Siapa yang tak gelabah bila tengah layan laptop, tiba-tiba laptop terpadam dengan sendirinya. Lepas dah ok, 3-4 minit terpadam lagi.
Mesti anda angin, tambahan pula anda tengah menyiapkan kerja-kerja penting dan bahannya anda tak sempat nak save. Jangan panik! Sebelum anda ‘campak’ laptop ke lantai, baik anda tahu dahulu puncanya.
Touch Media Laptop Specialist (TMLS) menerusi bebenangnya di Twitter ada berkongsi punca dan jalan penyelesaian berlakunya perkara ini. Kalau terjadi lagi perkara yang sama, sekurang-kurangnya anda sudah tahu puncanya dan cara nak selesaikan. Tak adalah anda panik tak tentu pasal!
Ok, ini perkongsiannya.