Tidak ramai yang mengambil berat terhadap senaman dan melakukan pergerakan yang baik di bahagian leher.
Melainkan saranan doktor untuk anda rehatkan atau kurangkan pergerakan leher, tahukah anda melakukan pergerakan leher yang baik mampu membuatkan badan anda lebih aktif dan segar sepanjang hari?
Senaman leher yang baik mampu memberikan kelebihan kesihatan yang mungkin selama ini anda sendiri tak jangka.
Antaranya melepaskan rasa stres, kekejangan otot bahu dan rasa kejung badan hingga buat rasa tak bermaya. Selain itu senaman leher yang baik juga dapat mengelak kecederaan leher dan juga tulang belakang.
Berikut merupakan 3 sebab mengapa sentiasa aktif memberikan kesihatan luar biasa kepada bahagian leher.
MEMASTIKAN KEDUDUKAN LEHER YANG BAIK
Apabila bada melakukan aktiviti fiikal yang banyak seperti berjalan, bersenam, kerja rumah serta kerja berat yang lain secara automatik otot akan dipaksa bekerja. Ini termasuklah otot di bahagian leher.
Melakukan senaman yang baik boleh menjadikan otot di bahagian leher menjadi lebih kuat dan fleksibel. Sebenarnya melakukan kerja rumah biasa pun sudah boleh melatih leher menjadi lebih baik. Contohnya bila anda sedang mencuci pinggan. Badan harus tegak dengan kedudukan leher yang baik semasa mencuci. Lakukan selama 15 minit, leher anda sedia terlatih untuk lebih stabil.
Jika otot leher lemah badan akan mudah sakit dan berlaku kejang otot.
ALIRAN DARAH LEBIH BAIK
Jika banyak menghabiskan masa dengan duduk atau berbaring aliran darah pasti tidak dapat mengalir dengan baik. Jadi lebih baik anda bangun dan melakukan regangan dari semasa ke semasa terutamanya di bahagian leher serta kepala.
Antara senaman yang baik untuk aliran darah yang baik terutamanya di bahagian leher ialah senaman aerobik. Selain itu senaman seperti brisk walk, jogging, renang dan berbasikal juga baik.
DAPAT KEKALKAN POSTUR BADAN YANG BAIK
Ramai tidak tahu bahawa kesihatan otot leher yang baik dapat memberikan postur badan yang ideal. Tahukah anda berat kepala seorang yang normal adalah di antara 4.5 hingga 5 kilogram? Jadi bayangkan tulang belakang harus menyokong berat tersebut dengan memastikan kedudukan postur yang baik.
Jadi adalah amat penting anda memastikan otot leher sentiasa terjaga bagi memaastikan postur badan tidak lari sama ada membongkok ke depan atau ke belakang. Bila kekal aktif otot badan akan membantu bahagian tulang belakang mendapatkan postur yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kekangan masa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kamu sering lupa sehingga melakukan perkara yang membahayakan kesihatan terutamanya selepas kamu makan. Ini antara perkara yang boleh kamu elakkan selepas makan.
1. Mandi
Apabila kamu mandi, suhu badan akan meningkat dan tubuh akan menghantar darah lebih sedikit daripada biasa kepada kulit. Keadaan ini boleh mengganggu sistem pencernaan dan metabolisme. Waktu terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
2. Tidur
Tidur dengan perut yang penuh tidak elok kerana ia akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa dan asid yang tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko strok. Sebaiknya, tidur dua jam selepas makan.
3. Bersenam
Seeloknya kamu tidak perlu bersenam selepas makan kerana ia akan membawa keadaan yang tidak selesa seperti tersedu dan loya. Lebih serius lagi, ia akan meningkatkan risiko trauma dan sawan. Jika kamu sudah gian sangat untuk bersenam, dua jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
4. Merokok
Hampir semua sistem di dalam badan digunakan sewaktu proses pencernaan aktif. Jika kamu merokok, nikotin akan diserap yang memberi kesan berbahaya. Tembakau jika akan menghalang penyerapan vitamin dan mineral termasuk kalsium dan vitamin C dan D. Lebih baik jika kamu langsung tidak merokok tetapi jika kamu masih ingin merokok, sebaiknya 20 minit selepas makan.
