mahu kekalkan berat badan yang telah turun, fokus pada konsisten. Buat diet yang anda boleh konsisten jangka masa panjang. Kalau IF berkesan untuk anda, silakan. Tapi perlu tahu exit plan kalau jadi apa-apa. Kembali kepada diet sihat yang fokus masa, jumlah dan jenis.
Saya TIDAK KAGUM jika anda turun 100kg pun dalam 1 bulan. Saya hanya kagum jika anda dapat kekalkan apa yang telah anda turunkan.
Ramai yang inginkan ketinggian ideal terutamanya golongan lelaki. Tidak semua mampu jadi tinggi kerana genetik anda yang sememangnya mempunyai ketinggian tidak seberapa. Namun bagi mereka yang ada potensi menambahkan ketinggian, ada beberapa cara boleh anda lakukan.
Amalkan pemakanan seimbang
Dapatkan lebih banyak protein untuk badan. Misalnya anda perlu makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan atau ayam yang membantu menguatkan tulang dan otot. Selain itu, banyakkan pengambilan kalsium dalam susu atau bijirin. Jangan lupa hidangkan susu setiap pagi sebelum ke kolej ataupun sekolah. Pemakanan seimbang boleh membantu anda jadi lebih tinggi dan sihat.
Lakukan senaman sepanjang usia remaja
Pada usia remaja inilah anda perlu aktif lakukan aktiviti sukan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana kadar tumbesaran amat cepat pada peringkat ini. Cuba biasakan diri anda pergi ke gimnasium dan lakukan beberapa senaman secara kerap. Jika ia membebankan atau anda tidak digemari maka anda perlu sekurang kurangnya lakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit kerana aktiviti ini dapat meningkatkan ketinggian anda secara semula jadi.
Dapatkan tidur yang cukup setiap malam
Tidur adalah masa badan anda membesar, oleh itu tidur yang cukup perlu bagi memberikan masa kepada badan untuk membesar. Dapatkan tidur selama 9 jam hingga 11 jam setiap hari jika anda berusia di bawah 20 tahun. Hormon tumbesaran dihasilkan ketika waktu tidur. Oleh itu, tidur yang cukup dapat mempengaruhi kadar penghasilan hormon ini.
Catat tumbesaran
Banyak saja cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ketinggian, namun anda perlu ingat bahawa alkohol dan dadah juga boleh mencacatkan kadar ketinggian anda terutamanya pada waktu remaja. Mengikut kajian saintifik, pengambilan steroid juga boleh mengganggu kadar tumbesaran. Remaja lelaki yang inginkan bentuk badan lebih menarik tidak perlu ambil steroid kerana ia hanya akan memberikan kesan lebih buruk.
Jumpa doktor pakar
Jika anda lahir dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai ketinggian yang ideal dan anda tidak pula tinggi maka anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor. Apabila anda sudah mendapat tidur yang cukup dan amalkan pemakanan yang seimbang tapi kadar ketinggian tidak meningkat, anda perlu bertanyakan doktor apakah sebabnya dan cuba ikut apa yang doktor sarankan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8-Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan pada fungsi ginjal badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih ‘wear-n-tear’ akan berlaku jika ia berterusan untuk jangka masa berpanjangan.
9-Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori sehari. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10-Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2 kali potong roti atau 4 kali paket gula meja kecil.
JADI BOLEH DIAMALKAN ATAU TIDAK?
Jawapan itu bergantung pada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Saya sendiri? Saya amalkan diet seimbang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi serat. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.