Bila kita parking di tempat yang panas, pasti kereta kita berkuap bila kita nak masuk. Jadi bagi mengelakkan rasa panas itu, ada yang menurunkan sedikit tingkap kereta untuk memberi pengudaraan masuk dan kereta kurang panas. Tak pun terpaksa buka air-cond kuat-kuat agar kereta jadi sejuk.
Lepas ini anda tak perlu lagi menurunkan tingkap kerana ia berbahaya untuk keselamatan kereta anda. Malah anda juga tak perlu lagi nak buka aircond kuat-kuat sebab ada cara lain yang anda boleh lakukan agar kereta anda tidak berkuap dan rasa panas lagi.
Ini caranya untuk anda memilih mode kitaran penyaman udara kereta anda:
1. Masa memandu, pastikan flap air-cond tertutup agar kereta kekal sejuk
Tujuan flap air-cond ini ditutup agar udara yang ada di dalam kereta berlegar-legar di dalam kereta sahaja, selain mengekalkan udara yang sejuk sepanjang anda memandu
Ads
2. Masa parking kereta di tempat panas, pastikan flap air-cond dibuka
Bila anda parking kereta di tempat panas atau tidak berbumbung, bukakan flap air-cond ini. Ia bertujuan agar pengudaraan keluar masuk dan kereta anda rasa kurang panas.
Sebarang peringatan, jangan lupa tutup semula flap air-cond ini agar habuk dari luar tidak masuk ke dalam kereta.
Makin lama makin berat pula rasa kereta yang dipandu. Senasi itu pasti anda rasai dan ia merupakan petanda yang harus anda berikan perhatian dengan segera.
Bagi yang tidak mahu fikir panjang dan mempunyai banyak wang mungkin akan terus dibawa ke bengkel untuk dibaiki.
Tapi awas, jangan pula anda tertipu apabila ada bengkel yang terus mengatakan kereta perlu dibaiki secara overhaul di mana ia memakan kos lebih tinggi.
Apabila kereta terasa berat semasa dipandu ia sebenarnya mungkin menjadi indikasi kepada beberapa jenis kerosakan. Berikut MASKULIN kongsi beberapa punca yang boleh menjadi penyebabnya.
TIMING ENJIN LARI
Timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Lakukan semula pelarasan timing enjin kereta semula.
ENAPAN KARBON
Terdapat enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin dalam jumlah yang banyak. Jadi sebaiknya ada cuci karbon setiap dua tahun sekali.
Apabila penapis minyak petrol tersumbat ia akan menyebabkan minyak tidak dapat mengalir dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak). Setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.
SPARK PLUG
Antara salah satu punca ialah palam pencucuh atau spark plug yang jangka hayatnya sudah melebihi 30,000 km atau setahun sekali.
TEPET TELAH ‘LARI’
Tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal. Jadi lakukan pelarasan tepet setiap satu tahun enam bulan jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh atau dua tahun sekali bagi penggunaan biasa.
PENAPIS ANGIN PENUH HABUK
Penapis angin atau air filter yang dipenuhi dengan habuk atau debu juga boleh menjadi punca kereta terasa berat ketika dipandu. Jadi lakukan servis dengan mencuci atau tukar kepada yang baru jika ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
BEARING RODA ROSAK
Bearing pada roda atau tayar mungkin boleh rosak selepas usia kereta mencecah 8 hingga 10 tahun. Bunyi bising seperti berdengung kuat akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km/j ke atas.
BREK CAKERA TERSANGKUT
Brek cakera atau disc brake kereta tersangkut akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa dan diservis. Ia biasanya berlaku kejadian piston brek melekat di mana ia tidak melepaskan semula disc brake selepas brek ditekan.
Pandu kereta perlahan-lahan dengan gunakan gear 1 atau gear 2. Dan anda mungkin boleh mendengar bunyi brek cakera tersangkut atau bergesel. Jadi tukar minyak brek setiap tiga atau empat tahun. Manakala brek pad pula tukarlah bila perlu.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.
Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?
Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Facebooknya.