5. Minum teh
Sesetengah individu akan minum teh selepas makan. Namun, minuman ini sebenarnya akan mengganggu penyerapan iron dan mineral yang mempunyai peranan penting dalam badan manusia. Oleh itu, kanak-kanak, wanita mengandung dan individu yang mempunyai masalah kekurangan iron tidak digalakkan minum teh dalam masa satu jam selepas makan. Lebih baik kamu minum kopi atau ambil sahaja segelas air putih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Disebabkan oleh ciri-ciri selulit yang agak ‘degil’ untuk disingkirkan, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkannya dengan cara mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu ketara. Antara kaedah untuk rawatan selulit (kurangkan lemak):
Liposuction: Ia adalah rawatan untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu, liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan sentiasa berulang secara berterusan.
Kaedah lain:
Mesin Endermologie: ini banyak digunakan oleh pusat kecantikan dan spa. Ia mengunakan roller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Namun, ia bukanlah rawatan yang dapat bertahan dalam jangka masa panjang.
Pil Pembentung (Blocker) Collagen.
Krim-krim dan lain lain.
Urut Untuk buang selulit. Urutan semata-mata tidak dapat hilangkan kesan selulit. Kalaulah urutan tu dapat longgarkan lemak pun, lemak anda tetap tak ke mana-mana.
Nak cantik dan sihat tidak semestinya anda perlu berhabis duit. Anda mungkin boleh mencuba 10 kaedah rawatan yang menjimatkan ini jika diamalkan secara konsisten dan berterusan.’
1. Blueberi
Buah ini mengandungi ‘polyphenol’ yang mengurangi pengumpulan lemak di dalam tubuh.
2.Sayuran hijau, kekacang dan bawang putih
Makanan ini boleh memperkuat fungsi hati agar proses metabolisme dalam tubuh berjalan lancar sehingga lemak tubuh cepat hilang.
3. Lemon
Pati buah lemon ini membantu tubuh mengeluarkan racun dan lemak jahat. Anda boleh menikmati perahan lemon ini bersama teh hijau, teh herbal atau teh halia suam yang cukup menyihatkan.
4. Sayuran Hijau dan Jus Buah-Buahan
Anda boleh mencuba jus dengan kombinasi daripada mentimun dan sayuran segar hijau yang mengandung serat tinggi. Pengambilan jus ini pada setiap hari mampu menghancurkan lemak dan memperlancarkan pembuangan air besar.
5. Tauge, Betik dan Nanas
Tauge, betik dan nanas mengandung ienzim yang kadarnya lebih tinggi daripada sayuran dan buah-buahan lain. Enzim ini diperlukan oleh tubuh untuk proses penghadaman. Selain itu, buah betik dan nanas membantu tubuh menghancurkan lemak dalam proses penghadaman sehingga tidak berkumpul di dalam tubuh.
6. Minyak Zaitun
Cuba ganti minyak goreng yang biasa anda gunakan untuk memasak dengan minyak zaitun. Bukan sahaja lebih sihat, masakan juga menjadi lebih enak. Minyak masak yang melalui proses pemanasan adalah tidak sihat sehingga meningkatkan lagi jumlah kolesterol dan lemak jahat di dalam tubuh.
7. Krim Penghilang Selulit
Ia akan membakar serta menghancurkan jaringan lemak yang ada di bawah permukaan kulit. Gunakan krim ini secara teratur dan lama-kelamaan selulit pun akan nampak samar.
8. Kopi
Campurkan serbuk kopi yang teksturnya masih kasar dengan mintak zaitun sehingga menjadi pasta. Gosokkan scrub di bahagian tubuh yang mengalami selulit. Urut dengan gerakan memutar selama 10 minit bagi melepaskan sel lemak yang menyebabkan selulit. Biarkan seketika selama lima minit, dan bilas. Lakukan dua kali seminggu.
9. Rajin Bersenam
Lakukan senaman secara teratur dan fokuskan gerakan pada kawasan pinggang, paha dan lengan kerana selulit suka mentap di kawasan-kawasan tersebut.
10. Gaya Hidup Sihat
Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.
Anda yang mengalami masalah ini patut terima hakikat bahawa selulit adalah genetically driven. Rawatan di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit tetapi tidak dapat menjamin untuk mengubati atau menghilangkan kesan-kesan selulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara berkesan hilangkan bau hapak dalam kereta. Bau hapak dalam kereta boleh mengganggu keselesaan pemanduan dan menjejaskan pengalaman penumpang. Bau ini biasanya berpunca daripada kelembapan, tumpahan makanan, asap rokok, atau barangan yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta.