4 Posisi Yoga Ini Sama Seperti Gerakan Kita Dalam Solat, Salah Satunya Adalah Ruku’.

Share

Ketika anda sedang solat, adakah anda sedar bahawa posisi yoga seakan sama dengan perlakuan kita di dalam solat? Sujud contohnya, menyamai kedudukan Balasana dalam posisi yoga. Manfaat yang ada pada solat juga serupa dengan yoga. Jadi terbukti dengan solat kamu akan bertambah sihat di tambah ia perkara yang wajib serta mendapat ganjaran pahala bagi golongan muslim.

Ini antara kedudukan solat yang serupa dengan posisi yoga dan manfaat kesihatannya:

1. Qiyam vs Namaste

Sewaktu Qiyam dan Namaste, kedudukan kedua-dua belah kaki adalah sama. Kedudukan ini akan mengaktifkan saluran saraf yang dapat mengawal kesihatan sistem otot, kulit, hati,pankreas dan mata. Dalam masa yang sama, ia dapat memperbaiki postur badan.

2. Ruku’ vs Ardha Uttanasana

Posisi Ruku’ dan Ardha Uttanasana akan meregangkan otot pada bahagian belakang, peha dan betis sepenuhnya. Ia dapat melancarkan otot-otot perut, abdomen dan buah pinggang. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan darah yang lebih baik pada bahagian kepala, mata, hidung dan paru-paru seterusnya mampu mengeluarkan toksin yang ada dalam badan.

3. Duduk antara dua sujud vs Varjasana

Duduk antara dua sujud dan Varjasana membantu detoksifikasi hati dan merangsang usus besar. Posisi ini membantu sistem pencernaan dan mempercepat penghadaman. Kedudukan ini dapat membantu mengubati urat varikos dan sakit sendi, meningkatkan fleksibiliti dan menguatkan otot pelvis.

4. Sujud vs Balasana

Sujud merupakan kedudukan yang paling penting dalam solat. Kedudukan ini akan mengekalkan kesihatan limfa, sistem tulang belakang kelenjar prostat dan kelenjar adrenal. Selain itu, ia juga mampu menyihatkan sistem peranakan, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan tekanan, kebimbangan, pening dan keletihan.

SUMBER: via mvslim.com

 

Published by
Ruziana Zainal