“Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don’t just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won’t happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you’ll love it up here.”
Anda faham dengan quotation di atas? Jika ya, lakukan perubahan hidup sekarang. Tiada alasan dan mula tingkatkan tahap ekonomi anda. Semua perubahan ini untuk diri anda dan anda perlu bangkit dari mimpi untuk mencapai status KAYA sebelum umur 40!
Kaya Cara Pertama: Bisnes Online
Setiap hari anda sebenarnya menggunakan hampir separuh dari 24 jam masa yang ada hanya untuk internet! Check emel dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Maka guna kesempatan ini untuk anda menambah pendapatan. Walaupun untungnya tidak berapa sangat pada permulaannya tetapi lama-kelamaan ia akan bertambah jika sabar untuk mengubah ekonomi anda.
Pastikan berbaloi! Anda melanggan pakej internet berpuluh ringgit setiap bulan, hanya kerana mahu bersosial di laman sosial? Ini tidak bagus sebenarnya. Tidak salah melanggan pakej-pakej tersebut asalkan ianya memberi pulangan kepada anda kembali.
Kenapa anda harus berubah dan memilih untuk menjalankan perniagaan online dahulu? Selain zero kos atau modal yang sedikit, ia juga dapat menyasarkan kepada berjuta pelanggan yang sentiasa online.
Menurut pengasas laman web Hidupringkas.com, Mohd Shubhi Abdul (Biz Coaching); berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.
Tahukah anda perniagaan secara online berjalan 24 jam tanpa henti dan mampu memberi pulangan 300 peratus!Jika anda benar-benar komited dalam menjalankan perniagaan.
Bisnes secara kecil-kecilan sebenarnya merangsang otak anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa perlu mengorbankan jawatan yang sedang anda pegang sekarang ini.
Ads
Kaya Cara Kedua: Bisnes Kedai(Outlet/offline)
Jika anda sudah mula mendapat rentak dalam melakukan perniagaan, apa kata beralih kepada perniagaan berbentuk premis kedai. Jika anda yakin dan sudah mula boleh menyusun rentak perniagaan, sudah tiba masanya untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada sistem ‘makan gaji’. Menurut Azizi Ali, jutawan hartanah; tindakan itu kuasa!
Tahukah anda jika anda berniaga maka akan menjana jumlah simpanan (duit) berkali ganda dengan lebih cepat berbanding kaedah makan gaji.
Premis membolehkan anda lebih fokus terhadap perniagaan berbanding bisnes
Kelebihan berniaga: Bilangan pelanggan lebih luas dan ramai tanpa mengira had umur. Contoh kes; selama ini anda hanya mengiklankan servis kemahiran membaiki mesin basuh di internet. Dalam sebulan paling kurang anda menerima lebih dari lima pelanggan. Maka ini petanda anda patut membuka premis agar dapat mengembangkan perniagaan yang sedang anda usahakan.
Pendapatan akan bertambah sekiranya produk dan servis anda dikenali dan diyakini ramai. Harus diingat bahawa 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
Ads
Kaya Cara Ketiga: Pelaburan
Jika anda sudah berniaga, mula bijak mempelbagaikan hasil pendapatan anda. Salah satu cara berkesan melalui saham atau unit amanah. Kedua-duanya mampu menjana jumlah simpanan anda asalkan anda tahu bagaimana untuk menakluk ‘dunia’ ini.
Ramai yang fikir hanya insan kaya sahaja boleh bermain saham atau melabur. Jawapan ini salah sama sekali. Tahukah anda walaupun anda bergaji hanya RM800 tetapi anda masih boleh bermain saham atau melakukan pelaburan.
Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB), Unit Amanah(units trust), simpanan Tabung Haji. Semua contoh-contoh ini boleh membantu menambah pendapatan dan menjadikan anda berduit sebelum umur 40 tahun.
Mulai sekarang cekal untuk menyimpan sekurangnya RM100 setiap bulan di dalam akaun pelaburan; contohnya Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB). Jadikan wang pelaburan ini sebagai ‘wang luput’ iaitu duit yang tidak akan anda gunakan untuk perbelanjaan. Contoh kes: Anda berumur 28 tahun ini dan mula menyimpan RM100 di dalam unit amanah saham. Setahun ia menjadi RM1200. Apabila umur anda mencecah 40 tahun, simpanan ini berjumlah RM14400. Jumlah ini akan bertambah dengan dividen/bonus bergantung kepada polisi syarikat. Sedikit sebanyak jumlah ini membantu meningkatkan jumlah simpanan anda.
