2 Teknik Mudah Elak Kereta Berkuap Masa Parking Di Tempat Panas!

Share

Bila kita parking di tempat yang panas, pasti kereta kita berkuap bila kita nak masuk. Jadi bagi mengelakkan rasa panas itu, ada yang menurunkan sedikit tingkap kereta untuk memberi pengudaraan masuk dan kereta kurang panas. Tak pun terpaksa buka air-cond kuat-kuat agar kereta jadi sejuk.

Lepas ini anda tak perlu lagi menurunkan tingkap kerana ia berbahaya untuk keselamatan kereta anda. Malah anda juga tak perlu lagi nak buka aircond kuat-kuat sebab ada cara lain yang anda boleh lakukan agar kereta anda tidak berkuap dan rasa panas lagi.

Ini caranya untuk anda memilih mode kitaran penyaman udara kereta anda:

BACA: Dengan Kertas Pasir Boleh Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning, Dari Kusam Terus Nampak Baru!

1. Masa memandu, pastikan flap air-cond tertutup agar kereta kekal sejuk

Tujuan flap air-cond ini ditutup agar udara yang ada di dalam kereta berlegar-legar di dalam kereta sahaja, selain mengekalkan udara yang sejuk sepanjang anda memandu

2. Masa parking kereta di tempat panas, pastikan flap air-cond dibuka

BACA: 8 Trik Yang Boleh Mudahkan Penggunaan Kereta, Yang Penting Jimat Sebab Guna Bahan Bajet!

Bila anda parking kereta di tempat panas atau tidak berbumbung, bukakan flap air-cond ini. Ia bertujuan agar pengudaraan keluar masuk dan kereta anda rasa kurang panas.

Sebarang peringatan, jangan lupa tutup semula flap air-cond ini agar habuk dari luar tidak masuk ke dalam kereta.

Sumber: Informasi Viral Terkini

Published by
Team Maskulin