Pekerjaan seringkali menganggu tubuh dan minda manusia. Pekerjaan yang banyak akan membuatkan minda anda tidak mampu untuk berfungsi dengan baik, menyebabkan anda akan mengalami sakit kepala yang sangat kronik. Tidur yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat juga seimbang merupakan antara perkara yang anda wajib lakukan seharian untuk mengelakkan sakit kepala.
Namun, bukan setiap kali anda mampu untuk mendisiplinkan diri anda. Adakalanya anda akan terbabas menjadikan sakit kepala anda menjadi-jadi. Jika ini terjadi, pastinya anda akan makan ubat tahan sakit beberapa biji. Mengambil ubat dengan kerap akan menyebabkan anda akan menerima padah pada masa akan datang.
Jika anda rasa sakit yang tidak melampau, anda tidak perlu makan ubat. Selain daripada makan ubat, anda boleh gunakan bahan-bahan ini untuk hilangkan sakit kepala anda itu.
Limau Kasturi
Ini merupakan petua orang tua. Cara untuk menggunakan petua ini adalah dengan mengambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya. Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika. Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan bandan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.
Ais
Ais juga mampu untuk melegakan sakit kepala. Apa yang anda harus lakukan adalah dengan menggunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan gosokkan pada leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.
Rendam kaki dalam air panas
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Lalukan ini secara kerap untuk menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Kaki dan kepala anda akan berasa lega selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit. Ia sesuai dilakukan ketika anda berehat di rumah setelah penat pulang dari kerja
Rehatkan Diri
Paling penting anda perlu rehatkan diri. Jika anda sedang berada di pejabat, dan rasa seperti sesuatu menghentak kepala anda, kami sarankan anda berehat dahulu. Berehat lima ke 15 minit, ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Atau ambil masa selama 10 minit untuk tidur seketika, 10 minit mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa. Jangan takut dengan bos anda, jika mereka tidak benarkan anda tidur, maka mereka tidak membenarkan anda selesaikan pekerjaan anda dalam jangka masa yang singkat!
Sumber: AstroAwani