Kesungguhan seorang bapa yang juga merupakan pengemis berhempas-pulas mengumpul duit selama dua tahun untuk membeli baju baharu anaknya mendapat perhatian dunia.
Biar pun nilai baju tersebut cuma 300 taka (RM16.50) sahaja namun kisah menyayat hati sebuah keluarga dari Bangladesh itu meruntun jiwa ramai orang.
Baru-baru ini, kisah itu diceritakan menerusi sekeping gambar yang dikongsikan jurugambar, GMB Akash di Facebook dan ia mendapat lebih 69,000 reaksi serta 21,000 perkongsian.
Berikut adalah teks yang diolah semula oleh Amri Hassan :
“Semalam, saya berjaya beli sehelai baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping nota 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.
Ads
“Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah menyangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu bertanya di mana saya tinggalkan tangan saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.
“Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya tidak akan mendapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain-main sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap meminjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.
Ads
“Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi mengambil ujian kerana mustahil untuk saya membayar yurannya. Ketika itu, saya akan memberitahu mereka; kadang-kadang kita boleh ponteng ujian.
“Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain untuk dia menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya sedang mengemis. Saya rasa malu apabila dia melihat menadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta-kereta besar dan khuatir kemalangan boleh berlaku dan melanggar saya hingga mati.
Ads
“Apabila saya mendapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke pasar dalam perjalanan rumah dan anak saya yang menolong untuk membawa beg saya. Ketika hujan, kami suka biarkan diri basah dan bercakap tentang impian kami.
“Jika tak dapat wang, saya akan pulang diam-diam. Hari itu saya rasa mahu mati tapi pada malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya fikir hidup ni bukanlah teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya menunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.
“Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ini anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raja dan ini adalah puterinya.
– MD. Kawsar Hossain
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali atlet atau ahli sukan automotif mengecap kejayaan terutamanya di luar negara sedikit sebanyak ia cukup membuatkan kita berasa sangat bangga. Apatah lagi kita masih lagi dalam ‘mood’ Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.
Terbaru, pelumba sensasi Malaysia, Nazim Azman meraih kemenangan perlumbaan pertamanya menerusi EuroFormula Open yang berlangsung pada semalam di Red Bull Ring, Austria.
Foto: Instagram Nazim Azman
Anak muda yang berlumba untuk psukan CryptoTower Racing tersebut berlumba dalam dua perlumbaan. Pada perlumbaan pertama dia menamatkan perlumaab di kedudukan keenam manakala pada perlumbaan kedua pula menyaksikan dia menduduki tempat pertama dengan catatan masa 34 minit 0.256 saat.
Dengan 0.732 ketinggalan di belakangnya ialah pelumba Turki dari pasukan Van Amersfoort Racing, Cem Boluksi menduduki tempat kedua sementara rakan sepasukannya Louis Foster dari Great Britan di tempat ketiga dengan catatan masa 34:2.250s.
“Sememangnya, ia satu permulaan yang baik. Ia amat mencabar dan Cem sememangnya amat pantas dan saya berfikir perkara utama ialah tidak melakukan sebarang kesilapan dan ia berbaloi.
“Foster juga menghadapi persaingan sengit daripada Cameron (Cameron Das daripada pasukan Motopark). Jadi tinggal hanya saya dan Cem berdua (untuk tempat pertama). Secara keseluruhannya saya gembira dengan keputusan ini,” kata Nazim dalam satu kenyataan.
Selepas mengharungi sebanyak 17 perlumbaan, Nazim kini berada di tangga keempat dengan kutipan 208 mata. Rakan sepasukan, Foster mendahului dengan 257 mata diikuti Das dengan 255 mata dan Jack Crawford 218 mata di tangga ketiga.
Kejayaan Nazim Azman turut mencuri perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau mengucapkan rasa bangga dan tahniah menerusi satu ciapan di laman Twitter kendaliannya.
“Nazim Azman daripada Team Crypto Tower merebut kemenangan siri pertamanya di perlumbaan EuroFormula di Red Bull Ring, Austria. Tahniah!! #malaysiaberbangga,” katanya.
Semoga Nazim Azman terus mengecap kejayaan pada masa akan datang dan terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Kredit: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda terfikir macam mana nak dapatkan gambar-gambar yang telah di edit seperti influencer terkenal?
MASKULIN ada caranya. Menerusi perkongsian Hafizi Mohamad, ada ajar bagaimana cara menggunakan aplikasi Lightroom Mobile. Sebelum nak mula, pastikan anda download aplikasi Lightroom terlebih dahulu.
“Hi guys, tok nak share agik simple editing utk pengguna2 app lightroom mobile if suka boleh copy jak preset tok okehh”
Jika ditanya warganegara Malaysia ketika ini siapakah golongan yang paling disayangi mereka sekarang MASKULIN yakin dengan tidak ragu-ragunya akan menjawab barisan hadapan negara yang bertugas melawan penularan wabak COVID-19.
Sesungguhnya pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan penuh risiko sangat dihargai oleh semua pihak di Malaysia.
Antara yang bekerja tanpa henti 24 jam sehari ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain memastikan keselamatan awam mereka giat melakukan rondaan serta sekatan jalan raya bagi memastikan semua orang patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan bagaimana seorang anggota polis yang sedang bertugas menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam sebuah longkang besar.
Anggota tersebut, Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee telah mendapat pujian daripada warganet kerana keprihatinannya menyelamatkan makhluk Tuhan tersebut. Video berkenaan bukan sahaja tular di negara kita malah is turut dikongsi beberapa media antarabangsa.
Berita ini juga turut menarik perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan menyampaikan Surat Penghargaan khas kepada Mohd Azad di atas usahanya berkhidmat bukan sahaja kepada manusia tetapi juga makhluk yang lain memerlukan pertolongan.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR
#SejahteraShahAlam #staysafestayhome
Shah Alam, 15 April 2020 – YDH ACP Baharudin Bin Mat Taib (Ketua Polis Daerah Shah Alam) telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Penghargaan daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady Bin Mohd Tarmizee daripada Unit MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Shah Alam. Turut serta dalam masjlis ini adalah Supt Ramsay Anak Embol ( Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam), YBhg Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor), Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.
Penyampaian surat penghargaan daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady telah disampaikan oleh YBhg Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor) dan disaksikan oleh YDH ACP Baharudin Bin Mat Taib. Surat Penghargaan ini adalah atas keperhatinan Kpl/s Mohd Azad untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang telah jatuh ke dalam longkang dan video berkenaan telah tular dilaman sosial yang mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat.
—————————————–
Rakaman video yang dilakukan oleh rakan setugasnyua, Koperal Ezam Ramli yang dikongsi di Facebook kendaliannya kini telah meraih lebih 490,000 tontonan dengan lebih 24,000 perkongsian.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee. Semoga terus bersemangat, berdedikasi dan tabah dalam menjalani tugas harian tatkala negara kini berdepan krisis COVID-19.
Sumber & kredit: Facebook Polis (IPD) Shah Alam
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.