Agaknya ada tak diantara pembaca Maskulin jenis malas nak kemas katil? Kalau ada…kenali anda yang sebenarnya..
Cuba teliti balik sama tak dengan personaliti korang yang malas kemas katil tu?
Orang yang tidak mengemas katil berkemungkinan rumahnya juga dalam keadaan bersepah. Anda kononnya tidak punya waktu dan lebih gemar dengan sikap ‘biar’. Pagi-pagi lagi sudah dengan sikap ‘takpa apalah’ atau ‘nantilah’, jadi bagaimana dengan urusan seharian? Anda juga langsung tidak tahu organized dan gemar buat fikiran sendiri celaru dengan pelbagai perkara remeh.
Seperti diatas, sikap mengatur jadual dan masa bukan menjadi kemestian anda. Jadi anda lebih gemar dengan mantera follow the flow yang tidak boleh diguna pakai untuk semua perkara. Anda tidak mahu tahu apa tugasan seterusnya dengan lebih rela melakukannya mengikut mood.
Individu yang suka mengemas dan mengatur ini adalah seorang yang tenang. Kunci untuk hidup yang tenang dan damai ialah dari menjaga kebersihan. Bayangkan seawal celik mata pun anda sudah bersepah, ini menunjukkan anda punya minda yang serabut atau terlalu banyak berfikir! Ketahuilah personaliti anda boleh terganggu dengan persekitaran sekeliling. Jadi perbaikinya lah…
Alasan biasa yang diberi ialah ‘tak sempat’ atau ‘bangun lewat’, maksudnya apa? Anda tidak bijak dalam mengatur masa. Pengurusan masa pada waktu pagi adalah yang paling suntuk dan membuatkan ramai kelam-kabut. Namun jika anda seseorang yang tenang, teratur dan bijak tentang kira-kira masa tidak menjadi masalah untuk membuat tugasan ringan dahulu seperti mengemas katil.
Jadi kesimpulannya sila jangan malas sangat untuk mengemas lebih lagi untuk diri sendiri. Sikap mengemas katil ini tak seharusnya dipandang remeh. Keadaan katil umpama kapal karam juga boleh membawa kepada pembawakan bakteria dan kuman. Sekali-sekala buka tingkap bilik dan empuk tilam, bantal dan selimut supaya ada peredaran udara. Jangan nak muka je elok, bilik tidur macam kapal karam kan!
Sumber : Wanista