Model BMW G 310R sudah pun berada di pusat pameran. Baru sahaja dilancarkan, naked bike itu merupakan satu-satunya model di bawah BMW Motorrad yang dijual pada harga murah.
BMW G 310R siap hadir buat pengguna yang mahukan jentera dengan cita rasa premium, berprestasi dan ditawarkan pada harga berpatutan. Harga jualan model berkenaan di Malaysia ialah RM 26,900 seunit (di atas jalan tanpa insurans, termasuk GST).
Untuk makluman anda, model tersebut merupakan usahasama TVS dan BMW Motorrad. Ia dipadankan dengan enjin 313 cc yang mampu menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7, 500rpm.
BACA>>>>>BMW G 310R DI PUSAT PAMERAN MALAYSIA MINGGU DEPAN- HARGA RM 26, 900 SEUNIT
Enjin berkenaan memiliki ciri yang unik kerana kedudukan silindernya terbalik dalam reka bentuk dek terbuka. Kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah.
Pengendalian dinamik disumbangkan oleh berat jentera 158.5kg. Keselesaan tunggangan dipertanggungjawabkan kepada fork jenis upside-down pada bahagian depan manakala bahagian belakang menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung yang dipasang terus di atas.
Pada artikel ini penulis sertakan 33 imej BMW G310R untuk tatapan anda.