Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ini antara produk yang boleh anda gunakan untuk membuang kulit mati:
Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Scrub muka untuk jerawat yang murah
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Ads
Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
Ads
HIMALAYA Apricot Scrub
Scrub muka apricot yang boleh didapati di Watsons
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Ads
St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Jangan lupa ke Karnival Karangkraf 1-3 Jun ni! Mungkin anda boleh dapat produk scrub secara percuma? Siapa tahu kan?
Tak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan muka harus dijaga untuk kelihatan lebih kacak dan beryakinan tinggi.
Tak susah mana pun sebenarnya. Jika malas menggunakan kaedah tradisional, anda boleh juga membeli produk pembersihan yang ada dijual di pasaran.
Berikut adalah 7 jenis produk lelaki yang boleh dicuba keberkesanannya :
1. Nivea Men Whitening Oil Control Foam 150 gm
Nivea Men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan seperti menjadikan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih yang terkandung di dalamnya turut memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda selain menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Harga di pasaran sekitar RM14.70.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit biasa
2. Garnier Men Turbolight White & Oil Control Icy Duo Foam 100ml
Pencuci muka ini mempunyai buih mencuci dengan kesan tindakan sebanyak dua kali. Produk ini mampu membersihkan liang pori dengan baik kerana di dalamnya terkandung bahan seperti tanah liat putih. Selain boleh menjadikan kulit muka anda bebas minyak dan kotoran hanya dengan sekali cucian, ia turut mampu menjadikan kulit muka anda lebih cerah berseri dengan adanya icy mineralite complex. Harga di pasaran sekitar RM16.93.
Pencuci muka ini mempunyai ekstrak Aloe Vera sebagai komponen utamanya. Kandungan ini merupakan bahan semulajadi antibakteria dan anti-radang yang mampu melegakan kulit sensitif. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit muka tetapi ia juga merawat kulit muka yang bermasalah. Pembersihannya yang mendalam mampu membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori muka dan juga mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki yang mempunyai masalah kulit sensitif dan juga mengekalkan keremajaan pada kulit wajah. Harga di pasaran sekitar RM17.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit penuaan
4. L’Oreal Men Expert White Activ Cleansing Foam 100ml
Pencuci muka ini diperkaya dengan Pro Exfoliatine iaitu agen mengupas yang dapat membuang kotoran pada permukaan kulit untuk memastikan proses pembersihan dapat dilakukan dengan teliti sekali gus memberikan seri pada kulit wajah agar kekal berkeyakinan sepanjang hari. Produk ini direka khas untuk lelaki yang mempunyai jenis kulit kering yang melampau selain mampu memberikan kulit yang cerah secara semulajadi. Pencuci muka ini bukan sahaja untuk kulit kering, tetapi ia juga untuk kulit yang normal bagi memberikan perlindungan yang berpanjangan kepada para lelaki yang sering terdedah di bawah sinaran matahari. Harganya di pasaran adalah sekitar RM23.00.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kombinasi
5. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash 150ML
Pencuci muka yang dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang licin dan bebas dari masalah kulit. Pencuci muka yang menggunakan bahan bebas sabun yang membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Neem terkenal dengan ciri-ciri penulenan dan antibakterianya. Neem mampu membunuh bakteria yang menyebabkan masalah pada kulit dan dengan digabungkan bersama kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan menjadikan kulit anda lembut, bersih, segar dan bebas dari masalah. Harga di pasaran sekitar RM28.24.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
6. Hada Labo – AHA/BHA Foaming Wash160ml
Pencuci ini sememangnya jenama yang terkenal di negara Jepun. Tekstur buih ringan dan pengunaan 2 kali dalam sehari mampu membersihkan kotoron pada kulit wajah. Selain memberikan muka nampak licin dan cerah dan membantu menanggalkan sel kulit mati, anda tidak perlu bimbang kerana pencuci muka ini bebas dari bahan pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Pencuci muka ini juga menyeimbangkan pH kulit sekali gus mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Harga di pasaran RM35.40.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kering
7. Physiogel Daily Defence Cleansing Gel Cream 200ml
Pencuci muka ini sesuai untuk yang berkulit alergik, ia telah diuji oleh para dermatologis. Ia mencuci segala kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan kelembutan yang bak sutera. Kelebihan produk ini adalah, ia bebas dari bahan pewangi, preservatif dan pewarna. Pencuci muka yang sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif. Harga di pasaran sekitar RM41.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit sensitif
Produk-produk di atas adalah pilihan kebanyakan lelaki dan jika anda mahu gunakan produk yang dinyatakan, sila dapatkan rujukan pakar untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan kemeja memang tidak boleh dipisahkan. Tidak kiralah sama ada kemeja formal atau kasual, rata-rata lelaki memiliki walau sehelai kemeja dalam simpanan.
Bagi yang gemar memakai kemeja, biasanya anda lebih cenderung untuk melihat dari segi faktor corak dan warna sebelum membelinya. Namun hakikatnya, pemilihan dan cara penjagaan kemeja lebih daripada itu.
Sebelum anda ingin membeli kemeja, pastikan anda ketahui info penting ini agar pemakaian kemeja yang anda sarungkan pada tubuh tampak kemas dan kena dengan gaya.
Ini merupakan 6 panduan dalam memilih dan menjaga kemeja yang lelaki perlu ambil tahu.
1. Perlu ada sekurang-kurangnya 10 kemeja
Bagi yang bekerja pejabat, anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja dalam simpanan. Ini penting agar anda boleh menukar kemeja baharu untuk kegunaan hari lain jika ketujuh-tujuh helai kemeja telah digunakan dan dihantar ke dobi. Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja dalam bidang korporat perlu memiliki sekurang-kurangnya empat helai kemeja putih dan empat helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan, adalah lebih praktikal dan bijak jika anda memiliki apa sahaja warna kemeja. Yang penting kolar kemejanya sesuai dengan bentuk wajah dan tuntutan kerja anda.
2. Elak memakai kolar ketat
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar kemeja yang anda ingin beli tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja yang cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar pada kemeja tersebut sendat dan nampak leher anda tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
3. Satu kemestian miliki white button down shirt
White button down shirt adalah suatu kemestian untuk dimiliki lelaki dalam almari simpanan. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar gaya anda tampak lebih segak.
4. Cuci kemeja dengan tangan
Kemeja paling elok dibasuh dengan cucian tangan. Jika anda kerap mencuci kemeja menggunakan mesin basuh atau menghantarnya ke dobi, tidak mustahil sekiranya kemeja yang mahal pun akan tampak murah berbanding jika anda mencucinya dengan cucian tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar kemeja anda itu sentiasa berbutang.
5. Elakkan memakai kemeja button down
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih berkain keras dengan kolar straight atau kolar wing. Elak daripada memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
6. Bijaklah memadankan kemeja
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan kemeja tersebut dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap. Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik gaya yang segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted and subtle) dan membuatkan pemakaian kemeja anda lebih smart.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zaman sekarangboleh dikatakan produk penjagaan wajah lelaki memang sudah tidak kalah dengan produk untuk wanita.
Segala macam produk yang dihasilkan spesifik untuk penggunaan berbeza ditawarkan untuk lelaki di pasaran.
Malah disebabkan berlakunya pencemaran udara lelaki zaman kini perlu lebih peka dengan kesihatan kulit mereka sama ada wajah atau pun di anggota badan yang lain. Jadi usahlah hairan bila semakin ramai lelaki kini lebih terbuka bercakap tentang produk penjagaan kulit.
Namun dengan lambakan produk yang ada di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Terasa panas
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda. Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Kering & kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.