Masalah paru-paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar perokok. Sesetengah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah hisap rokok. Ada individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok tetapi mereka langsung tidak mengalami sebarang masalah pada organ paling penting ini. Semua ini bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan seseorang itu.
Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips yang diakui dapat mengurangkan atau membersihkan paru-paru dalam masa beberapa hari. Sebelum anda memulakan proses detoksifikasi, anda perlulah ‘membuang’ kesemua jenis pengambilan kafein, ini penting demi kelancaran proses detoksifikasi dalam tubuh badan.
Hari Pertama
Tip ketika mandi
Anda digalakkan mandi selama 20 minit dengan air panas setiap hari bagi membolehkan air tersebut dapat membuang lebihan toksin yang melekat pada kulit badan.
1. Halia
Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik & antibakteria. Halia juga membantu tiub bronkial di paru-paru untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru. Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar. Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis. Jikalau tidak mampu mengunyah halia mentah-mentah, boleh amalkan tea halia. Masukkan hirisan halia muda ke dalam air teh kegemaran anda. Amalkan setiap hari
2. Limau Bali
Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan. Penyelidik berkata, limau bali kaya dengan vitamin C yang mana buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru. Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.
3. Selenium
Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru. Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang. Mineral Selenium terdapat di dalam telur, brokoli, asparagus, bayam, oat serta ikan salmon. Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.’
4. Bawang Putih
Satu kajian yang pernah dijalankan menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Bawang putih diakui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.
SUMBER : LELAKI SIHAT