3 Langkah Rebus Daun Kapal Terbang Untuk Turunkan Kencing Manis 17.9 Kepada 7!

Share

Bacaan gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk penghidap kencing manis adalah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L.

Itu sekiranya pesakit berpuasa atau tidak makan namun jika bacaan diambil secara rawak, bacaan diterima secara normalnya adalah sekitar 4.4-8.5 mmol/L.

Penyakit yang perlu dicegah

Menerusi pendedahan tersebut, jelas masalah kencing manis perlu diatasi dan dicegah untuk mengelakkan diri berdepan dengan risiko kesihatan yang membimbangkan.

Dalam media sosial, seorang pengguna Facebook, Rashid Kocai mendedahkan terdapat rawatan alternatif untuk mengubat masalah itu dengan menggunakan daun kapal terbang.

Selain dipanggil daun kapal terbang, daun lebar ini turut dipanggil sebagai daun rumput Malaysia dan ia mudah ditemui kerana tumbuh melata di banyak kawasan.

Rendam 3 helai daun dalam masa 3 jam

Kata Rashid Kocai, mereka yang menghidap penyakit kencing manis boleh menurunkan bacaannya daripada 17.9 kepada 7 dalam masa 3 hari.

1. Caranya tanpa menggunakan sebarang kos, petik sahaja jika menemui daun kapal terbang ini di laman-laman kebun misalnya.

2. Basuh bersih-bersih dan kemudiannya, ambil 3 helai dan rendamkan dalam air panas. Biarkan daun tersebut terendam dalam air sekurang-kurangnya 3 jam.

3. Setelah selesai proses itu, minumlah air daun kapal terbang itu sekali sehari untuk tujuan perubatan alternatif meski pun rasanya agak pahit.

Turunkan hipertensi

Seorang lagi pengguna Facebook, Gevariel Hoshea mendedahkan dia sedang amalkan minum air rebusan daun tersebut.

Katanya kalau untuk turunkan BP tekanan darah tinggi memang mujarab. Caranya hampir sama iaitu rebus dan minum airnya.

Gevarial turut bersetuju selain bermanfaat untuk dirinya, daun  itu bukan sahaja murah, terbaik dan senang ditanam malah tidak menolak mampu rawat masalah kencing manis.

Lumat dan tampal pada tempat luka

Pengguna Faceook yang lain turut berkongsi tentang khasiat daun ini. Kebiasaan di antara mereka pernah melumatkan daun ini kemudian tampal pada tempat yang mengalami luka.

Selain menghentikan pendarahan, rasa sakit juga boleh beransur-ansur hilang dan teknik ini dikatakan agak mujarab biar pun ia terlampau murah!

 

Published by
Akyem Samad