Cara jaga motosikal adalah perkara yang paling mudah sekali. Cuma perlu jaga minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya.
Mahal atau murah terpulang, tetapi kalau nak rasa sedap semasa menunggang motosikal, belilah yang elok, berkualiti dan tahan lama.
Menurut Jenal Motor Wakaf Stan menerusi satu perkongsiannya di laman Minyak Pelincir Shell, antara perkara asas yang wajib diservis apabila sampai waktunya adalah tayar.
Berikut adalah beberapa panduan secara lengkap untuk lelaki dan perempuan yang sering menggunakan motosikal manfaatkannya:
1) Servis Minyak Hitam (4T)
Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter, penyelenggaraannya mudah cuma tukar minyak hitamnya aje. Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 – 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).
a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km.
b) Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km.
2) Penjagaan Minyak 4T
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang mahupun scooter sekali pun, penjagaan minyak 4T itu penting tetapi jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu berdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL. Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang.
-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40.
Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey.
3) Servis Oil Filter
Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC .. Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch)
Ads
4) Penjagaan Minyak 2T
Bagi Motorsikal 2 lejang sahaja contohnya RXZ, 125z, kalau boleh guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan.kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin. perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih dan cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.
5) Servis Spark Plug
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak. Check spark plug dia, hitam legam atau bersih? kalau hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna, lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup.
Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug. Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK ‘G’ POWER, NGK’R’, DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye. Spark plug selalu orang guna NGK”R”, kalau nak power irridium spark plug.
6) Servis Karburator
Bagi penguna Motorsikal, setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tu, mane tau tersumbat.
7) Servis Air Filter
Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC. perkara penting adalah penjagaan air filter ( penapis Udara) Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara. Air filter Standard punya klu kotor tembak dengan angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sangat beli je baru ajerr senang.
8) Servis Fuel Filter
Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru. fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar. Tukar Fuel Filter setiap 10,000 km.
Ads
9) Servis Radiator Coolant
Bagi penguna Motorsikal yang ada radiator coolant contohnya Yamaha 135LC .. Cara penjagaan ‘coolant’ motor disyor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50. Pastikan juga sistem radiator tak tersumbat , tak ada kebocoran dan kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang cover set
10) Penjagaan Bateri Motorsikal
Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari.
11) Penggunaan CDi Racing
Bagi motorsikal yang ada pasang CDi. Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, Rextor atau sebagainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang. Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
12) Penjagaan Sporket dan rantai
Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu. Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat. Ketatkan rantai motor yang longgar, orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak. Rantai rosak tulah penyebab sporket tajam. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan. Bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris.
13) Penjagaan Belting
Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 1700km, lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. Cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali
14) Servis Minyak Gearbox
Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertama sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. (Ni pendapat admin ye)
Ads
15) Penjagaan brake motorsikal
Bagi penguna Motorsikal. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak. Periksa kandungan minyak brake, kalau kurang tambah kan je. Kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru je. Kalau brake ade problem seperti brake tak berapa mencengkam. caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali.
16) Servis Clucth Plate dan Clucth Tangan
a) Bagi penguna Motorsikal, kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus. Kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik. Mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem. Gantilah Clucth plate.
b) Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan clutch tangan. Periksa kabel Clutch, Kalau dah mula menunjukkan tanda haus, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.
17) Tekanan Angin Tayar
Bagi penguna Motorsikal, periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang, jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.
18) Penggunaan Tayar
Bagi penguna Motorsikal, gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong, brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita. Periksa tayar motorsikal anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Tolong jangan gunakan tayar yang sudah haus, botak nampak benang dalam, bengkak atau benjol dan tayar yang retak dan terkopek, Tak selamat digunakan boleh pecah tayar tu. Sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ini menyebabkan motorsikal mudah terbabas di selekoh yang licin.
19) Tayar tiub dan tubeless
Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor. Tapi kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut. Senang sikit kalau tayar pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya. Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar
20) Penggunaan Rim Lidi atau Sport rim
Kalau ikut Rim lidi atau sport rim biasa berukuran 17 inci. Pengubahsuaian saiz rim dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit. Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.Kalau penggunaan Rim Lidi ni tiub tayar kerap bocor. klu ade lidi yg longgar akan bergesel. sikit-sikit lama-lama bocor tiubnyer.
kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu.
21) Penggunaan Ekzos
Kalau Motorsikal korang kurang power dan ada tanda-tanda ekzos tersumbat. pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu, buang keladak yang menyumbat ekzos tu.
22) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake
Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lama. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup. Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)
Miliki potensi luar biasa dengan harga berpatutan itulah keistimewaan yang ada pada skuter keluaran terbaharu Modenas iaitu Elegan 250 dan Kymco 250i yang kini hangat diperkatakan bagi peminat jentera dua roda.
Menyertai Modenas bersama rakan media ke Melaka baru-baru ini meninggalkan seribu pengalaman berguna buat penulis kerana ini kali pertama menyertai konvoi jentera dua roda.
Berkumpul di ibu pejabat Modenas di Shah Alam, rombongan media terlebih dahulu diberikan taklimat penerangan oleh marshall yang bertanggungjawab memimpin perjalanan kami semua ke Melaka.
Memulakan perjalanan, kami semua diuji pada peringkat awal apabila hujan yang turun seawal pagi berlarutan sehinggalah acara pelepasan dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abdul Kadir. Selain media, perjalanan kami ini juga turut disertai krew teknikal Modenas dan juga Pegawai Pemasaran dan Jualan Givi Asia Sdn Bhd, Ismadi Ishak yang berbesar hati menaja baju/seluar hujan baharu dari Givi.
Memang tepat pada masanya apabila, kelengkapan baju dan seluar hujan tajaan Givi memberikan impak dalam perjalanan meredah hujan lebat disepanjang perjalanan.
MILIKI KELENGKAPAN
Penulis yang menunggang Kymco 250i melihat potensi dihamburkan enjin suntikan bahan bakar 250cc Double Overhead Cam (DOHC) yang menjana 17.1kW @ 7,500 rpm dan 23.1Nm @ 6,000 rpm memang tidak mengecewakan.
Kestabilannya begitu mengujakan walaupun dalam keadaan hujan malah apabila berselisih dengan kenderaan berat lain ianya tidak terhuyung hayang sebagaimana dialami skuter model lain.
Brek hadapan dan cakera brek belakang juga memainkan peranannya, begitu juga dengan suspendi belakang setiap kali melalui jalan tidak rata. Pelana yang besar bagi penulis ia memberikan ruang keselesaan ketara samada menunggang sendirian mahupun berdua.
Begitu juga ruang tempat penyimpanan barang yang mampu memuatkan satu topi kaledar penuh dan separuh selain peralatan lain pastinya mampu menarik minat pengguna.
Jika ditanya berapa kelajuan mampu dicapai Kymco 250i, maaflah konvoi kami tidak dibenarkan untuk berada dihadapan marshall yang dipertanggungjawabkan memimpin perjalanan kami.
Selepas memandu hampir sejam dengan keadaan hujan yang masih belum berhenti, kami semua tiba di Hentian Rehat dan Rawat Seremban untuk pertukaran motosikal bagi meneruskan perjalanan.
Untuk makluman selain Kymco 250i dan Elegan, Modenas turut menyediakan Karisma 125cc dan CT115s yang dipandu secara bergilir pengamal media pada konvoi kali ini.
Perjalanan diteruskan dengan penulis diberikan CT115s menuju ke perhentian seterusnya di Masjid Tanah melalui susur keluar Tol Pedas/ Linggi sebelum menunggang Karisma 125cc menuju hotel penginapan di pusat bandar Melaka.
Sepanjang perjalanan ini, hujan masih tidak berhenti dan peranan Givi sememangnya tidak menghampakan apabila tiba di hotel penginapan hanya kasut sahaja basah dengan seluar serta baju yang dilindungi baju/ seluar hujan Givi berada dalam keadaan baik.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa penulis tidak berkongsi pengalaman semasa memandu CT115s dan Karisma 125 bukan ?, baiklah sebenarnya fokus penulis kali ini adalah mengenai perbandingan dan kelebihan dimiliki Elegan 250 dan Kymco 250i.
Untuk Karisma 125 dan CT115s itu kita simpan dulu ye, jangan bimbang nanti penulis akan berkongsi pengalaman bersama, sabar ok.
KUASA PECUTAN
Keesokkan paginya, selepas menjamu sarapan, penulis meminta izin untuk pulang awal dan kali ini Elegan 250 menjadi peneman dalam perjalanan dari Tol Ayer Keroh menuju Sungai Besi.
Mungkin inilah masa sesuai untuk menguji kelajuan Elegan memandangkan bergerak secara solo dan tiada marshal memimpin. Menyusuri Tol Ayer Keroh menuju Sungai Besi, penulis tidak menunggu dengan pendikit dipulas secara perlahan-lahan untuk menambah kelajuan.
Tanpa kenderaan yang sibuk ketika itu, meter menunjukkan kelajuan 150kilometer sejam (km/j), tiada gegaran dirasai malah jentera juga terhuyung hayang apabila dipintas kereta yang memandu disebelah lorang kanan.
Stabil dan keselesaan ketara sebagaimana dirasai ketika memandu Kymco 250i, memotong kenderaan lain juga tidak perlu memulas pendikit secara agresif untuk mendapatkan kelajuan, cukuplah sekadar memandang cermin sisi pandang belakang dan pulas secara perlahan-lahan.
KERJASAMA ERAT
Secara keseluruhannya, penulis merasakan kedua-dua produk baharu Modenas ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing, tetapi apa yang ketara Modenas kini sudah berubah, menampilkan produk baharu menepati keperluan serta kehendak semasa.
Bagi yang menggemari corak pemanduan selesa dengan kelajuan sekitar 120 hingga 150kmj pastinya Elegan dan Kymco menjadi pilihan kerana sesungguhnya kehadiran mereka berdua bukan sekadar berada di atas jalan raya tetapi untuk mempimpin jentera skuter yang lain.
Tahniah buat Modenas dan Givi yang berganding bahu menjayakan konvoi ini dari mula hinggalah kami semua selamat pulang ke destinasi.
Pasaran motosikal besar tempatan sebenarnya agak sepi buat seketika. Khabarnya Ducati Malaysia bakal melancarkan beberapa model baru ke pasaran Malaysia. Antaranya ialah model Ducati Scrambler Cafe Racer dan Scrambler Desert Sled.
Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran dua model berkenaan masih belum disahkan. Ducati Malaysia memaklumkan dua model itu bakal tiba ke pasaran tempatan sama ada penghujung Julai ini atau pun awal Ogos.
Mengukuhkan lagi ketibaan dua model itu apabila penulis sendiri terlihat model berkenaan sedang diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahagian automotif.
Model Ducati Scrambler Cafe Racer diperkenalkan pada pameran EICMA 2016, Milan, Itali. Negara jiran, Indonesia melancarkan model klasik berkenaan pada 19 Mei lalu.
Ducati Scrambler Cafe Racer dijana oleh enjin 803cc dengan teknologi L-Twin Desmodromic Distribution. Enjin berkenaan menghamburkan kuasa 55kW pada 8250rpm dan tork maksimum 68Nm pada putaran enjin 5750rpm.
Tenaga yang dihasilkan kemudian disalurkan melalui sistem transmisi 6-kelajuan dengan klac basah APTC Multiple bersama Kawalan Mekanikal yang akan menjadikan tarikan pecutan jentera begitu ganas. Dilengkapi dengan emisi Euro4, kecekapan bahan api tidak perlu diragukan.
Gabungan gaya klasik dan moden begitu seimbang pada setiap sisi luarannya. Rekaan lampu depan bulat dengan padanan teknologi LED memberikan pencahayaan yang terang pada waktu malam. Manakala, lampu belakang turut didatangkan dengan ciri LED bersama lampu difusi. Bahagian tepi tangki minyak bersaiz 13.5 liter itu disisipkan lencana ‘Scrambler’ yang timbul.
Gaya cafe racer boleh dilihat pada bahagian pelana balutan kulit berwarna coklat. Pihak Ducati memilih ekzos perlumbaan berwarna hitam bersama peredam aluminium Termignoni yang menyerlahkan imej sporty.
Cafe racer itu juga menampilkan panel digital LCD yang merangkumi informasi speedometer, jarak perjalanan dan jam. Walaupun kelihatan ringkas tetapi tetap informatif.
Menyentuh soal rangka, Ducati Scrambler Cafe Racer menggunakan rangka kukuh jenis Tubular Steel Trellis. Rangka berkenaan bukan sahaja kuat tetapi juga ringan. Sehingga mampu membuatkan model klasik berkenaan memecut dengan mudah.
Penulis berpeluang menunggang uji model tersebut. Dengan tinggi pelana 805mm dirasakan sudah cukup ideal, walaupun para pengguna di Malaysia memiliki postur tubuh sederhana. Penulis dengan ketinggian 156 sentimeter sedikit menjengket. Tapi masih selesa.
Scrambler Cafe Racer mempertaruhkan sitem brek Brembo berukuran 330mm pada bahagian depan dan bahagian belakang bersaiz 245mm. Melengkapkan bahagian kaki, Ducati menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso II. Tidak ketinggalan model ini didatangkan dengan ciri ABS sebagai standard.