Bagi sesetengah orang terutamanya kaum wanita, mereka mungkin menganggap kereta itu hanyalah sejenis kenderaan yang mampu membantu membawa kita untuk bergerak dari poin A ke poin B.
Namun ia bukanlah semudah itu bagi seorang lelaki yang mempunyai kecintaan yang cukup luar biasa terhadap kenderaan empat roda milik mereka. Malah dari segi sejarah, lelaki dan kereta merupakan dua elemen yang sentiasa berhubung kait sejak industri automotif diperkenalkan dalam peradaban dunia moden.
Sejak puluhan tahu lamanya, kereta tidak lagi dianggap oleh penggemarnya sebagai kenderaan semata-mata. Malah tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa ia juga membawa simbol kejantanan, status serta jati personaliti seorang lekai.
Jadi tidak hairanlah penggemar kereta yang digelar sebagai kaki kereta lebih banyak menghabiskan masa dengan kenderaan kesayangan berbanding dengan isteri di rumah.
Tapi tak semua perkara yanag dilakukan atau dilalui oleh kaki kereta difahami ramai. Nak tahu betul atau tidak, rujuk 10 perkara di bawah yang hanya lelaki kaki kereta sahaja yang faham.
1. BERI NAMA
Percaya atau tidak itulah yang banyak dilakukan oleh kaki kereta. Mereka pasti memberikan nama panggilan atau samaran kepada kereta mereka. Malah siap ada jantina sama ada lelaki atau perempuan.
2. AUTOSHOW
Kalendar tahunan pastinya penuh dengan segala macam aktiviti autoshow yang wajib dihadiri oleh mereka. Setiap autoshow pasti menampilkan kelainan malah kalau bertuah dapat saksikan model kereta yang rare dan terkini.
3. KENAL MENERUSI BUNYI
Kaki kereta sejati mampu mengenal jenis kereta hanya dengan deruman enjin atau ekzos dari jauh. Bunyi Honda V-tech turbo? Itu hanya perkara mainan di telinga mereka.
4. BILA BERTEMU BONGGOL
Pernah tak anda berada di belakang kereta yang diubah suai bila melalui kawasan mempunyai banyak speed bump atau bonggol? Kalau tak ‘mengesot’ senget ke kanan atau kiri memang bukan kaki kereta. Disebabkan kereta lowered telalu rendah ia dilakukan seperti itu untuk elak bahagian bawah diseret.
5. ADA JENAMA ATAU TEAM PILIHAN
Kereta Eropah, Jerman atau Jepun. Setiap kaki kereta pasti ada kecenderungan dan sebab masing-masing mengapa pilihan mereka adalah terbaik. Begitu juga dengan pasukan motorsport seperti F1 atau World Rally Championship.
6. JAGA BAGAI ANAK MANJA
Mencuci kereta hingga berkilat itu bukan lagi dianggap sebagai kerja membebankan. Setiap kali perlu mencucinya, mereka akan lakukan dengan cermat, tertib dan penuh berdedikasi.
7. NO AUTO!
Bagi kaki kereta sejati, mereka tidak akan sekali-lagi menyebelahi golongan yang pro kereta automatik.
8. HARGAI SENI AUTOMOTIF
Bagi kaki kereta, semakin tua usia meningkat semakin cool mereka akan kelihatan. Apatah lagu jika berpeluang membawa kereta reto klasik yang mahal dan terhad di pasaran.
9. GEMAR FILEM ADA KERETA
Kalau setakat francais filem ‘Fast & Furious’ itu tidak mengherankan anda. Namun begitulah kuatnya pengaruh kereta terhadap mereka hinggalah menonton filem pun perlu ada babak menonjolkan aksi berkereta.
10. BAU PETROL
Ini bukanlah satu ketagihan. Tetapi lebih kepada bau yang membangkitkan keterujaan dalaman bagi seorang kaki kereta. Bau petrol sahaja membuatkan hati membuak-buat ingin menyaksikan deruman kereta manakah yang hebat.
Jangan lupa untuk menonton RODA PANAS, setiap ISNIN jam 9:30 malam di Astro Naura, ON DEMAND & strim menerusi Astro Go!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.