Model BMW G 310R sudah pun berada di pusat pameran. Baru sahaja dilancarkan, naked bike itu merupakan satu-satunya model di bawah BMW Motorrad yang dijual pada harga murah.
BMW G 310R siap hadir buat pengguna yang mahukan jentera dengan cita rasa premium, berprestasi dan ditawarkan pada harga berpatutan. Harga jualan model berkenaan di Malaysia ialah RM 26,900 seunit (di atas jalan tanpa insurans, termasuk GST).
Untuk makluman anda, model tersebut merupakan usahasama TVS dan BMW Motorrad. Ia dipadankan dengan enjin 313 cc yang mampu menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7, 500rpm.
BACA>>>>>BMW G 310R DI PUSAT PAMERAN MALAYSIA MINGGU DEPAN- HARGA RM 26, 900 SEUNIT
Enjin berkenaan memiliki ciri yang unik kerana kedudukan silindernya terbalik dalam reka bentuk dek terbuka. Kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah.
Pengendalian dinamik disumbangkan oleh berat jentera 158.5kg. Keselesaan tunggangan dipertanggungjawabkan kepada fork jenis upside-down pada bahagian depan manakala bahagian belakang menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung yang dipasang terus di atas.
Pada artikel ini penulis sertakan 33 imej BMW G310R untuk tatapan anda.
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bila Kereta Berhenti Je Aircond Terus Tak Sejuk, Ini Beberapa Punca & Penyebabnya!
Cuaca di negara kita sekarang sekejap panas, sekejap hujan. Itulah kebiasaan yang kita lalui tinggal di negara beriklim tropika. Sekarang kalau cuaca panas, memang bahangnya cukup memeritkan.
Jadi tidak dapat nak dibayangkan bagaimana memandu kereta atau kenderaan berbumbung yang tidak mempunyai aircond atau penghawa dingin yang berfungsi dengan sempurna.
Terdapat beberaka jenis kerosakan aircond yang boleh berlaku kepada kereta anda. Antara yang paling ketara ialah kerosakan compressor, di mana ia boleh memakan kos yang tinggi untuk dibaiki.
Tapi pernah tak kereta anda alami situasi di mana bila bergerak aircond berfungsi seperti biasa. Namun bila berhenti terutamanya dalam masa lama seperti di lampu isyarat ia tak rasa sejuk seperti ketika kereta sedang bergerak.
Atau lebih tepat lagi semasa kereta idling aircond tak teras sejuk langsung. Atau lebih teruk terus berasa panas bak dalam ketuhar.
Jadi apa puncanya perkara seperti ini boleh berlaku?
Terdapat tiga punca atau penyebab biasa yang menjadi penyebab kondisi aircond kereta seperti ini.
MOTOR KIPAS
Salah satu komponen yang cukup penting dalam sistem kereta anda. Kipas ini kebiasannya akan dapat dilihat apabila ruang compartment enjin di buka. Terdapat beberapa jenis kereta mempunyai dua jenis motor kipas iaitu kipas radiator dan kipas aircond. Dan ada juga yang hanya mempunyai satu kipas motor seperti Perodua MyVi.
Kipas tidak berpusing dengan baik boleh berpunca dari masalah fius atau relay yang rosak. Tidak kurang juga kerosakan pada kipas itu sendiri selepas beberapa tahun digunakan.
GAS KURANG
Selain itu, punca aircond kurang sejuk ketuika berhenti juga boleh berpunca daripada kandungan gas aircond yang berkurangan. Apabila gas berkurangan maka compressor tidak dapat menyejukkan aircond ketika berhenti. Manakala bila kereta bergerak compressor akan bekerja lebih kuat mengepan gas mana yang tinggal.
Disebabkan itu juga lebih laju kereta dibawa lebih terasa aircond. Jika gas kehabisan terus, aircond akan tidak akan terasa sejuk langsung. Kekurangan gas secara tiba-tiba pula boleh disebabkan berlakunya kebocoran di bahagian cooling coil atau compressor itu sendiri.
COMPRESSOR ROSAK
Ini senario yang paling teruk dan cukup mahal untuk dibaiki. Bukan hanya gas yang bocor, poket anda juga turut bocor sama. Compressor adalah komponen alat ganti yang paling mahal dalam sistem aircond kereta. Kebiasaannya kerosakan compressor boleh berlaku selepas kereta lama digunakan seperti 7 hingga 10 tahun.
Untuk elakkan kerosakan compressor, lakukanlah servis flushing sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini bagi mengelakkan compressor rosak lebih cepat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
‘Silau Malam’ Risiko Besar Pemanduan Waktu Malam, Kenali Punca Masalah Ini Berlaku & Tip Untuk Atasinya
Bagi anda yang mengalami masalah rabun silau pasti sudah sedia maklum akan kesukaran serta rasa tidak selesa memandu kenderaan terutamanya pada waktu malam.
Malah kadangkala anda terpaksa menghentikan kenderaan kerana kadar penglihatan yang terjejas teruk semasa memandu. Secara umumnya, rabun silau merupakan gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata.
Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sesetengah jarak. Rabun silau boleh dialami oleh mana-mana individu pada sebarang peringkat umur.
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada masalah rabun silau yang berlaku pada waktu malam.
RABUN YANG TIDAK DIRAWAT
Salah satu punca utama masalah silau ialah rabun yang tidak dirawat atau dibetulkan. Sama ada ia rabun jauh, rabun tersembunyi atau rabun silau akan memberikan masalah silau. Rabun silau menjadi faktor utama sukar untuk melihat objek yang bercahaya terang terutamanya pada waktu malam.
Kebiasaannya, individu yang mempunya silau yang tidak dibetulkan akan mengalami simptom ‘halo. “Halo” adalah lingkaran terang yang mengelilingi sumber cahaya seperti lampu. Silau akan berlaku apabila jumlah cahaya yang memasuki mata lebih besar daripada kemampuan mata untuk memprosesnya.’
LAMPU TAMBAHAN PADA KENDERAAN
Tidak dinafikan kebanyakan kenderaan pada masa kini turut dilengkapi lampu kabus atau fog lamp. Kegunaan lampu kabus adalah semasa berada di kawasan kabus tebal untuk memudahkan pemandu lain menyedari kehadiran kenderaan yang lain.
Namun begitu, menyalakan lampu kabus semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus akan memberikan masalah silau dan membahayakan kepada pemandu yang lain.
LAMPU JENIS HID
Jika anda perasan semakin banyak kenderaan terutmanya model baharu menggunakan lampu putih kebiruan yang tersangat terang? Seolah boleh sulu masa depan bersama pasangan tercinta.
Lampu jenis ini dikenali sebagai High-Intensity Discharge (HID). Ia diperkenalkan sejak 1996 dan cukup popular di Amerika Syarikat. Lampu HID tidak menggunakan filamen seperti lampu biasa tetapi menggunakan voltage tinggi untuk mengionkan gas xenon dan membuatkan ia bercahaya. Oleh sebab itulah kecerahan HID dua kali ganda berbanding dengan lampu biasa.
Namun penggunaan lampu jenis ini cukup tidak digemari bukan sahaja buat anda yang ada rabun silau tetapi kepada pemandu biasa yang lain.
KEDUDUKAN LAMPU
Kesemua lampu hadapan kenderaan wajib dilaraskan supaya tidak menganggu pemandu lain terutamanya dari arah bertentangan. Kecuaian melaraskan ketinggian memberikan kesan yang besar kepada pemandu lain.
Disebabkan itulah kenderaan yang usianya melebihi lima tahun perlu diperiksa tahap ketinggian lampunya. Ini kerana ia mungkin berlaku masalah misalign atau lari dari kedudukan asal.
Untuk atasi masalah-masalah di atas anda haruslah sentiasa peka dan mampu kenal pasti dari awal. Jika was-was dapatkan nasihat atau bantuan daripada mereka yang pakar. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
HANYA PERLU TAMBAH RM600 UNTUK MILIKI YAMAHA NVX GP EDISI GP (+VIDEO REVIU)
Sebelum ini, ramai yang bertanyakan kepada Sinar Turbo tentang kehadiran model Yamaha NVX Edisi GP. Bagi memenuhi permintaan peminat grafik berkenaan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini memperkenalkan model tersebut ke pasaran tempatan.
Buat mereka yang berminat dengan NVX Edisi GP dengan warna dan grafik baharu itu, anda hanya perlu menambah RM600 berbanding versi biasa yang ditawarkan pada harga cadangan RM10, 500 seunit.
Menurut HLYM, model tersebut akan berada di pasaran bermula minggu depan.
BACA>>>>> INI SEBAB KENAPA NVX 155 MAHAL BAK HANG!
Untuk makluman, NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC , 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem penyejukan cecair. Teknologi VVA itu mampu meningkatkan tindak balas enjin sehinggakan motosikal mampu memecut secara maksimum ketika pada kelajuan rendah hingga tinggi. Paling penting, skuter itu dilengkapi teknologi Blue Core.
Selain itu, model berkenaan dilengkapi dengan sistem ABS, sistem kunci pintar (keyless), sistem stop dan start, sistem penjana motor pintar dan ciri answer back yang memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir. Dengan hanya menekan butang pada kunci pintar anda akan mendengar bunyi beep sekiranya berada berhampiran dengan motosikal.
Model skuter supersport Yamaha itu juga didatangkan dengan skrin besar digital sepenuhnya yang memudahkan penunggang melihat informasi seperti speedometer, odometer, baki minyak, takometer dan lain-lain.
TONTON VIDEO REVIU YAMAHA NVX 155:
Reviu skuter Supersport Yamaha NVX 155
Reviu skuter Supersport Yamaha NVX 155Dengar ada yang sakit hati sebab stok warna biru model NVX 155 di pasaran tak banyak. Sampai kena tunggu dua bulan. Betoika? ish..ish tak patut HLYM. Dah tahu warna tu orang suka, keluarkan la banyak sikit. Nah…korang tatapla dulu video review ringkas Sinar Turbo tentang NVX 155. Sebulan peram tak sempat nak edit. Model tunggang uji warna biru (saja bagitahu nak bakar line), mana-mana yang tengah tunggu nak dapatkan color biru tu bertabahla bro. Pssttt….jangan bagitahu abam JPJ admin pakai visor helmet gelap. Tak jumpa pulak visor lutsinar nak ganti masa shoot. Padahal alasan malu orang nampak muka…kahkahkah.
Posted by Sinar Turbo on Monday, 2 October 2017
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI