4 Cara Lelaki Boleh Amal Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Share

 

4 RAHSIA TINGKATKAN MEMORI

1-Mengunyah gula-gula getah

Percaya atau tidak, gula-gula getah sebenarnya boleh meningkatkan kewaspadaan dan memori menjadi lebih baik. Dua penyelidikan yang dilaporkan di dalam Journal Appetite pada tahun 2002 dan 2004, mendapati mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan denyutan jantung yang kemudian akan meningkatkan aliran darah ke otak.

 

2-Bersenam atau bersukan

Jika selama ini ramai orang melakukan senaman atau bersukan agar tubuh lebih sihat dan kuat, ternyata aktiviti mengurangkan kalori dalam badan ini juga memiliki rahsia sebagai penambah memori.Tidak perlu ke gym atau melakukan senaman berat, tetapi dengan berjalan kaki, naik tangga atau berbasikal boleh meningkatkan ingatan lebih baik berbanding tidak melakukannya.

3-Minum minuman berkafein

 

Meskipun banyak pihak mempersoalkan kelebihan dan bahaya mengambil kafein, tetapi kafein dikatakan mampu meningkatkan kewaspadaan dan memori. Terdapat pelbagai penyelidikan dilakukan dan telah menunjukkan kafein dapat meningkatkan memori jangka pendek. Walaubagaimana pun, untuk mendapatkan manfaat yang optimal dari kafein, jangan minum minuman berkafein secara berlebihan. Ia bertujuan untuk mengelak terjadi kesan negatif kafein terhadap tubuh.

 

4-Tidur di waktu siang

 

Mungkin tidak ramai yang tahu rahsia ini iaitu tidur di waktu siang terutama ketika anda bersantai di rumah juga boleh meningkatkan memori ‘declarative’ (memori menyimpan fakta) seseorang. Walapun tidur di waktu siang baik untuk meningkatkan memori, disarankan agar anda tidak tidur melebihi 45 minit. Ini bertujuan untuk menghindari kehilangan manfaatnya untuk memori.

Published by
Kim Rahim