Walapun bahang sambutan Hari Raya semakin dirasai namun kita masih ada banyak hari untuk berpuasa.
Dan MASKULIN yakin anda sendiripun mungkin sudah tepu untuk memilih juadah apakah untuk berbuka puasa.
Mungkin sejak awal puasa tempoh hari anda sudah mencuba minum pelbagai jenis minuman yang dijual di pasar Ramadan. Namun pernahkah anda cuba minum susu kurma?
Apa itu susu kurma? Susu kurma ialah gabungan air susu dan buah kurma yang dihancurkan dan dicampur sekali. Mungkin anda tak tahu bahawa susu kurma mempunyai banyak khasiat.
Tahukah anda bahawa kurma mempunyai kandungan glukosa yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Jumlah glukosa yang tinggi ini berfungsi membekalkan kembali tenaga dalam badan selepas seharian berpuasa dengan cepat. Jika memakannya ketika bersahur, kurma meningkatkan dan menambah tenaga dalam badan untuk sepanjang hari berpuasa dan melakukan aktiviti harian.
Selain itu, kurma yang kaya dengan serat dan baik untuk penghadaman serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Anda juga dapat mengelakkkan masalah sembelit kerana kurang air pada bulan puasa. Selain itu serat juga sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidak memberi kejutan kepada perut kosong sebelum mengambil makanan lebih berat ketika berbuka puasa.
BACA: 7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa
Sepanjang bulan puasa badan kita secara tak langsung akan alami kekurangan air. Oleh itu susu kurma memberikan anda sesuatu yang dapat membantu. Pengambilan susu kurma ketika berbuka dan bersahur boleh membantu mengekalkan kandungan air dalam badan. Makanan yang tinggi sodium akan mempercepatkan dehidrasi.
Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuk kawalan denyutan jantung dan tekanan darah. Pastikan pengambilan makanan anda ketika berpuasa cukup untuk membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan. Oleh kerana kurma menjadi makanan yang baik untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Ikuti cara menyediakan susu kurma di bawah:
Selamat mencuba!