Harus anda ingat bahawa menambah pendapatan melalui pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk pendapatan Maka anda haruslah bijak merancang bagi mendapatkan pulangan paling kurang tiga kali ganda dari jumlah pelaburan.
Ads
Jika anda mampu berbelanja mewah dari segi makanan dan pakaian, apa kata tukar mood belanja tersebut kepada mood pelaburan.
Contoh kes: Dalam sehari anda berhabisan untuk makanan sebanyak RM30. Jika dihitung anda berhabisan hampir RM900 sebulan! Mulai sekarang apa kata dari RM900 tersebut, separuh dari jumlah ini anda laburkan dalam saham atau unit amanah. Setidaknya tindakan ini dikira bijak kerana anda mampu mendapatkan kedua-dua faedah dari jumlah asal. Perut kenyang, akaun juga bertambah.
Cara Kaya Keempat: Aset
Berniaga sudah, melabur pun sudah. Tambah jumlah simpanan dengan memiliki aset tertentu. Contoh; rumah dan tanah.
Aset seperti rumah atau tanah juga dikira sebagai harta cuma ia bukan berbentuk wang ringgit. Anda digalakkan melabur dalam dunia hartanah atau rumah kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda dan harganya bertambah sejak hari pertama aset tersebut dibeli.
Sewakan tanah atau rumah untuk mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Menyewakan aset mungkin dikira tindakan lebih bijak berbanding menjual kerana ia juga menambahkan jumlah simpanan.
Bergaji kecil tidak semestinya tidak berpeluang memiliki aset. Jika anda mahu, mula pelbaiki ekonomi anda sekarang dengan matlamat untuk memiliki tanah atau rumah. Kemudiannya aset tersebut boleh menjana pendapatan yang lain.
Contoh kes: Ahmad seorang kerani. Dia meniaga sampingan menjual kuih di pejabat dengan keuntungan RM20 sehari dan menjana pendapatan RM600 sebulan. Duit tersebut disimpan tanpa digunakan selama lima tahun telah berjumlah RM36000. Akhirnya Ahmad berjaya memiliki seekar tanah. Tanah tersebut dijual dengan melalui pecahan secara lot dengan pulangan keuntungan puluhan ribu ringgit. Akhirnya ahmad mampu mempunyai simpanan aset melebihi satu juta ringgit sebelum umurnya 40 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sangat menggalakkan! Itulah yang boleh kita perkatakan apabila kerajaan menerusi Jawatan Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) membuka permohonan bagi rakyat Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mengambil vaksin AstraZeneca.
Permohonan yang dibuka pada Ahad lali menyaksikan kira-kira 268,000 slot untuk mendapatkan vaksin tersebut telah habis ditempah dalam masa tidak sampai empat jam.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca sudah selesai didaftarkan.
Sebanyak empat lokasi telah disenaraikan untuk pengagihan suntikan vaksin ini iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KL, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Dewan 1 Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya dan juga Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bermula esok 5 Mei sehingga 6 Jun, mereka yang memohon akan diberikan suntikan mengikut temujanji yang telah disahkan menerusi aplikasi MySejahtera atau menerusi SMS.
Buat anda yang memohon untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca tersebut, mungkin ada di antara anda tidak tahu dan kurang arif akan perjalanan prosesnya. Usah risau, MASKULIN akan kongsikan beberapa info penting yang perlu anda tahu sepanjang perjalanan dan prosedur mengambil vaksin tersebut.
Sebelum itu pastikan anda sudah memastikan tarikh temu janji dan juga bersetuju untuk menerima vaksin di aplikasi MySejahtera.
Berikut apa yang akan lalui pada hari vaksinasi.
PERTAMA
Sebaik sahaja tiba dipusat pengagihan vaksin, anda perlu mengimbas menggunakan MySejahtera dan mengambil suhu badan.
KEDUA
Selepas itu anda terus ke kaunter pertama untuk melakukan pendaftaran. Jangan lupa untuk bawa kad penganalan dan tunjukkan aplikasi MySejahtera untuk pengesahan temu janji.
KETIGA
Anda kemudian akan diberikan borang untuk ditandatangani sebagai persetujuan untuk menerima vaksinasi. Ini akan dilakukan dan ditandatangani di hadapan doktor yang bertugas. Di sini juga anda boleh menanyakan sebarang kemusykilan dan soalan yang mungkin anda tidak berapa faham tentang proses vaksinasi. Selepas anda bersetuju, tadangatani borang persetujuan tersebut.
KEEMPAT
Tiba giliran anda akan dibawa ke stesen untuk vaksin. Ia akan dilakukan oleh petugas yang berkemahiran jadi anda tidak perlu risau. Pastikan juag anda memakai baju yang mempunyai lengan yang mudah untuk melalui proses suntikan vaksin. Bagi anda yang lelaki pakailah baju atau kemeja lengan pendek bagi memudahkan proses itu.
KELIMA
Selepas selepas mendapat suntikan vaksin, anda akan terus ke stesen verikasi. Di stesen ini anda akan diberikan tarikh untuk temu janji untuk suntikan dos kedua.
KEENAM
Akhir sekali, anda akan ditempatkn di zon pemantauan selama 30 minit untuk pastikan anda tidak berdepan komplikasi atau kesan sampingan yang teruk.
Semoha perkongsian ini boleh membantu anda menjalani proses vaksinasi dengan lebih lancar. Ingat lindung diri, lindung semua!
Bagi anda yang ada mempunyai masalah kesihatan sila rujuk gambar di bawah:
Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 pada peringkat global kini masih di tahap yang sangat membimbangkan. Sesetengah negara masih lagi mencatatkan jumlah kes baru yang sangat banyak.
Antara kawasan yang masih lagi terjejas ialah di negara-negara Arab. Salah sebuah negara yang memerangi wabak ini dengan cukup tegas ialah Arab Saudi.
Terbaru kerajaan Arab Suadi dilaporkan akan melakukan kuarantin terhadap wang kertas dan syiling yang diterima di dalam negara sama ada dari dalam atau luar negara.
Langkah drastik ini diambil sebagai salah satu usaha berjaga-jaga demi membendung penularan yang lebih teruk wabak COVID-19 di negara mereka.
Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), sehingga kini pihaknya telah melakukan proses pensterilan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.
Pihak mereka turut mengasingkan wang tersebut selama 14 hari dan sehingga 20 hari. Ia bergantung kepada dari mana wang tersebut datang jelas SAMA menerusi sebuah video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.
Kesemua wang yang dikuarantin akan ditempatkan di dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan selain proses menyusun semula wang bagi memastikan kualiti dan kebersihan.
Wang kertas itu kemudian akan diasingkan mengikut piawaian. Mana-mana wang yang kotor dan tidak menepati standard akan dilupuskan.
Pada masa yang sama kesemua institusi kewangan di Arab Saudi telah diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wang yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Tembok Besar kini kian goyah”, itulah ungkapan di lontarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai kejayaan penerjun elit kebangsaan , Cheong Jun Hoong yang melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita di Kejohanan Terjun Dunia (FINA) 2017 di Budapest, Hungary, kelmarin.
Jika sebelum ini acara terjun sering didominasikan atlet dari China tetapi kini tidak lagi apabila bekas juara bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata.
Bagi Khairy Jamaluddin, kejayaan ini begitu bermakna buat Malaysia menjelang detik temasya Sukan Sea ke 29 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bulan depan.
“Satu kesan yang besar buat atlet Malaysia kerana ia diluar jangkaan untuk kemenangan tersebut. Sebenarnya acara 10 meter bukan acara kegemaran Jun Hoong tetapi pendekatan dan keputusan jurulatih membuahkan hasil.
“Kemenangan pertama bagi atlet Malaysia bagi sukan terjun dan kedua dalam sukan olimpik selepas Azizul Hasni Awang melakukannya sebelum ini dalam acara basikal.
“Semangat juang Jun Hoong adalah rangsangan kepada kontijen negara menjelang temasya Sukan Sea ke 29 di Kuala Lumpur nanti,” katanya pada Majlis Pelancaran Barangan Kuala Lumpur 2017 oleh Petronas Dagangan Berhad dan Telekom, pagi tadi.
Khairy Jamaluddin turut menghamburkan ucapan terima kasih atas kejayaan dan semangat dimiliki Jun Hoong.
“Saya ada menghubunginya dan Jun Hoong memaklumkan ketika turun beraksi dia tidak pernah melihat keputusan pada papan markah sehingga diumumkan sebagai pemenang pingat emas.
“Jun Hoong fokus dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling, semangat inilah kita mahukan dan kejayaan ini diharapkan bukanlah bermusim tetapi berterusan pada sukan-sukan yang lain.
“Kali pertama Malaysia berjaya menewaskan China dalam acara terjunan yang dianggap begitu kebal, Jun Hoong telah melakukannya, cengkaman China mampu dicabar,” katanya.
Lagu Negaraku berkumandang di Duna Arena, selepas penerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita.
Sementara itu, Pandelela hanya berjaya menduduki tempat kesembilan daripada 12 penerjun dengan skor keseluruhan 322.40 mata.
Untuk rekod, Jun Hoong dan Pandelela memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform sirama pada kejohanan sama pada Ahad lalu.