Usah biarkan hari Jumaat anda berlalu begitu saja. Belum tentu lagi anda akan berjumpa dengan Jumaat seterusnya, esok saja pun belum tentu.
Usahakan untuk baca surah al-Kahfi setiap Jumaat. Kalau masih tak sempat atau belum lancar membaca, bukalah video atau audio bacaan surah ini. It’s something compare than nothing.
Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang memiliki bahasa begitu tinggi. Setiap surah-surah-Nya memiliki keagungan, manfaat dan keutamaan tersendiri.
Salah satunya adalah surah al-Kahfi yang memiliki banyak fadilat terutamanya jika dibaca pada hari Jumaat. Surah al-Kahfi juga disebut sebagai Ashabul Kahf iaitu surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di kota Makkah.
Antara manfaat mengamalkan surah al-Kahfi:
Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra : “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada dua Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)
Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).” (Sunan Ad-Darimi, No. 3273)
Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
Mulakan dengan sikit-sikit. Bahagikan kepada 6 kali baca untuk satu surah
Ayat 1-31
Ayat 32-50
Ayat 51-59
Ayat 60-82
ayat 83-99
Ayat 100-110
Tempoh membaca surah al-Kahfi dikira pada hari Jumaat iaitu bermula dari selepas Maghrib hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.
Selamat beramal!