3 Faktor Yang Pengaruhi Kualiti Sperma Yang Lelaki Patut Ambil Tahu

Share

Ramai lelaki kini masih tertanya-tanya, apakah perbezaan yang ketara antara sperma dan air mani? Lelaki masih menganggap kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, tetapi ternyata tidak. Berdasarkan kenyataan Dr. Muhilan iaitu perunding Urologi, Tropicana Medical Centre (TMC), air mani ibarat ‘kapal angkasa’ yang membawa jutaan sperma untuk disenyawakan. Jadi, kepekatan dan kelikatan air mani tersebut tiada kena mengena dengan kualiti sperma.

Kuantiti – Mengandung lebih dari 15 juta sperma per mililiter.

Purata kiraan sperma sihat pula adalah antara 120 dan 350 juta per sentimeter isi padu. Bilangan sperma yang kurang sihat atau tidak berkualiti pula adalah di bawah 40 juta per sentimeter padu.

Kekurangan kiraan sperma juga disebabkan oleh faktor alam sekitar seperti bahan kimia, radiasi, ubat, pendedahan logam berat, merokok, minum arak serta penggunaan dadah yang terlarang. Dr. Muhilan juga menegaskan bahawa haba juga sebenarnya mampu untuk mempengaruhi penghasilan sperma, seperti penggunaan laptop di riba, haba dan panas api ketika memasak, mandi air panas, sauna dan sebagainya. Ini juga akan memberi kesan pada kilang penghasilan sperma (factory) serta paip laluan sperma.

Kualiti – Sperma normal mempunyai kepala bujur dan ekor panjang. Semakin banyak sperma yang anda miliki dengan bentuk dan normal, semakin besar kemungkinan anda untuk menjadi subur.

Ciri-ciri sperma yang abnormal adalah berkepala dua, ekor terlalu pendek mahupun panjang, dua ekor dan tengkuk ibarat bentuk sepering. Kecacatan bentuk sperma boleh mempengaruhi pergerakan dan hala tuju sperma. Bayangkan jika sperma mempunyai dua kepala iaitu satu kepala ke kiri dan satu lagi ke kanan. Sudah pasti ini akan mengganggu arah (direction) sperma untuk menembusi telur ovul.

Pergerakan – Untuk sampai dan menembusi telur, sperma harus bergerak pantas dan laju apabila berenang melalui serviks, rahim dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai motilitas. Anda kemungkinan besar akan subur jika lebih dari 40 peratus daripada sperma anda bergerak.

Sekiranya sperma anda bergerak perlahan seakan menaiki sampan, malah gagal untuk bergerak laju ke hadapan, maka sperma anda bermasalah, walaupun kuantiti sperma anda banyak.

SPERMA KEKAL SIHAT DAN HEBAT

Berdasarkan permasalahan kesuburan yang sering kali dialami oleh lelaki, 7 cara dan kaedah terbaik bagi mendapatkan sperma yang hebat dan berkualiti.

1- Praktik amalan seks selamat. Awasi jangkitan menular penyakit-penyakit tertentu klamidia dan gonorea.

2- Diet sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan.

3- Berat badan ideal. Beberapa kajian menunjukkan bahawa obesiti menjejaskan kualiti sperma dan mengurangkan jumlah sperma mahupun pergerakannya.

4- Jangan stres- Menurunkan fungsi seksual dan mengganggu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma.

5- Kenakan pakaian longgar. Bagi lelaki, pastikan seluar dalam anda longgar dan jangan terlalu ketat.

6- Banyakkan bersenam. Pastikan ia senaman yang ringan dan mudah.

7- Jangan merokok, minum arak dan makan makanan ringan.

Published by
Ruziana Zainal