Selain baju raya, gaya potongan rambut juga merupakan salah satu elemen penting buat seorang lelaki. Barulah di pagi raya boleh tampil sebra kacak dan bergaya!
Dalam tempoh seminggu akan datang MASKULIN yakin kedai gunting rambut dan salun pasti akan dibanjiri dengan lelaki yang inguin tampil kacak di pagi raya.
Dan inilah masanya untuk anda tonjolkan gaya yang lebih menarik dan mampu menyerlah berbanding orang lain.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Di bawah merupakan 25 gaya potongan rambut terkini yang anda cuba untuk digayakan pada Hari Raya Aidil Fitri nanti. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
Kadangkala anda mesti risau dengan penampilan wajah yang penuh dengan masalah kuit seperti jerawat dan blackhead.
Untuk blackhead ia sebenarnya dialami oleh semua orang. Ia berlaku kerana tahap kebersihan diri yang mungkin sedikit diabaikan. Dalam kehidupan seharian kit aterdedah dengan pelbagai kotoran seperti habuk, peluh dan juga asap.
Selain dari itu, faktor pemakanan juga memainkan peranan penting. Sejauh mana pun anda menjaga penampilan diri, masalah ini tidak akan pernah selesai dan jauh dari wajah anda.
Blackheads merupakan adik-beradik kepada jerawat dan, seperti semua jerawat, disebabkan oleh liang yang tersumbat. Apabila sel kulit mati atau serpihan lain masuk ke liang, mereka bercampur dengan minyak dan menyebabkan sumbatan terhasil.
Walau bagaimanapun, tidak seperti whiteheads oh-so-poppable, di mana ia hanya tersumbat pada permukaan kulit, jerawat ini lebih gelap apabila kulit liang kulit terbuka. Apabila minyak sebum bercampur dengan udara, ia akan menjadi hitam.
Tempat yang kerap terhasil adala pada hidung, dagu dan dahi dimana seluruh manusia di muka bumi ini dapat melihat dengan baik. Tetapi kerana badan mempunyai lebih daripada lima juta liang, mereka boleh muncul di tempat lain juga, seperti di punggung dan dada anda.
Cara Mencegah Blackhead
Seperti semua jenis jerawat, ia terhasil pada wajah anda dua minggu sebelum ia besar di wajah anda. Untuk mengelakkan bintik hitam, anda harus menggunakan pembersih harian yang lembut dengan asid alpha dan beta hydroxy (iaitu asid salisilik). Lampu LED biru juga bagus untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, dan tidak kering seperti produk topikal lain.
Jangan terlepas pandang peranan krim pelembap yang dapat membantu kulit anda. Walaupun ia tidak begitu membantu, namun pelembap sebenarnya boleh mmembantu mengawal kelenjar sebaceous anda yang mengeluarkan minyak, menyebabkan lebih banyak jerawat dan bintik hitam.
Cara Buang Blackhead Di Rumah
Ini mungkin akan menyukarkan anda, kerana jika tersilap langkah, ia akan memburukkan lagi wajah anda dan kesan itu akan menjadi parut selama-lamanya. Terutama sekali jika anda menggunakan kuku, jangan main-main dengan perkara ini.
Kaedah di rumah yang paling berkesan untuk membuang bintik hitam melibatkan penggunaan mencuci muka, jalur pori, pengelupasan dan mask muka untuk membasmi anasir-anasir negatif dalam liang-liang anda.
Pakar kulit mencadangkan anda mengambil pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti asid salicylic atau sulfur untuk membendung pengeluaran sebum dan memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat.
Asid hydroxy Alpha berfungsi untuk mengelupas dan menghilangkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkannya daripada liang-liang tersumbat pada masa akan datang dan sulfur koloid dan tanah liat kaolin berfungsi untuk mengurangkan parut dan menyerap minyak.
Sekiranya anda mahu menghapuskan bintik hitam dengan kaedah memicit, paastikan anda basuh tangan anda terlebih dahulu. Gunakan alat kulit yang bersih dan menggunakan tekanan yang sama ke kawasan tersebut. Setelah selesai gunakan astringen, ke kawasan tersebut untuk menghentikan penyebaran bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda jumpa seseorang yang mempunyai wajah yang tampan tapi bila bab rambut memang dia dapat markah paling rendah.
Amat rugi kalau anda seseorang dikurniakan wajah yang tampan tapi tak pandai menjaga rambut. Buanglah mentaliti yang fikir bahawa lelaki tak perlu menjaga kesihatan rambut.
Anda pernah lihat bintang Hollywood? Lihat saja pelakon-pelakon popular seperti Chris Hemsworth, Brad Pitt, Tom Cruise dan ramai lagi. Walaupun ada yang umurnya sudah nak masuk setengah abad tapi gaya rambut mereka masih steady dan hebat!
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
JANGAN PAKAI TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Semoga 15 tip penjagaan rambut ini boleh memberikan manfaat buat anda, lelaki tampan yang ingin sentiasa bergaya dan sihat.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kesan parut jerawat yang bertompok dan hitam pasti boleh mencacatkan penampilan. Jika parut jerawat itu dibiarkan tanpa rawatan bimbang ia semakin sukar untuk dihilangkan.
Kini anda tidak perlu lagi bergantung kepada produk untuk menghilangkan parut jerawat anda. Hanya mengamalkan pemakanan ini, parut jerawat anda akan beransur pudar dan hilang sedikit demi sedikit.
Jom kenali 5 makanan ‘superpower’ ini. Pastikan ia tersenarai dalam menu pemakanan harian anda.
Mengandungi bahan anti-radang yang tinggi dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia menjadi brokoli sebagai salah satu makanan yang amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya kulit yang berparut. Warna parut jerawat akan menjadi lebih pudar dan kurang bertompok.
2. Lemon
Jus lemon boleh diminum sebagai air detoks yang bertindak untuk melawaskan penghadaman dan menyingkirkan toksik. Atas faktor asidik yang ada dalam lemon, ia mampu mengurangkan minyak dan bakteria yang terkumpul pada kulit. Secara tidak langsung, lemon ini akan memudahkan untuk rawatan jerawat dan parut jerawat. Lumurkan sahaja lemon pada bahagian kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Namun jika kulit anda sensitif atau luka, elakkan menggunakan petua lemon ini.
Bukan sahaja sedap untuk dimakan, betik juga bagus untuk dibuat masker kulit. Vitamin A di dalam buah pelawas ini dapat membasmi sel-sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Selain menghilangkan parut jerawat, masker betik ini juga boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Ia boleh menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut dan tompok hitam.
4. Lada Benggala (Kuning)
Rupanya lada benggala kaya denga vitamin C. Pengambilan lada benggala berwarna kuning ini boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting, anda yang ada parut jerawat jenis ‘kawah’ digalakkan untuk mengambil lada benggala ini dalam pemakana harian kerana ia mengandungi kolagen yang boleh membaiki masalah parut jerawat anda itu.
Sayur-sayuran yang tinggi zink seperti bayam sangat cepat dalam proses pemulihan kulit dna parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, sayur bayam juga boleh menghasilkan sel-sel kulit dan mengandungi kolagen. Selain kulit, bayam juga elok diamalkan untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.