Side mirror, atau cermin sisi, merupakan salah satu bahagian penting dalam rekabentuk kereta dan memainkan peranan yang penting dalam keselamatan pemandu dan penumpang.
Tapi sebenarnya fungsi cermin sisi ini lebih dari itu, dikongsi oleh @thisisbeng_ pempengaruh yang selalu berkongsi tip kereta, banyak lagi fungsinya yang kita belum tahu.
Menerusi perkongsiannya, dia menerangkan tip setting cermin sisi dan cara menggunakannya dengan lebih baik sama ketika memarkir kereta atau memotong di jalan raya. Inilah yang ramai belum tahu!
Menurut beliau selain untuk melihat kenderaan atau objek di belakang pada bahagian sisi, cermin sisi juga boleh jadi seperti satu ‘pembaris’ atau penentu ukur ketika menukar lorong dan juga memarkir kereta? Jika tahu tip ini memang senang nak parking.
Pada bahagian pemandu adjust sehingga nampak handle atau pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada bahagian penumpang hadapan pula adjust sehingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan.
Meletakkan cermin sisi pada kedudukan ini mampu mengurangkan risiko blind spot atau titik buta ketika anda memandu.
Pandangan pada cermin sisi pastikan anda pisahkan dalam kedudukan separuh-separuh (lihat garisan merah). Jika kereta di belakang masih berada di kedudukkan kiri bermakna selamat untuk menukar lorong. Ini kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.
Tapi jika ia nampak di bahagian kanan bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong!
Tidak dinafikan masih ramai yang bergelut untuk meletakkan kereta dalam situasi side parking. Ini kerana mungkin sukar untuk menjangka jarak tayar dengan jarak divider atau penghadang.
Tapi boleh guna tip side mirror ini untuk lebih mudah parking cara ini. Pastikan pintu nampak dalam cermin sisi. Selarikan dengan bahagian atas side mirror dengan penghadang jalan atau divider. Itulah jarak sesuai untuk parking dengan selamat.
Ketika ingin memarkir kereta kadang-kadang susah untuk menjangka jarak di antara kereta dan divider depan kereta. Jika terlajak boleh ‘sagat’ pula bumper hadapan.
Caranya mudah sahaja sebenarnya. Ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi. Pastikan bahagian bawah side mirror selari dengan curb, divider atau penghadang.
Ia bermaksud jarak kereta dan divider pada kondisi yang terbaik dan selamat seperti gambar di atas.
Kesemua ini adalah aspek penting yang menunjukkan betapa kegunaan side mirror dalam meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang semasa di atas jalan raya.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Kredit: @thisisbeng_
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.