Saat bergelar suami isteri tentu banyak perubahan yang bakal anda alami. Segala baik dan buruk pasangan haruslah diterima sebagai pelengkap dalam rumah tangga. Jika dahulu segalanya dilakukan sendiri tapi sekarang bila dah berkahwin, semuanya haruslah dikongsi.

Dalam perkahwinan pasti ada pasang surutnya. Segala cabaran yang mendatang haruslah ditangani dengan penuh sabar bagi mengelakkan perbalahan. Jadikan perubahan yang berlaku selepas berkahwin ini sebagai asam garam dalam meniti rumah tangga.

Ketahuilah empat perkara yang berubah setelah berkahwin menerusi perkongsian Mohd Fhais di laman Facebooknya. Laluilah alam perkahwinan dengan enjoy dan tak perlu stres agar perkahwinan yang anda dan pasangan bina kekal selamanya.

Baik Buruk Perubahan Selepas Kahwin Tetap Kena Telan. Jangan Stres, Baru Bahagia!

Kahwin Kena Enjoy, Jangan Stress!

Orang kahwin mana yang tak ada masalah. Semua bermasalah. Tapi tak bermaksud dah berkahwin tak boleh enjoy. Malah lepas kahwinlah kena banyak enjoy, baru bahagia!

Pejam celik dah masuk 6 tahun usia rumahtangga saya dan isteri. Mula berdua sekarang dah berempat.

Banyak sangat perubahan dah berlaku. Baik buruk perubahan itu semua ditelan. Suka atau tak tetap kena telan. Inilah kehidupan berumahtangga.

Sekarang dah tak sama macam dulu,

Ads

1. Masa mula kahwin dulu tak boleh cakap sembarangan. Walaupun typo kat whatsapp, mudah curiga. Boleh buat merajuk 2-3 hari. Sensetif ya amat.

Sekarang dah lain. Trust tu lebih kuat. Pergi kerja jauh sampai ke negara orang pun dia tak curiga. Nak trust kuat, jangan sesekali buat onak, sekali buat sampai ke tua dia tak percaya.

2. Kalau dulu masing-masing jaga badan. Maintain pakai baju saiz m. Tapi sekarang asal nampak makanan, semua di bedal. Itu sebab saiz baju dah bertukar xl. Suami badan berisi tandanya bahagia. Betul ke??

Tapi badan je berisi tapi poket tak berisi pun tak boleh bahagia juga. Kena lah rajin usaha.

Ads

3. Dulu setiap masa nak meseg tanya buat apa tu. Kalau boleh setiap minit nak tahu status terkini. Kadang rasa annoying pun ada.

Tapi sekarang tak ada dah nak meseg-meseg. Call terus je. Itu pun kalau ada emergency baru nak call. Rasa rindu pula nak meseg sweet-sweet.?

4. Dulu cepat gelabah. Masalah kecil pun nak haru biru. Ingat lagi masa rania kecil, dia menangis je, dah jerit-jerit panggil isteri. Punyalah gelabah tak tahu nak buat apa masa tu.

Tapi sekarang dah kental. Nak mandi anak, cebuk berak, bagi anak makan semua dah teror. Siap boleh bagi isteri rehat lagi kat rumah. Bukan kena Queen Control ye tapi dah boleh Control Ego sendiri.

Ads

Itulah maksud perkahwinan, semua akan berubah.

Berubah lebih baik, atau lebih buruk. Pilihan pada kita sendiri.

Perkahwinan sepatutnya menjadikan kita lebih kuat. Setiap dugaan dan masalah yang di tempuh sepanjang perkahwinan adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat.

Bak kata Prof. Muhaya,

“Kena ENJOY dengan masalah, sebab masalah itulah yang akan buat kita jadi lebih kuat!”

Perkahwinan adalah ujian. Ujian kejujuran, ketahanan dan kepimpinan. Lulus ujian ini jambatan menuju kebahagiaan menanti kita.

Mohd Fhais
No Pain, No Gain!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI