Majoriti lelaki lebih gemar ke tempat kerja atau keluar rumah dengan menunggang motosikal. Berbeza pula dengan wanita, mereka lebih suka akan kenderaan yang berbumbung seperti kereta.
Bagi lelaki, walaupun berkemungkinan terdedah kepada risiko berbahaya, menunggang motosikal jauh lebih menyeronokkan kerana :
Motosikal bersaiz kecil dan mudah ‘mencilok’ di celah-celah kenderaan besar. Jadi peratusan untuk turut sama tersangkut dalam kesesakan sememangnya agak rendah.
Jika menunggang motosikal di lebuh raya, andai kata terlepas simpang, penunggang motosikal boleh berpusing kembali dari tepi jalan dan masuk ke simpang yang betul. Berbeza dengan kereta, sekali silap simpang, berpusinglah satu lebuh raya.
Diakui, menunggang motosikal lebih jimat minyak berbanding bawa kereta. Kereta paling kurang nak jalan jauh sikit, kena isi RM20. Motosikal, RM5 pun masih OK lagi.
Walaupun parking penuh, parking motosikal biasanya masih boleh menerima pertambahan bilangan motosikal. Caranya, penunggang motosikal yang baru sampai akan adjust kedudukan motosikal sedia ada sampai jadi muat.
Namun dalam masa sama, menunggang motosikal memang terdedah kepada pelbagai risiko seperti :
Jika silap mencilok atau tak lepas memotong, motosikal biasanya terdedah dengan risiko dilanggar kenderaan besar. Solusinya, kekal menunggang di lorong kiri.
Meski pun memakai baju hujan, penunggang motosikal biasanya akan basuh kuyup sehingga menggigil kesejukan jika terkena hujan. Dinasihatkan, berhentilah di tempat yang selamat sebelum menyambung perjalanan.