Jom kita kongsikan perkongsian daripada saudara Zul Hafiz Yahya di laman facebooknya
” Bagaimana lelaki yang memakai seluar nipis? atau cawat londeh menampakkan jenama seluar dalamnya?
Mari berpakaian dengan Ilmu berpandukan pencipta kita dan insan yang kita kata kita berimankan beliau sebagai rasul dan pesuruhNya, bukan ikut-ikutan. Sesungguhnya mengenai hukum memakai seluar
Hukumnya ialah harus dan mengenai masalah aurat maka perlulah ditegaskan beberapa perkara :
Ini berdalilkan kepada hadith dari Ibn Abbas ra yang menyebut baginda nabi pernah bersabda : “ Barangsiapa yang tidak mendapati kain maka hendaklah dia memakai seluar” (hadith sahih diriwayatkan oelh Bukhari no. 5804 dan Ibn majah dan lain-lain).
Hadith di atas menjelaskan keharusan memakai seluar dan hukumnya bagaimanapun tetap tertakluk kepada penjagaan batas-batas syariat.
Mengenai masalah Isbal (melabuhkan pakaian)
Hukumnya ialah harus melabuhkan pakaian jika ianya dilakukan bukan dan tanpa kerana untuk bongkak atau untuk fesyen.
Ini berdalilkan kepada hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa baginda rasul bersabda : “Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari kiamat” lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ? Maka dijawab oleh baginda : “ Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka yang membuatnya kerana bongkak (sombong)” (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335 dan lain-lain).
Hadith-hadith sekitar isbal semuanya menjanjikan azab dengan adanya syarat “خيلاء” iaitu sombong atau bongkak. Lalu ianya dikhususkan dengan wujudnya pembolehan melakukannya dengan tiadanya syarat sombong atau bongkak ini dan disebabkan maslahat seperti halnya perbuatan Abu Bakar as-Sidiq ra.
Namun jika dilabuhkan pakaian baik seluar atau kain atau apa-apa lantaran merasa riya dan seronok seluarnya itu labuh kerana merasa lawa dan cantik maka hukumnya ialah haram.
Ini jelas dilarang dalam islam bahkan nabi menyebut : “ Allah tidak akan memandang mereka yang memakai pakaiannya dengan bongkak” ( hadith sahih riwayat bukhari no. 5783 dan Muslim).