4 Manfaat Pisang Buat Tubuh Badan, Salah Satunya Pantas Kempiskan Perut Buncit

Share

Pengambilan pisang dalam diet harian memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan. Pisang dapat membantu mencapai matlamat mengurangkan berat badan, menjaga usus, membekalkan nutrien bagi mengawal degupan jantung serta membekalkan vitamin untuk kesihatan mata.

Campuran unik vitamin, mineral, dan Karbohidrat Glisemik rendah dalam pisang telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran di kalangan atlet ketahanan.

Percaya tak, kalau nak ‘kempiskan’ semula perut, cuba makan pisang selama satu bulan?

 

 

Sebenarnya, pisang mempunyai khasiat dan manfaat yang sangat banyak, terutamanya untuk membakar lemak dan melancarkan sistem pencernaan. Antaranya:

1. Mencegah Kembung

Kajian menunjukkan, jika memakan pisang satu sehingga dua biji sehari sebelum makan, ia akan mengurangkan masalah perut kembung. Pisang juga boleh meningkatkan bakteria baik dalam usus untuk melawan bakteria penyebab gas.

2. Menjaga Sistem Pencernaan

Pisang yang terkenal dengan kekayaan prebiotik akan membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan menyihatkan sistem pencernaan.

3. Membakar Lemak

Pisang kaya juga kaya dengan cholin dan vitamin B yang akan bertindak menghalang penyimpanan lemak dalam perut. Vitamin ini juga bertindak secara terus pada gen yang menyebabkan lemak terkumpul dalam badan.

4. Cegah Perut Buncit

Jika pisang mampu membakar lemak di dalam perut, maka secara automatik ia juga mempunyai manfaat untuk mencegah masalah perut buncit. Kandungan potasium dalam pisang mampu mencegah retensi air dalam tubuh yang juga mencegah keradangan dalam badan.

Published by
Ruziana Zainal