Kadang-kadang mungkin kita agak pelik kenapa SUAMI ORANG juga wanita bujang terkejar-kejar. Seronok sangat ke ganggu rumah tangga orang lain?

Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Memetik laporan Kosmo!, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan golongan ini cenderung memilih suami orang berbanding lelaki bujang.

4 Faktor Tiada Pada Lelaki Bujang, Punca Wanita Lebih Tertarik Suami Orang!

1. Lebih stabil

Antara alasan wanita bujang yang terjebak dengan hubungan sulit ini kerana suami orang itu dianggap lebih memahami, matang dan stabil serta kukuh serba-serbi. Ibaratnya kalau berkahwin kelak, soal nafkah tak perlu risau kerana si lelaki lebih dari mampu.

Jadi, boleh dilihat di sini bahawa sesetengah wanita lebih cenderung memilih pasangan sudah stabil walaupun berstatus suami orang berbanding lelaki bujang yang masih ‘merangkak’ mencari wang dengan membanting tulang melakukan dua kerja pada satu satu masa.

2. Baik dan setia

Selain itu, kajian saintifik dari Universiti St. Andrews (2018) pernah membuktikan mengapa seseorang wanita itu tertarik dengan lelaki orang.

Ads

Perbuatan tersebut digelar sebagai mate-choice copying iaitu bentuk peniruan terhadap pelakuan yang dilakukan oleh haiwan apabila spesies betina suka memburu jantan yang sudah berpasangan.

4 Faktor Tiada Pada Lelaki Bujang, Punca Wanita Lebih Tertarik Suami Orang!

Kajian tersebut juga menunjukkan berlakunya mate-choice copying pada manusia, apabila kebanyakan wanita tertarik kepada lelaki yang sudah berpasangan atas alasan mereka boleh menjadi pasangan baik dan setia.

Seperti disebutkan di atas, faktor terjadinya perilaku itu adalah kerana wanita mahukan pasangan yang kukuh dari semua segi, tidak kiralah bab kewangan, karier, kesetiaan dan juga elemen tambahan, sisi romantis.

Ads

Sementara itu, IDN Times melaporkan suami orang terlihat jauh lebih menarik daripada lelaki bujang disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

3. Pandai berkomunikasi yang berkesan

Pengalaman lelaki yang sudah tinggal sebumbung selepas bernikah, menjadikan golongan alpha ini begitu mahir dengan selok-belok wanita.

Pengetahuan ini menjadikan cara suami orang berkomunikasi lebih berkesan berbanding lelaki bujang, yang umumnya tidak mengetahui lebih lanjut tentang perangai atau tabiat wanita.

Jadinya, bila suami orang bercakap akan nampak lain, lebih sensitif dan boleh membuatkan wanita bujang turut rasa difahami.

Ads

4. Sikap suami orang lebih dewasa

Sangat memenatkan untuk bercinta dengan seseorang yang emosinya tidak matang. Hal ini juga menyebabkan suami orang kelihatan lebih menarik, yang secara umumnya mereka lebih matang daripada lelaki bujang.

Tanggungjawab terhadap keluarga, pelbagai masalah rumah tangga yang dihadapi, telah membentuk suami orang untuk bertindak bijak. Kualiti inilah yang dicari ramai wanita dalam pasangan idaman mereka.

4 Faktor Tiada Pada Lelaki Bujang, Punca Wanita Lebih Tertarik Suami Orang!

MASKULIN : Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat.

Sumber: Kosmo! / IDN Times

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI