4 Cara Alami Atasi Siku Hitam & Berkerak. Paling Penting, Jimat & Mudah Nak Buat!

Share

Siku hitam dan berkerak bukanlah penyakit kronik kerana ia masalah biasa yang sering dialami masyarakat Asia. Ia berkait rapat dengan proses adaptasi kulit kepada cuaca dan kandungan melanin yang lebih tinggi pada kulit orang Asia berbanding orang Barat.

Jangan kata perempuan, lelaki pun akan rasa malu dan kurang keyakinan diri bila siku hitam dan berkerak. Pasti timbul rasa malu nak mengenakan pakaian berlengan pendek.

Jangan gusar kerana ada 4 cara alami yang boleh anda cuba. Paling penting, jimat dan mudah nak buat!

1. Jus lemon

Jus lemon mengandungi asid sitrik iaitu satu ejen peluntur. Oleh itu, anda boleh memanfaatkannya untuk tujuan menghilangkan siku hitam dan berkerak. Potong buah lemon atau limau kepada dua.

Gosok secara perlahan dan biarkan ia 5 ke 10 minit. Kemudian, bilas siku anda dengan air suam. Anda juga boleh melembapkan siku anda dengan pelembap kegemaran. Ulangi langkah tersebut setiap hari sehingga warna gelap itu berkurangan.

Anda boleh mendapat hasil selepas beberapa minggu mengamalkannya. Cara ini juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian badan yang lain seperti lutut. Lemon mengandungi vitamin C dan ia dapat memutihkan kawasan hitam dengan menghapuskan sel-sel kulit mati.

2. Susu dan baking soda

Cara alami membantu anda untuk mencerahkan siku dengan bantuan asid laktik di dalam susu seklai gus mengurangkan pigmentasi kulit. Manakala baking soda pula boleh exfoliate sel kulit mati.

Campurkan susu dengan baking soda sehingga menjadi pes. Sapukannya pada siku dan gosok secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga anda mendapat hasil yang mahukan.

3. Jus lemon dan yogurt

Jika ingin menggunakan cara alami ini, anda dikehendaki membersihkan sebarang kotoran pada siku anda sebelum menyapunya.

Gunakan tangan yang bersih, ambil sedikit pes campuran tersebut dan sapu pada siku yang hitam dan berkerak. Biarkannya selama 20 minit sehingga ia kering. Kemudian, bilas dan basuh dengan sabun.

4. Buah betik

Seperti buah lemon, buah betik juga mengandungi kandungan vitamin C, vitamin E dan lain-lain kandungan yang dapat mencerahkan kulit.

Gosokkan satu potongan kecil buah betik pada siku hitam secara konsisten setiap hari. Lakukan secara konsisten sehingga anda mendapat hasilnya.

Published by
Roselinda