4 Cara Mudah Untuk Anda Mulakan Perbualan Dengan Strangers

Share

 

Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.

 

  • Kongsi makanan

 

Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.

 

  • Topik menarik

 

Dah bagi keropok tu, nak cakap apa eh? Topik menarik sebenarnya membantu untuk anda berbual panjang dengan seseorang yang anda baru kenal. Soalan seperti “asal mana?” boleh membuatkan topik anda kedengaran bosan! Kenapa? Kerana jika anda berinteraksi dengan orang yang petah berkata-kata tu tak apa lah, namun jika anda berinteraksi dengan seorang yang Introvert? Pasti jawapannya “Pahang” lepas tu? Nak tanya apa lagi? Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba anda ubah soalan anda kepada “muka macam orang Kelantan, orang kelantan ke?” soalan begini akan membuatkan orang tersebut berfikir ‘dari mana datangnya wajah Kelantan? Dan mereka mula bertanyakan kembali kepada anda soalan. Dari situ, anda berdua dalam zon selamat untuk berbual.

 

  • Soalan ke Game

 

Nak main game dengan orang yang baru anda kenal? Jangan terkejut dengan tip kali ini. Jadikan perbualan anda menarik dengan berteka-teki dengan orang tersebut. sebagai contoh:

Amir: Hujung minggu selalunya kau buat apa? Jap, biar aku teka. Kau suka main bola kan?

 

Soalan-soalan begini akan membuatkan pihak lagi satu berasa seronok untuk teruskan perbualan. Dalam pada masa yang sama, mereka akan memberikan hint kepada anda. Mereka juga boleh berteka-teki dengan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengenali seseorang tanpa perlu korek rahsia mereka satu per satu. Natural kan?

  • Minta pendapat

 

Sebagai permulaan, jangan pilih topik yang berat. Topik yang ringan seperti soalan mengenai merah atau biru untuk kasut baru yang anda lihat di laman Instagram boleh membantu untuk anda berbual dengan panjang bersama seseorang. Anda boleh kenali personaliti dan keluarga mereka dari pendapat yang anda minta. Secara automatik mereka akan membuka sejarah diri mereka atau keluarga mereka. Sebagai contoh,

 

“oh, kakak ipar aku ada kasut color macam ni.” atau

“aku ada kawan jual kasut ni murah. Kau nak beli tak?”

 

 

Hey, nak networking sebenarnya tak susah pun. Anda cuma perlu tahu caranya saja.

Published by
Maiya Deen