4 Rutin Mudah Miliki Kulit Bersih & Bebas Jerawat, Yang Penting Jangan Malas!

Anda boleh miliki kulit bersih dan bebas jerawat jika anda amalkan rutin penjagaan wajah yang betul. Ramai lelaki menganggap mereka tidak perlu menjaga wajah seperti wanita. Sudah memadai dengan mencuci wajah dengan air. Sama sekali salah kerana kulit anda juga perlu sihat dan kekal bersih agar bebas jerawat.

Bagi menjaga kulit, pastikan anda amalkan 4 rutin mudah ini. Nak kulit bersih dan cantik, yang penting anda jangan malas!

1. Pilih pencuci muka ikut jenis kulit

Jangan gunakan sabun badan untuk mencuci muka kerana ia boleh mengeringkan kulit muka, malah sesetengahnya boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk jenis kulit muka anda.

Pencuci muka untuk menghilangkan minyak merupakan pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.

Jika anda ada masalah jerawat, gunakan pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen untuk merawat jerawat.

2. Cuci wajah setiap hari

Mencuci muka lebih daripada sekali boleh mengeringkan kulit muka. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupun setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali. Jika anda ingin menyegarkan muka, bilas muka dengan air (seperti anda mengambil wuduk) tapi jangan menggunakan pencuci muka.

Jangan gunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh mengeringkan kulit muka dengan cepat. Elak menggosok muka selepas mencuci, cukup hanya menepuk kulit wajah dengan kain sehingga kering.

3. Elak tidur dengan krim pelindung matahari

Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, lebih baik anda membilasnya dahulu sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit jika anda biarkan terlalu lama pada kulit wajah.

4. Buat exfoliate secara berkala

Skrub muka 2-3 kali seminggu boleh menghilangkan sel-sel kulit mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa anda mencuci kulit muka setiap hari. Exfoliate boleh menjadikan kulit lebih cerah dan sihat. Ia juga memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas anda skrub muka.

Semasa menyapu skrub muka, anda perlu gosok perlahan-lahan. Ataupun anda boleh menggunakan berus muka khas untuk muka. Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.

Semasa mencuci muka, utamakan bahagian dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat-tempat ini mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.