3 Sebab Orang Yang Rajin Buat Senaman Squat Ada Otot Biceps Besar & Mantap!

Share

Selain membakar banyak kalori, senaman squat juga boleh membuatkan otot biceps besar dan mantap. Lagi banyak otot yang anda bina, lagi tinggi metabolisme anda. Jadi lakukan rutin senaman squat, tiga kali seminggu sebanyak 20 hingga 30 ulangan. Kemudian rehat 1 minit dan lakukan 3-4 circuit/set.

Tentu anda pelik, kenapa orang kata nak otot biceps besar dan mantap, kena rajin buat senaman squat. Apakah kaitan biceps dengan squat? Macam mana pula squat boleh membesarkan biceps?

Sebenarnya ia tidak berkaitan. Namun jika dilihat secara mendalam, ada benarnya juga!

Oleh itu jom kita lihat bagaimana senaman squat ini boleh membantu anda untuk mendapatkan otot biceps yang besar dan mantap. Ini 3 sebabnya!

1. Sebagai booster testosterone semula jadi

Perlu anda tahu, hormon testosteron menjadi keagungan dalam dunia bina badan. Inilah hormon yang akan membuatkan badan anda berketak dan jadi lebih kuat.

Senaman squat yang berat mampu meningkatkan kadar rembesan hormon testosteron. Ia sekali gus membantu anda lebih fokus semasa membuat latihan dan mendapat lebih rangsangan hypertrophy.

2. Core jadi lebih kuat

Apabila core kuat dan kukuh, ini boleh mendorong kepada senaman yang lebih efektif. Anda juga dapat menggunakan bebanan yang lebih tinggi daripada biasa. Namun jika core anda lemah, susah untuk anda mengekalkan form yang baik.

Ini akan memaksa anda untuk mengurangkan bebanan dan mengurangkan rangsangan tumbesaran dalam membina otot. Antara senaman terbaik untuk otot biceps yang memerlukan core yang sangat kuat ialah barbell row yang betul-betul berat.

3. Membina otot kaki yang kuat

Seiring dengan core yang kuat, kaki yang kuat juga akan bantu anda untuk membina otot biceps yang lebih besar melalui senaman deadlift. Senaman squat dan deadlift diumpamakan seperti abang dan kakak, manakala senaman squat dan biceps pula adalah seperti saudara-mara.

Ia tetap berkait. Deadlift memerlukan kekuatan seluruh badan dan otot biceps pula berperanan dalam senaman tersebut. Percaya atau tidak, ramai yang boleh deadlift berat turut mempunyai otot biceps yang besar.

Squat adalah senaman yang baik untuk membina otot dan membakar lemak, malah untuk membina stamina. Oleh itu, rajin-rajinkanlah melakukan senaman squat agar otot biceps anda lebih kuat, besar dan mantap.

Published by
Roselinda