Walaupun sudah enam tahun pemergian mendiang Paul Walker akibat kemalangan kereta pada tahun 2013, minatnya terhadap kereta bukan hanya dalam filem Fast and the Furious semata-mata tetapi telah dibuktikan menerusi dunia realiti.
Buktinya boleh dilihat menerusi 21 unit kereta dan motosikal kepunyaan mendiang Paul Walker yang bakal dijual dalam satu acara bidaan Barrett-Jackson’s 49th Annual Scottsdale Auction pada 11 Januari hingga 19 Januari 2020. Sudah pasti, koleksi ini menjadi buruan peminat kereta yang ingin menjadikannya sebagai aset peribadi.
Ternyata koleksi kepunyaannya ini bukanlah calang-calang kerana ia terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan dari serata dunia menerusi penghasilan dari era yang berbeza-beza.
Selain sepasang BMW M3 E30 tahun 1988 dan 1991, turut menjadi perhatian tentunya lima buah BMW M3 Lighweight 1995, yang mana model dari siri ini sangat rare kerana dihasilkan hanya 125 unit sahaja.
BACA: Tahu 3 Perkara Ini Dulu Sebelum Plan Nak Beli Kereta Lama Atau Kereta Lebih 10 Tahun!
Bukan itu saja, Paul Walker juga penggemar muscle car dan klasik antaranya Chevrolet Nova Wagon 1963, Chevrolet Chevelle Wagon 1964 dan Chevrolet II Nova 1967. Bahkan satu lagi kereta yang turut mendapat perhatian dan tidak pernah dibawa berlumba ialah kereta Ford Mustang Boss 302S 2013.
Bergelar penggemar kereta jenama Jepun dalam filem aksi Fast and the Furious, di dunia sebenar juga beliau menunjukkan minat yang sama apabila memiliki kereta Nissan Skyline GT-R R32 1989, trak pickup
Toyota Tundra 2006 dan Nissan 370Z 2009, kenderaan yang pernah digunakan dalam Fast Five.BACA: Cara Mudah Bersihkan ‘Peta’ Pada Seat Kereta Guna Bahan Bajet, Hasilnya Macam Baru!
Ini merupakan 21 koleksi kenderaan Paul Walker yang bakal dijual:
– 1963 Chevrolet Nova Wagon
– 1964 Chevrolet Chevelle Wagon
– 1967 Chevrolet II Nova
– 1988 BMW M3 E30
– 1989 Nissan R32 Skyline Race Car
– 1991 BMW M3 E30 Coupe
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight
– 1995 BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete
– 1995 Ford Bronco SUV
– 2000 Audi S4
– 2003 Ford F250 Pickup
– 2004 GMC Sierra 1500 Pickup
– 2005 Harley-Davidson RS (motosikal)
– 2006 Toyota Tundra Pickup
– 2008 Suzuki (motosikal)
– 2009 Nissan 370Z
– 2011 BMW (motosikal)
– 2013 Ford Mustang Boss 302S Race Car
sumber: CNN