DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V memang terkenal dengan kezuhudan dan admin rasa itulah cara beliau membung sikap sombong sebagai pemimpin, semoga Allah kurniakan kesihatan dan keselamatan buat Tuanku.
Tapi apa yang menariknya disini, baru-baru ini viral apabila tersebar sebuah video yang memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong hadir ke sebuah masjid untuk menunaikan solat jemaah tetapi apa yang mencuri perhatian netizen adalah cara berjalan Sultan Muhammad V yang begitu laju sehingga tidak peduli untuk menggunakan laluan berkarpet kuning khas meski telah dibentang sekitar perkarangan masuk masjid.
Mungkin bagi sesetengah masyarakat yang kurang membaca memgenai sains akan labelkan perbuatan Tuanku adalah tidak bersesuaian dengan pangkat dan darjat yang dipegangnya namun secara saintifik, orang berjalan laju adalah seorang yang berkredibiliti tinggi.
Menurut psikologi, orang berjalan laju memiliki karakter yakin diri, penuh semangat serta bertenaga. Individu ini juga pantang menyerah kalah. Hati mereka sering berkobar-kobar dalam melaksanakan tanggungjawab bahkan jika berusaha, mereka akan usaha melampaui batas sehingga mengecapi apa yang dimahukan.
Penulisan portal IFL Science berkata, kajian terbaharu oleh pakar berpendapat, kelajuan berjalan sebenarnya menggambarkan sifat ketelitian, keterbukaan dan suka bergaul (mudah mesra). Nah, mungkin sebab tu kita boleh nampak Tuanku ni bersifat selamba dan tak kisah apa tanggapan orang terhadapnya.
Pakar-pakar Perancis dan Amerika mendapati, kelajuan berjalan berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang. Jika orang yang sudah berumur mampu berjalan laju seperti individu belia, mereka umumnya mempunyai daya pemikiran cekap serta kekuatan fizikal yang hebat.
Suatu ketika Saidina Abu Hurairah RA pernah berkata:-
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih laju, lebih pantas daripada Rasulullah s.a.w, seolah-olah bumi ini dilipatkan untuk Baginda s.a.w”.
Saidina Ali pula meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w jika berjalan, bahagian dadanya akan condong ke hadapan sedikit seolah-olah sedang menuruni bukit. Ternyata, Baginda s.a.w berjalan dalam keadaan tegap dan tegas tetapi penuh kesantunan. Kita dilarang pula berjalan dalam keadaan yang sombong (mendada) kecuali dalam peperangan dan jangan sesekali menyeret kaki.
Ini menunjukkan, Yang Dipertuan Agong mungkin telah mengikut cara berjalan Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Wallahu a’lam bish-shawabi. Selamat beramal
Sumber : Wanista