4 Item Fesyen Ini Boleh Bantu Naikkan Market Anda, Antaranya Bela Jambang & Pakai Jaket Kulit

2451
  • Pada zaman moden ini, lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri karekteristik agar penampilan anda nampak unik. Malah ia juga boleh menonjolkan keperibadian seseorang lelaki.

Oleh itu, tidak salah untuk anda menggayakan pelbagai stail bagi meningkatkan keyakinan diri sama ada ketika bersantai besama teman atau ketika bekerja.

MASKULIN ingin berkongsi trik untuk lelaki tampil bergaya dan kacak tanpa perlu berbelanja besar melalui 5 item fesyen ini.

1. Guna jaket kulit

Ramai yang kata jaket kulit ni harganya mahal. Ye, memang mahal jika anda membelinya di butik berjenama. Tapi tahukah anda, di kedai bundle ada banyak jaket kulit berjenama yang dijual dengan harga murah. Anda cuma nak ‘selam’ je. Selain itu, jaket kulit juga amat berguna ketika hujan kerana materialnya kalis air. Kalau dulu orang kata, sediakan payung sebelum hujan, tapi kini sediakan jaket kulit sebelum hujan.

2. Bela jambang

Jika anda membela jambang, pastinya penampilan anda lebih ‘manly’. Skor macho anda juga pasti ditingkatkan. Namun harus diingat apabila anda membela jambang, anda haruslah menjaganya betul-betul. Jambang yang tidak diursukan dengan baik boleh merosakkan penampilan wajah anda.

3. Gayakan jaket formal

Malaysia memang bercuaca panas. Tapi bila sudah masuk pejabat dan kena air-cond pasti buat anda rasa seperti di negara musim sejuk. Pemakaian jaket formal boleh menyelamatkan anda daripada kesejukan, malah ia juga boleh menaikkan seri penampilan anda. Bos pun mesti suka. Jadi pastikan pemilihan jaket anda sesuai dengan padanan seluar. Jangan pula anda sarungkan jaket warna biru, seluar warna merah jambu. Bimbang ia boleh menjadi bahan ketawa di pejabat nanti. Oleh itu pakailah mengikut kesesuaian.

4. Pakai jam tangan

Jam merupakan aksesori wajib yang ada pada seorang lelaki. Ia menunjukkan bahawa anda seorang yang mementingkan disiplin masa. Namun pastikan pilihan stail jam anda mengikut kesesuaian bentuk tangan, keadaan serta majlis yang akan anda hadiri. Jangan pergi ke majlis makan malam dan anda menyarungkan jam tangan sukan. Memang tak kena!

5. Pakai spek hitam

Perasan tak, dalam filem barat, bila pelakonnya masuk ke kereta pasti dia sarungkan spek mata hitam? Terus saham macho dia naik. Itulah sebabnya pemakaian spek ini penting. Bukan sahaja digunakan di dalam kereta malah ketika anda bersiar-siar bersama orang tersayang pun boleh anda gayakan. Cuma bila masuk ke pusat beli belah pastikan anda buka spek mata. Faham-faham jelah kenapa ye.