Penulis menjangkakan harga Ducati Scrambler Cafe Racer ialah RM68, 000 seunit.
SPESIFIKASI DUCATI SCRAMBLER CAFE RACER ENJIN: 803cc, teknologi L-Twin Desmodromic Distribution KUASA MAKSIMUM: 74hp @ 8,250rpm TORK MAKSIMUM: 68Nm @ 5750rpm TRANSMISI: 6-kelajuan wet klac APTC Multiple PxLxT: 2,107mm X 810mm X 1,066mm JARAK RODA: 1,436mm TINGGI PELANA: 805mm BERAT: 188kg SUSPENSI: Fork terbalik Kayaba berukuran 41mm (depan) / Penyerap hentak Kayaba dengan preload yang boleh laras Kayaba SAIZ TAYAR: 120/70 ZR17 (depan)/ 180/55 ZR17 (belakang)
Sebagai pemilik dan pemandu kereta salah satu perkara yang pastinya cukup merisaukan ialah apabila lampu amaran suhu enjin mula menyala atau berkelip memberikan amaran.
Ia merupakan satu situasi yang serius dan anda harus menghentikan kereta denagn serta-merta bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Enjin kereta yang menjadi terlalu panas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang solusi.
Enjin yang terlalu panas boleh menjejaskan bukan sahaja pada bahagian enjin malah ia kerosakan boleh merebak ke bahagian lain. Malah akibat suhu panas boleh mencairkan komponen luaran dan merosakkan blok enjin yang sekali gus menyebabkan kerosakan sangat serius,
Secara umumnya enjin yang menjadi terlalu panas dengan cepat biasanya terkait dengan sistem penyejukan tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana sistem tersebut direka bagi menurunkan dan mengawal suhu yang optimum untuk enjin kerete beroperasi dengan baik.
Terdapat lima punca mengapa enjin kereta oleh menjadi terlalu panas dengan cepat. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah:
TERMOSTAT TIDAK BERFUNGSI
Foto: Autochimps.com
Termostat merupakan komponen penting bertindak mengawal suhu enjin. Ia juga berfungsi menghalang coolant daripada memasuki enjin sehinggalah ia telah panas. Ini bermakna kereta anda boleh mencapai suhu operasi dengan lebih cepat.
Jika termostat rosak ia tidak dapat dibuka lalu menyebabkan coolant tidak dapat mengalir masuk apabila diperlukan.
PARAS COOLANT RENDAH ATAU TERCEMAR
Foto: waterpumpu.com
Walaupun water pumo dapat berfungsi dengan baik namun ia tidak akan bermakna jika terdapat gejala tidak normal pada coolant. Jika kandungan coolant tidak mencukupi untuk sistem penejukan berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan enjin jadi cepat panas. Manakala pencemaran diyang berlaku di dalam coolnat juga boleh menjejaskan fungsinya dengan baik.
HOS ROSAK
Sambungan hos juga perlukan dipastikan sentiasa berada di dalam keadaan baik. Hos ini merupakan sambungan dari enjin ke bahagian komponen radiator. Jika berlaku kerosakan seperti kebocoran, retak atau tersumbat ia boleh menyebabkan coolant bocordan menjejaskan alirannya untuk berfungsi dengan normal. Apabila ini berlaku enjin akan jadi lebih cepat panas.
RADIATOR ROSAK
Di antara komponen pertama yang kita akan periksa apabila berlakunya masalah ini. Radiator yang rosak akan menyebabkan sistem penyejukan tidak akan berfungsi. Malah coolant akan terus kekal panas. Antara beberapa sebab radiator tidak berfungsi dengan baik ialah kerosakan pada kipas atau berlaku kebocoran atau keretakan pada bahagian radiator itu sendiri. Jika ini berlaku lebih baik anda menukar radiator yang baru.
WATER PUMP ROSAK
Kerosakan yang berlaku pada water pump juga boleh menjadi penyebab masalah suhu anjin meningkat dalam masa yang singkat. Kerosakan yang berlaku pada komponen ini bermakna aliran coolant akan terjejas atau tidak mengalir langsung!
Jalan paling mudah untuik mengelakkan masalah ini berlaku kepada kereta ialah melakukan servis secara berkala. Bawalah kereta anda untuk lakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa, contohnya setiap empat hingga enam bulan sekali.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Kredit: captoyota.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.