Sebenarnya ada banyak jenis diet yang ada di dunia ni. Malah keinginan untuk mendapatkan badan yang diidamkan bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi masyarakat disogokkkan dengan pemikiran standard bahawa ‘kurus itu perfect’.
Namun disebabkan tidak mahu menjaga pemakanan dan ingin kurus dalam masa yang singkat, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara ekstrem untuk kurus. Malah ada yang terlalu obsesi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman hingga sanggup mengabaikan kesihatan.
Kali ini Maskulin kongsikan 4 jenis diet popular yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Jika mahu kekal langsing dan sihat, jawapannya ialah dengan mengamalkan senaman secara rutin dan mengawal pemakanan dengan baik. Bukanlah mengikat perut dan hanya mengambil nutrisi tertentu sahaja.
Beyonce menjadi selebriti pertama yang mempopularkan diet ini di aman diet ini mengambil masa antara 7-21 hari sahaja. Ia juga dikenali sebagai diet lemonade dengan hanya minum air lemon yang dicampur dengan sirap maple dan serbuk cayenne. Pengamal diet ini tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal dan hanya minum air campuran tersebut ketika lapar.
KEBURUKAN: Anda akan mengalami gangguan paras gula dalam tubuh dan keletihan yang melampau. Pening kepala dan lesu adalah antara simptom utama. Malah diet jenis ini juga boleh merosakkan tisu otot dan mengganggu sistem penghadaman kerana kekurangan nutrisi lain.
Jennifer Aniston pernah mengamalkan diet ini yang hanya makan makanan bayi seperti puri sayuran dan buah-buahan. Makanan bayi tidak mempunyai nutrisi yang secukupnya untuk keperluan nutrisi orang dewasa.
KEBURUKAN: Makanan bayi mempunyai kurang protein sedangkan orang dewasa memerlukan sumber tersebut setiap hari. Anda akan mengalami masalah penghadaman juga kadar metabolisme yang berkurangan.
Cuka epal mungkin boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan rasa lapar. Pengamal diet ini perlu makan 2-3 sudu cuka epal setiap kali sebelum makan.
KEBURUKAN: Cuka epal mengandungi kandungan asid makanan yang tinggi dan boleh mencederakan kerongkong dan merapuhkan gigi.
Mungkin kurang popular di Malaysia, tetapi diet ini terkenal di Hollywood dan telah diamalkan oleh selebriti sejak tahun 1970-an. Satu jenama rokok popular pernah mempromosikan rokok sebagai pengganti kepada ketagihan mengambil makanan atau minuman manis. Pengamal perlu menghisap rokok setiap kali mempunyai keinginan untuk mengambil makanan bergula.
KEBURUKAN: Sudah tentu rokok berbahaya kepada kesihatan. Tidak perlu kami terangkan kesannya.
Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan hidup semata-mata untuk cepat kurus. Sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam dan menjaga pemakanan.