Masalah sakit lutut merupakan antara masalah yang biasa dialami oleh sebilangan besar masyarakat. Ia menyeksakan kerana masalah ini boleh menggangu rutin harian seseorang.
Ramai yang menganggap hanya golongan tua sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Namun sebenarnya, orang muda juga boleh alami risiko sakit lutut jika anda tergolong dalam kategori orang yang tidak mengawal berat badan, kurang atau terlebih bersenam.
Jadi sebelum ia rosak, pastikan anda melakukan senaman-senaman ini untuk menguatkan lutut sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebooknya.
Artikel berkaitan: Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Kalau Nak Berat Badan Turun Cepat
Artikel berkaitan: Lelaki Lebih Beruntung Kerana Mudah Turunkan Berat Badan, Ini Sebabnya!
Sambil berehat di rumah, cuba pratikkan senaman ini bagi menguatkan lutut anda.
Lutut adalah sendi penting. Jika rosak, tak ada ‘spare part’. Semua aktiviti harian pun terjejas. Nak berdiri pun seksa. 😂
Golongan berusia berisiko tinggi mengalami sakit lutut. Namun, ramai orang muda hari ini sakit lutut dan dianggap ‘tua sebelum waktunya’ kerana:
1. Berat badan berlebihan/obes
2. Kurang bersenam
3. Bersenam berlebihan
Jaga lutut, jaga berat badan, jaga makan, dan kerap bersenam mengikut kemampuan tetapi jangan berlebihan.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN