Penyelenggaraan kereta atau servis kereta merupakan perkara penting yang perlu dilakukan jika anda memiliki kereta sendiri.
Malah, maintance kereta ini terbahagi kepada 4 jenis. Tak cukup dengan buat major servis saja ya. Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha bengkel @service kereta. Barulah kereta jarang rosak dan sedap bawak.
Major service tak memadai
Guide ni memang saya tujukan buat consumer yang beli kereta baru ataupun kereta terpakai. Sebagai contoh ramai consumer menganggap bila diorang buat major service seperti (plug,engine oil,gb oil dan radiator flushing) dah memadai.
Maintenance kereta terbahagi kepada 4 jenis;
1-Engine maintenance
2-Undercarriage maintenance
3-Aircond maintenance
4-Accessories maintenance
1. Engine maintenance
Untuk engine maintenance jangan hanya pandang pada engine oil, gearbox oil,spark plug, coolant saja. Dekat engine ada berbagai-bagai jenis seals yang kita harus update. Sebagai contoh flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan timing belt, chain drive.
Apa keburukan kalau kita abaikan benda-benda yang dinyatakan tadi. Engine jadi tak sihat, ada kebocoran minyak, kalau timing belt putus, habis semua valve bengkok dan sebagainya. Jadi tolong ambil berat pada engine maintenance ni. Jangan sekadar tukar engine oil sahaja.
2. Undercarriage maintenance
Ia adalah penyelenggaraan seperti Absorber, balljoint,bushing, bearing. Benda ni penting untuk keselamatan anda especially yang zero knowledge pasal kereta. Consumer selalu terlepas pandang benda ni lepas tu pergi foremen tanya diorang “eh kenapa kereta saya tak rasa macam dulu lagi.”
Ads
Untuk keburukan tak update undercarriage pulak. Kereta jadi tak stabil kadang-kadang tu nak bawak kereta pun tak selesa. Sebab apa? Semuanya rasa longgar je. And tolong pandang serius benda ni kalau tak, boleh lead to accident.
3. Aircond maintenance
Ini yang paling simple untuk diselenggara tapi kalau ambil mudah confirm lepas je buat major service dekat aircond saya boleh jamin poket anda semua akan berlubang. Ini disebabkan aircond sistem terlalu sensitif untuk diabaikan.
Sebagai contoh saya ambil masalah aircond yang selalu dialami oleh pengguna kat Malaysia. Compressor dah berbunyi tapi still pakai sampai lah compressor aircond tu jammed. Tapi perlu diingatkan bila compressor jammed habis satu sistem aircond tersumbat dek habuk compressor.
Ads
4. Accessories maintenance
Ini part paling langsung tak diambil berat. Kadang-kadang soket lampu dah cair, soket sensor pecah, lampu brake tak menyala. Benda kecil macam ni memang nampak remeh tapi sekali problem belum tentu semua foremen boleh troubleshoot.
Saya bagi satu masalah untuk accessories, sekiranya ada salah satu socket sensor yang penting untuk engine pecah engine akan sentiasa berada dalam keadaan safe mode dan kemungkinan engine failure pun tinggi. Bayangkan kalau socket kipas yang pecah. temperature naik pun tak sedar.
semua tips simple yang saya boleh share dekat lelaki or perempuan. Fahamkan kereta kita supaya kalau rosak kelak kita tahu apa yang kereta tu nak. And tolong jangan ambil mudah pasal maintenance kereta anda.
Walaupun sudah enam tahun pemergian mendiang Paul Walker akibat kemalangan kereta pada tahun 2013, minatnya terhadap kereta bukan hanya dalam filem Fast and the Furious semata-mata tetapi telah dibuktikan menerusi dunia realiti.
Buktinya boleh dilihat menerusi 21 unit kereta dan motosikal kepunyaan mendiang Paul Walker yang bakal dijual dalam satu acara bidaan Barrett-Jackson’s 49th Annual Scottsdale Auction pada 11 Januari hingga 19 Januari 2020. Sudah pasti, koleksi ini menjadi buruan peminat kereta yang ingin menjadikannya sebagai aset peribadi.
Ternyata koleksi kepunyaannya ini bukanlah calang-calang kerana ia terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan dari serata dunia menerusi penghasilan dari era yang berbeza-beza.
Selain sepasang BMW M3 E30 tahun 1988 dan 1991, turut menjadi perhatian tentunya lima buah BMW M3 Lighweight 1995, yang mana model dari siri ini sangat rare kerana dihasilkan hanya 125 unit sahaja.
Paul Walker bertuah miliki salah satu kereta 1995 BMW M3 Lightweight daripada 125 yang dikeluarkan.
Bukan itu saja, Paul Walker juga penggemar muscle car dan klasik antaranya Chevrolet Nova Wagon 1963, Chevrolet Chevelle Wagon 1964 dan Chevrolet II Nova 1967. Bahkan satu lagi kereta yang turut mendapat perhatian dan tidak pernah dibawa berlumba ialah kereta Ford Mustang Boss 302S 2013.
Bergelar penggemar kereta jenama Jepun dalam filem aksi Fast and the Furious, di dunia sebenar juga beliau menunjukkan minat yang sama apabila memiliki kereta Nissan Skyline GT-R R32 1989, trak pickup Toyota Tundra 2006 dan Nissan 370Z 2009, kenderaan yang pernah digunakan dalam Fast Five.
Antara koleksi Paul Walker yang bakal dijual – 2009 Nissan 370Z, kereta lumba 2013 Ford Mustang Boss 302S dan 1995 BMW M3 Lightweight.
Ini merupakan 21 koleksi kenderaan Paul Walker yang bakal dijual:
– 1963 Chevrolet Nova Wagon
– 1964 Chevrolet Chevelle Wagon
– 1967 Chevrolet II Nova
– 1988 BMW M3 E30
– 1989 Nissan R32 Skyline Race Car
– 1991 BMW M3 E30 Coupe
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete
– 1995 Ford Bronco SUV
– 2000 Audi S4
– 2003 Ford F250 Pickup
– 2004 GMC Sierra 1500 Pickup
– 2005 Harley-Davidson RS (motosikal)
– 2006 Toyota Tundra Pickup
– 2008 Suzuki (motosikal)
– 2009 Nissan 370Z
– 2011 BMW (motosikal)
– 2013 Ford Mustang Boss 302S Race Car
Harley Davidson Softail Fat Boy mula mendapat perhatian dalam kalangan penunggang motosikal apabila ia digunakan dalam filem Terminator pada era 90-an. Sejak itu, model tersebut menerima kemas kini dari masa ke semasa.
Terkini, versi 2018 baru sahaja melakukan kemunculan. Pengeluar model kruiser Amerika Syarikat itu melakukan beberapa kemas kini.
Sebagai permulaan, lampu depan halogen kini digantikan dengan unit LED. Kemudian mentol LED berkenaan dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk oval. Perubahan itu mengukuhkan imej maskulin Fat Boy.
Harley Davidson masih mengekalkan karakteristik Fat Boy yang mana rim 18 inci dikekalkan. Kemudian rekaan rim Lakester itu dipadankan dengan tayar lebih lebar 160mm di depan dan 240mm di belakang.
Pihak Harley Davidson masih mengekalkan penampilan asli Fat Boy dengan sentuhan moden. Bahagian enjin Milwaukee-Eight 8-injap baharu dengan balancer kembar berganda bukan sahaja menyerlahkan getaran utama tetapi juga membuatkan pemasangan enjin lebih kukuh. Sekali gus menambahbaik pengendalian.
Harley-Davidson menyatakan enjin 1745cc V-twin penyejukan minyak itu menghasilkan tork 144Nm pada 3,000rpm iaitu tambahan 12Nm berbanding model sedia ada. Enjin berkenaan juga menjadikan kruiser berkenaan lebih pantas.
Bahagian rangka tiub keluli diubahsuai dan lebih keras 65 peratus. Hasil kemas kini berkenaan menyumbang kepada pengurangan berat badan sebanyak 11kg berbanding versi 2017. Bahkan Harley Davidson mendakwa bahagian hendal lebih ringan dan memberikan pengendalian tepat.
Bahagian suspensi masih mengetengahkan fork Showa Dual Bending Valve (SDBV). Suspensi tersebut dikatakan menawarkan redaman lebih linear untuk keselesaan tunggangan. Suspensi belakang dipertanggungjawabkan kepada penyerap hentak Dyna berkembar. Ciri ABS didatangkan sebagai standard
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat rali kereta, nama mendiang Colin McRae pastinya tidak asing lagi bagi anda. Menjuarai kejuaran dunia pada tahun 1995, Colin McRae cukup sinonim dalam dunia perlumbaan rali dunia terutamanya dengan kereta ikonik, Subara Impreza WRX.
Terbaru, kereta yang pernah dipandu Colin McRae dan Carlos Sainz, 1994 Subaru Prodrive 555 Group A World Rally Championship telah dijual pada harga kira-kira RM2 juta.
Lebih menarik penjualan hasil lelongan tersebut dilakukan dengan menggunakan matawang kripto, Bitcoin. Jualan tersebut turut disahkan oleh Lloyds Auction of Autralia dengan mengumumkan penjualan bernilai 500 ribu dakam bitcoin.
Penggunaan mata wang kripto telah lama dibincangkan terutamanya oleh badan lelongan terkenal dunia. Penjualan terbaru ini merupakan satu signifikasi dalam urusan jual beli melibatkan jumlah yang besar menggunakan matawang digital tersebut.
Kereta rali istimewa ini merpuakan satu daripada 63 buah yang pernah dibina. Lebih menarik ia dilaporkan telah berpindah milik kepada dua individu sebelumnya sebelum tersadai du sebuah bangsal di Victoria, Australia sekurang-kurangnya selama 10 tahun.
Malah pemilik ladang tersebut tidak mengetahui kereta itu terdapat di dalam bangsalnya. Ia kemudian diberi restorasi semula dengan baik sebelum dilelong.
Dunia sukan permotoran rali dunia tidak akan sama tanpa penglibatan penuh bermakna dari Colin McRae. Disebabkan itulah namanya cukup disegani oleh peminat sukan lumba kereta dan tidak hairanlah jentera dipandunya mempunyai nilai cukup tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.