3 Cadangan Waktu Sesuai Untuk Keluar Rumah Bagi Perjalanan Jarak Jauh!

Share

Jika anda ingin berjalan jauh misalnya mahu pulang ke kampung atau bercuti di kawasan luar negeri, anda seharusnya bijak merancang waktu perjalanan.

Lebih-lebih lagi waktu keluar rumah sebagai perjalanan fasa pertama untuk anda mula bergerak bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan dan sebagainya.

1. Keluar seawal pukul 6 – 9 pagi

Waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk anda memulakan perjalanan jauh kerana belum ramai penduduk tempatan keluar rumah pada hujung minggu. Jadi, jalan masih clear dan anda boleh memandu dengan selesa.

2. Keluar selepas pukul 2 – 4 petang

Kebiasaannya pada pukul 12 tengahari, penduduk setempat akan keluar mencari makan tengahari. Jadi, akan berlaku sedikit kesesakan yang boleh merencatkan perjalanan anda. Waktu baiknya, tunggu mereka pulang dan bergerak sebelum mereka keluar sekali lagi pada sekitar pukul 5 petang ke atas.

3. Keluar selepas pukul 8 malam

Waktu ini juga sesuai untuk perjalanan jarak jauh seperti dari Selatan ke negeri Pantai Timur. Jika anda bergerak seawal pukul 8 malam, anda boleh tiba sekitar pukul 4 – 5 pagi tanpa meredah kesesakan jalan raya.

Namun begitu, ada waktu-waktu yang tidak digalakkan anda mulakan pemanduan jarak jauh seperti :

1. Pukul 12 tengahari

Waktu ini kebiasaannya cuaca agak panas dan boleh menyebabkan pemandu mudah mengantuk biar pun ketika itu masih waktu siang. Haba sekeliling boleh memberi kesan kepada pemandu.

2. Pukul 1 – 2 pagi

Jika anda tidur pada sebelah malam dan merancang pemanduan pada pukul 1 atau 2 pagi, anda mungkin akan terdedah kepada risiko masih mengantuk dan jika anda tiba-tiba terlena, ia sangat berbahaya kepada diri anda serta penumpang yang dibawa.

Namun demikian, mata setiap orang adalah tidak sama dan bergantung kepada daya tahan masing-masing. Semoga bermanfaat!

 

Published by
Akyem Samad