3 Bentuk Senaman Yang Boleh Bantu Sesiapa Ada Masalah Tekanan Darah Tinggi

Share

Tak dapat dinafikan sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’.

Ia boleh membawa komplikasi yang serius dengan serangan strok dan juga menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal.

Maka jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera dan berusaha untuk menurunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan senaman.

Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah. Dikhuatiri jika anda mengikuti membuat senaman membuta tuli ial boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.

JENIS LATIHAN TERBAIK

Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga senaman asas yang sesuai. Senaman tersebut ialah;

Senaman kardiovaskular @ aerobik

Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.

BACA: 3 Bentuk Senaman Yang Mampu Bantu Mereka Mempunyai Tekanan Darah Tinggi

Senaman kekuatan membina otot

Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.

Senaman regangan

Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.


SEBELUM & SELEPAS BERSENAM

Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.

Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.

Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Published by
Farizul Izwany