Siapa tidak kenal dengan bekas atlit bina badan negara, Datuk Malek Noor yang dahulunya merupakan jaguh bina badan Asia heavyweight sebanyak 6 kali. Kini beliau akui masih lagi aktif ke pusat kecergasan dan menjaga pemakanan untuk kekal sihat. Jom kita lihat apa yang diamalkan oleh beliau untuk kekal sihat walaupun usia sudah menjangkau 63 tahun.
1.Banyakkan makan sayur-sayuran.
2. Ambil vitamin tambahan seperti Omega 3, Vitamin E, B-Complex untuk tenaga dan juga vitamin C.
3. Selain itu aktif bermain golf dan ke pusat kecergasan bagi menjaga stamina supaya tidak cepat letih ketika melakukan aktiviti harian.
Sumber : Astro Gempak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Perlu Berhenti Merokok Sebelum Berkahwin Kerana….
5 Sebab kenapa anda perlu berhenti merokok sebelum berkahwin.
Jika anda boleh menanggung susah payah sakit seorang tidak apa. Namun, jika anda rasa tidak mampu menanggungnya seorang, cuba berhenti merokok. Ini bukan setakat menanggung sakit secara fizikal dan mental sahaja tau. Fikir nanti siapa yang perlu bawa anda ke hospital, teman anda di hospital, menunggu berjam-jam sementara anda mendapatkan rawatan, tidak tidur lena memikirkan masalah kesihatan anda, duit lagi, pendapatan keluarga terjejas kerana masalah kesihatan dan banyak lagi.
1.Duit
Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak dan tidak stabil ini, ada baiknya anda kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya, rokok. Ada yang cakap belanja untuk rokok ini lain sedikit sebab sudah ketagih dan jadi tabiat yang susah hendak ubah. Tapi cuba anda fikir, (RM17 x 30 = RM510) Banyak tu. Tambah sikit sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.
2.Kesihatan anda
Sekarang efeknya tidak terasa sangat. Tetapi jika mahu ditunggu sehingga anda sudah berusia baru mahu menyesal, memang melaratlah nanti. Sekarang merokok mungkin boleh menjadi jalan mudah untuk anda melepaskan tekanan, tetapi ‘jalan mudah’ inilah yang akan menyebabkan anda tertekan di kemudian hari disebabkan masalah kesihatan. Cuba lepak dengan pak cik-pak cik yang selalu berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada tabiat merokok mereka. Anda akan tahu betapa payahnya hidup jika dibelenggu penyakit, lebih-lebih lagi jika anda bukan pesara kerajaan.
3. Kesihatan pasangan anda
Tahukah anda, perokok kedua atau perokok pasif terdedah kepada bahaya asap rokok 3 kali ganda berbanding perokok aktif/pertama? Tahukah anda, kajian oleh WHO mendapati wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat barah paru-paru? Cuba anda fikir, ini tidak termasuk zaman bercinta lagi, bila anda selalu merokok ketika ‘dating’ sambil duduk berhampiran dengan pasangan anda. Kalau dulu memanglah rasa macam romantik, tapi tidak terlintaskah yang perkara ini perlahan-lahan meragut kesihatan insan yang anda sayangi? Bolehkah anda hidup tanpa pasangan anda?
4. Bau
Bau rokok tidak wangi. Anda tahu, semua orang pun tahu bukan? Bukan bau baju anda sahaja yang berbau, badan, rambut, semua pun berbau. Penat sahaja anda mandi wangi-wangi.
5. Kehamilan
Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.
Sumber : ikahwin.my
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Persediaan Otot Dada Menjelang Syawal
Otot dada terdiri dari 1 otot utama (otot besar) yang namanya Otot Pectoral. Otot ini sebenarnya terdiri dari pectorial major, minor dan clavicle head. Untuk memudahkannya kita membahagikannya kepada 3 saja iaitu Dada Bawah (lower chest), Dada Tengah (middle chest) dan Dada Atas (upper chest).
Latihan ini adalah antara latihan yang terbaik untuk dada terutamanya yang ingin membina otot dada. Lakukanlah dengan pegangan sedikit lebih lebar dari lebar bahu. Jangan terlalu lebar kerana ia akan membebankan sendi. Turunkan beban tersebut perlahan-lahan sehingga menyentuh dada di daerah puting
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membina otot dada yang lebih kekar dan sasa.
Incline Press
Latihan press dengan incline akan memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian dada hingga ke atas. Sudutnya pula jangan dilakukan terlalu tinggi. Cukup dengan sudut sekitar 200 – 300 saja dan biarkan ia agar dapat untuk divariasikan. Latihan juga dapat divariasikan antara penggunaan barbell dengan dumbell.
Decline Press (Barbell / Dumbell)
Merupakan gerakan latihan yang serupa dengan Bench Press atau Incline Press, hanya dilakukan di bangku Decline yang mempunyai kecondongan tertentu (sekitar 20 – 30’). Latihan ini menfokuskan tekanan pada otot dada bahagian bawah sehingga otot dada dapat menjadi lebih tebal dan kelihatan “tergantung”.
Cable Crossover
Merupakan gerakan yang membantu untuk mengembangkan otot terutama pada bahagian tengah otot dada. Latihan ini sendiri dapat menguatkan bahagian tengah sesuai dengan posisi jatuhnya cable yang dapat kita atur. Dengan menggenggam kedua tangan pada kabel, kita menarik kabel ke tengah depan sambil memfokuskan otot dada kita. Kabel kemudian dilepaskan secara perlahan.
Pec Dec / Butterfly
Latihan ini memungkinkan otot dada untuk bergerak sesuai dengan gerakan semulajadinya yang membawa kedua lengan untuk menuju pusat tubuh. Usahakan agar siku tetap berada pada bahagian pegangan (pads). Jangan menggunakan telapak tangan dengan terlalu banyak dalam latihan ini kerana ia akan mengurangkan tekanan otot dada.
Dumbell Pullover
Latihan ini dimaksudkan untuk membesarkan otot-otot dada agar jaraknya menjadi lebih besar. Latihan dengan dumbell dalam posisi berbaring, atau posisi dimana bahu bersandar pada bangku dan kedua kaki mencecah lantai, beban di pegang secara lurus di atas dada. Turunkan dumbel ke arah belakang kepala sejauh mungkin lalu kembali ke posisi semula.
Dumbell Fly
Latihan ini pula digunakan untuk melatih otot dada dengan gerakan yang cukup jauh, sehingga efektif untuk membantu meningkatkan keseluruhan otot. Beban yang digunakan dapat divariasikan namun perlu diingat agar berhati-hati saat menggunakan beban berat. Sebaiknya perlu ada seorang rakan yang membantu menjaga dan mengawasi latihan.
sumber: lelakisihat,com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
8 Cara Elak Sakit Di Usia Muda
Pernah terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4.RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI