
Mesti ramai je yang selalu memakai pakaian tidur berulang kali kan. Percayalah pajamas yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat, haaa…dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini..
Bangun pagi yang lemah
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Dah faham kan? Selamat beramal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rutin Harian Yang Mampu Bantu Kulit Wajah Licin Dan Bersih

Siapa kata lelaki tak suka jaga kulit wajah.
Zaman sekarang penampilan terutamanya buat lelaki yang bekerjaya dalam profesion profesional sangat mementingkan kesihatan kulit wajah. Jadi tak hairanlah ramai mengejar kulit wajah yang licin dan bersih.
Tapi bagaimana nak kekalkan kulit wajah seperti itu. Jika anda lakukan 4 rutin di bawah dengan konsisten pasti ia tak akan menjadi masalah.
1. Pilih ikut kesesuaian kulit wajah
Jangan gunakan mandian badan untuk tujuan mencuci muka kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Cuci wajah setiap hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat. Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan tidur sambil menggunakan krim pelindung matahari
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate secara berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari. Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut dan perlu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka. Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
BACA: 8 Pencuci Muka Khusus Buat Lelaki Pilihan MASKULIN, Semuanya Ada Di Pasaran
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pernah Cecah Berat 120 Kg, Ini 5 Tip Wajib Ikut Kalau Nak Kuruskan Badan

Memiliki keazaman tinggi untuk menguruskan badan yang sebelum ini mencecah 120 kilogram, mengubah segalanya. Minat dan kesungguhan untuk bersenam di gim kini menjadi satu kebiasaan. Motivasinya sekarang adalah meningkatkan prestasi kesihatan, kecergasan dan kekuatan tubuh badan.
Bagi Fattah, melihat kesan perubahan bentuk badannya sekarang adalah satu kejayaan yang sangat memuaskan. Namun sebagai seorang yang masih mengekalkan rutin senaman hampir setiap hari, banyak perkara lagi yang peru diperbetulkan terutama di bahagian kekuatan dan simetri tubuhnya.
Bukan hanya sekadar ingin menurunkan berat badan, matlamatnya kini adalah untuk membimbing dan mendidik masyarakat di Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sudah tentunya dari segi pemakanan dan cara bersenam yang betul, terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran ketika bersenam seperti sakit “lower back” atau perempuan mengandung.
Sebagai persediaan untuk itu, pemuda berjiwa kental ini telah mengambil sijil jurulatih kecergasan yang dikeluarkan oleh American Council on Excercise (ACE). Seterusnya sijil-sijil lain yang boleh melayakkannya bergelar jurulatih kecergasan.
Fattah akui, cabaran paling utama yang terpaksa dilalui sepanjang proses menurunkan berat badan adalah untuk mengawal nafsu makan. Oleh kerana dia juga terlibat dengan menyertai pertandingan bina badan, soal makan tidak pernah diabaikan. Kebanyakan makanan yang dimakannya setiap hari dimasak sendiri untuk mengawal jumlah setiap nutrien.
“Jika kita mempunyai keazaman tinggi untuk capai sesuatu, usaha dan tanpa putus asa adalah kunci paling utama. Saya mahu orang yang memiliki berat badan berlebihan mengetahui kisah dan melihat saya sebagai cabaran. Jika saya boleh, anda juga boleh”, ujar Fattah.
PROFIL
Nama penuh: Muhammad Abdul Fattah bin Suffi
Asal: Kajang, Selangor Darul Ehsan
Pekerjaan: ACE certified Personal Trainer
Tinggi: 177cm
Berat: 90kg
Motto: Nothing Beats Solid Foods
Idola kecergasan: Mike O’Hearn
TIPS CERGAS
1- Makan makanan yang sihat dan sentiasa pastikan badan terhidrat
2- Elakkan pengambilan gula dan minyak yang berlebihan
3- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- Jangan tinggalkan senaman kardio
5- Senaman kaki adalah WAJIB
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Orang Yang Berdengkur, Tak Mengaku Dia Berdengkur Semasa Tidur

Dengkur yang disertai dengan nafas yang tersekat-sekat sepanjang malam dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung, disebabkan individu itu mungkin mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.
Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.
Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap OSA tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat,” katanya sambil menambah penghidap juga kerap sakit kepala akibat keadaan tidak cukup oksigen itu.
Keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang kepada OSA, beliau berkata, ada juga individu yang tidak obes berdengkur jika berat badan mereka meningkat daripada kebiasaan, namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.
Ramai kalangan penghidap OSA adalah obes yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.
Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.
Jika OSA tidak dirawat, jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.
Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung.
Simptom OSA
* Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)
* Berdengkur dengan kuat
* Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur
* Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas
* Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak
* Sakit kepala pada waktu pagi
* Sukar untuk tidur (insomnia)
* Sukar memberi perhatian
Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.
Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI