Ramai yang menyangka sakit lutut boleh menghalang seseorang daripada bersenam. Tetapi, ada banyak senaman sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit lutut. Selain berat badan berlebihan, ada beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit lutut, antaranya trauma dari kemalangan dan genetik.

3 Senaman Untuk Mereka  Bersaiz Besar Dan Sakit Lutut Menurut Coach Kholis

Ada peserta saya yang hilang semangat bila mengalami sakit lutut kerana bagi mereka, mereka tidak boleh bersenam langsung. Dengan pengalaman saya selama hampir 7 tahun di dalam bidang kecergasan, saya cuba untuk memastikan mereka dapat bersenam tanpa menambahkan lagi kecederaan yang di alami.

 

Untuk mereka yang mengalami sakit lutut, saya sangat tidak menggalakkan sebarang aktiviti yang berimpak tinggi contohnya sebarang pergerakan yang memerlukan mereka untuk melompat atau berlari kerana ia dikhuatiri akan menambahkan bebanan terhadap lutut mereka.

 

Saya akan memastikan peserta yang mengalami sakit lutut tahu senaman sesuai untuk mereka dan tidak terlalu memaksa diri mereka sehingga mendatangkan lebih kemudaratan. Saya juga menggalakkan peserta untuk berpegang pada konsep ‘listen to your body’ untuk memastikan mereka tidak ‘overtrained’ sehingga mendatangkan stres.

 

Hal ini kerana dalam usaha untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan amatlah penting. Mengikut kajian, 70% usaha untuk menurunkan berat badan datangnya daripada pemakanan dan hanya 30% datangnya daripada senaman. Jadi kepada mereka yang mengalami kekangan untuk bersenam kerana pelbagai penyakit, jangan patah semangat kerana anda masih lagi boleh mengawal pemakanan. Sebaik sahaja berat badan sudah turun dan sakit lutut semakin berkurang, anda boleh mulakan aktiviti senaman secara berperingkat.

 

IKLAN

Kemampuan diri

3 Senaman Untuk Mereka  Bersaiz Besar Dan Sakit Lutut Menurut Coach Kholis

Bagi mengetahui cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan, anda bolehlah merujuk kepada menu Pinggan Sihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Berikut ialah kadar pembahagian kelas makanan:

½ drpd pinggan dipenuhi dengan fiber (contohnya: sayur-sayuran hijau)

¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber protein (contohnya: ayam, ikan & daging)

¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber karbohidrat (contohnya: nasi, pasta & kentang)

IKLAN

 

Selain daripada mengikut menu Pinggan Sihat, anda perlulah mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi.

3 Senaman Untuk Mereka  Bersaiz Besar Dan Sakit Lutut Menurut Coach Kholis

Pada pendapat saya, antara senaman yang sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut ialah senaman yang mempunyai kadar impak yang rendah, antaranya:

 

IKLAN
  1. ‘Brisk walk’. ‘Brisk walk’ sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut. Anda boleh berjalan secara santai di sekitar taman atau tasik berdekatan kawasan perumahan anda. Tingkatkan kadar kelajuan bergantung kepada kemampuan anda.

 

  1. Berenang. Berenang ialah salah satu aktiviti senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengelakkan bebanan berat badan diletakkan di lutut bila bersenam.

 

  1. Berbasikal. Berbasikal juga merupakan salah satu senaman yang rendah impak, mereka yang minat berbasikal boleh menjadikan sukan ini salah satu aktiviti senaman.

 

Hasrul Nurkholis Hasim (Coach Kholis)

Jurulatih Kercergasan

Instagram: @coachkholis

Facebook: Kholis Hasim

Email: escortgroupworkout@gmail.com

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI