Mesti panik bila anak menangis, isteri pula tiada di rumah. Macam-macam sebab bayi menangis. Perut kembung, rasa tak selesa selepas buang air dan berbagai lagi. Untuk isteri, cara paling cepat ialah dengan bagi nenen. Oklah tu. Sekurang-kurangya ada nenen nak diberi. Kalau untuk suami, apa yang harus dilakukan?
Dr. Robert C Hamilton dari California berkata dia telah menemui satu teknik memegang bayi yang boleh membuatkan mereka berhenti menangis. Menurutnya, teknik yang dipanggil ‘The Hold’ itu belum pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis.
Mudah je tekniknya. Menurut Dr Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan ke bawah kerana sesuai dengan badan mereka yang masih ringan, mudah untuk ibu bapa melakukannya.
Para ayah nak cuba? Ikut cara di bawah ini.
Kalau masih kurang konfiden, korang boleh tengok video oleh Dr Hamilton ini. Suami dan isteri boleh cuba. Bukan hanya suami saja. Takkan si isteri nak bagi nenen saja kan?