Suatu ketika dahulu jenama kereta dari Korea Selatan di pandang sebelah mata oleh ramai penggemar automotif. Namun dengan kepesatan teknologi serta inovasi yang diperkenalkan oleh mereka membuatkan semakin ramai mula membuka mata.
Salah satu jenama yang terbesar dari Korea Selatan adalah tidak lain tidak bukan, Hyundai. Segmen kereta berprestasi tinggi merupakan antara segmen yang sangat popular di kalangan eksekutif muda.
Apatah lagi jika kereta tersebut menawarkan ciri-ciri istimewa dan juga jumlahnya juga terhada. Terbaru Hyundai memperkenalkan Hyundai Limited Edition i30N. Istimewanya, hanya 20 unit kereta edisi terhad ini dipasarkan di Malaysia.
BACA: Tanda-Tanda Anda Perlu Tukar Minyak Enjin Kereta Dengan Segera
Dan lebih menarik lagi kesemua unit ini hanya boleh didapati menerusi pra-tempahan di atas talian melalui platform Chup Dulu oleh Lazada.
Chup Dulu membolehkan pengguna menikmati tawaran eksklusif dan harga yang istimewa ditawarkan di laman sesawang dan aplikasi Lazada.
Bermula pada hari ini sehingga 11 Disember, sesiapa yang berminat boleh melakukan tempahan kereta edisi terhad ini dengan membayar deposit sebanyak 50% dan yuran tempahan sebanyak RM2000 menerusi aplikasi Lazada. RM1000 pertama dibayar ketika melakukan tempahan manakala bakinya perlu dibayar selepas tempahan disahkan.
Pelanggan yang berjaya melakukan tempahan akan dimaklumkan oleh wakil daripada Hyundai untuk meneruskan proses pembayaran. Seorang daripada 20 pemilik bertuah kereta hebat dari Hyundai ini juga berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif ke Korea Selatan.
Hyundai i30N dipasarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM298,888 (harga Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans).