Bila bercakap tentang diet, tidak dinafikan macam-macam mitos diet yang sering kita dengar. Walaupun tidak pasti sama ada mitos tersebut betul atau salah, namun masih ada yang mempercayainya.
Bagi mengelakkan kekeliruan ini, baca perkongsian Sha Rini tentang 18 mitos diet yang orang masih percaya sehingga kini. Semoga perkongsian ilmu ini akan memudahkan anda membuatkan keputusan dalam proses menurunkan berat badan, sekali gus membezakan yang mana mitos dan yang mana benar.
Jom ikuti perkongsiannya.
Dah nak habis tahun 2018, ada baiknya Keknie buat nota ulangkaji tentang bbrp mitos diet yang masih ada org percaya sampai 2018 ni?? hopefully by 2019 kita semua dah lebih berilmu dan boleh bezakan yang mana mitos dan yang mana bener.
1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak?
2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, kalerful. Kandungan gula dalam buah BUKAN bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.
3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.
4. Air ais TIDAK MEMBUNCITKAN. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.
Ads
5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.
6. Nasik BUKAN penyebab gemuk utama. ?
7. Makanan/minuman TANPA LEMAK TIDAK SEMESTINYA BAIK untuk ada.
8. Usus TIDAK PERLU di detox atau dicuci. Makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.
9. Teh detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.
Ads
10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama ? tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yg masam memang tak elok utk semua org. Haha.
11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.
12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh aje mkn ikan kembung, nasik putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing2.
13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam utk pelihara ikan dlm perut ? anggaran 30ml utk setiap kg berat bdn atau tgk warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.
14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gula nya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.
Ads
15. Makanan berlabel “Tiada Gula Tambahan” atau “No Added Sugar” bermaksud tiada gula putih “ditambah” kepada produk tersebut. Bermaksud, produk tersebut mungkin masih ada amaun gula yg sama seperti yang asal atau dia tak guna gula putih tapi ada gula tiruan seperti maltodextrine, dextrose, maltitol, xylitol, aspartame dsb.
16. Berpeluh dengan banyak semasa workout BUKAN bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Some people sweat a lot. Some dont. Kelenjar peluh kita tak sama.
17. Workout tutup kipas/aircond supaya byk peluh is so yester-year. MOVE ON. ??
18. Pakai baju hujan masa jogging supaya banyak peluh is also so yester-year. Please. Its almost 2020 now. MOVE ON. ?
Banyak dah ni. Ada nak tambah? Bleh tambah kat bawah ye hehe
Ada yang terkena tak sedas dua? ??
Keknie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sering cepat berasa letih ketika bersukan? Kini anda sudah ketahui puncanya. Tubuh badan memerlukan senaman yang dapat mempertingkatkan daya tahan tubuh. Tubuh degan daya tahan yang tinggi dapat membuatkan anda dapat bersukan dengan lebih lama dan bertenaga. Dalam masa yang sama, otot-otot utama juga harus diberikan perhatian dengan senaman yang dapat mempertingkatkan prestasi sukan.
SHUTTLE RUN
Bongkokkan badan dengan keadaan kaki kiri dan kanan dibuka luas. Kedua belah tangan dirapatkan ke sisi dan muka dihadapkan ke hadapann
Gerak ke kanan dan sentuh lantai menggunakan tangan kanan. Tangan kiri diangkat selari dnegan kedudukkan kaki kiri.
Ulang semula dengan kaki dan tangan kiri
Lakukan sebanyak 2 set dan 4 kali ulangan
BODY-WEIGHT JUMP SQUAT
Letakkan kedua belah telapak tangan di belakang kepala. Bahu ditolakkan ke belakang selari dengan bahagian sisi badan.
Rendahkan badan sehingga kedua belah lutut membengkok
Lompat setinggi mampu dan pastikan kedua kaki diluruskan sewaktu melompat
Jatuh ke posisi asal
Lakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.
SAND SKIP
Bongkokkan badan dengan kaki kiri dibengkokkan. Kaki kanan diangkat lurus ke belakang. Tangan kiri diletakkan selari dengan sisi tubuh.
Lompat setinggi mampu dengan menggunakan kaki kiri. Lutut kaki kanan diangkat ke hadapan separas dengan perut. Tangan kanan diangkat ke hadapan
Ulang semula dengan kaki kanan
Lakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin ramai yang pakai windbreaker/ sweatshirt semasa bersenam atau berjoging kononnya boleh turunkan berat dan bakar banyak kalori. Namun betul ke pakai windbreaker/ sweatshirt ini selamat?
Bagi menjawab persoalan ini, seorang Pegawai Farmasi bernama Mohd Dziehan Mustapa telah berkongsi di laman Facebook tentang kebimbangannya melihat semakin ramai yang memakai windbreaker/ sweatshirt lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Jom ikuti perkongsian bermanfaatnya ini.
MITOS BERLARI PAKAI WINDBREAKER / SWEATSHIRT
Saya UPLOAD SEMULA penulisan saya tahun lepas berkaitan penggunan windbreaker/ sweatshirt semasa berlari kerana sekarang ini musim panas. Untuk elakkan dehidrasi berlebihan sehingga membawa mudarat serta Mitos di sebalik pemakaian seperti ini ketika berlari, boleh baca penulisan saya ini untuk kefahaman lanjut
Apa yang kita pakai semasa berlari adalah perkara yang penting. Pakaian yang sesuai akan buat kita rasa lebih selesa semasa berlari.
Saya sering berlari petang hari dan melihat beberapa pelari lain di taman rekreasi yang memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari.
ADAKAH PEMAKAIAN WINDBREAKER/ SWEATSHIRT ADA KELEBIHANNYA UNTUK BOLEH BAKAR LEBIH KALORI?
Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.
Apabila seseorang itu memakai windbreaker/ sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.
Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori. Walau bagaimanapun, idea ini tidak semestinya bagus.
HEAT EXHAUSTION
Keletihan haba (heat exhaustion) berlaku apabila suhu badan meningkat dan tubuh badan tak mampu seimbangkan ia semula. Keletihan haba juga mungkin boleh berlaku dalam keadaan melakukan beberapa aktiviti fizikal/ senaman secara berlebihan.
Oleh itu memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari cenderung untuk mendapat keletihan haba atau dalam keadaan lebih serius boleh menyebabkan stroke haba lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini.
Pembakaran jumlah kalori bergantung kepada dua perkara iaitu “intensiti dan tempoh” melakukan aktiviti fizikal. Peningkatan degupan jantung menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat.
Peningkatan degupan jantung menunjukkan intensiti sesuatu aktiviti fizikal itu. Walau bagaimanapun, aktiviti fizikal berintensi tinggi sukar untuk dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Dalam erti kata lain adalah; ‘cepat penat’.
Oleh kerana windbreaker/ sweatshirt akan meningkatkan intensiti senaman anda, ia mungkin mengehadkan tempoh senaman (cepat penat), seterusnya ia menafikan manfaat pembakaran kalori secara optimum.
MITOS TURUNKAN BERAT LEBIH CEPAT
Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.
Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.
Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.
ELAK PAKAI KETKA MUSIM PANAS
Maka, jika berlari dengan windbreaker/ sweatshirt dan badan menjadi terlalu panas, dinasihatkan agar buka windbreaker/ sweatshirt tersebut dengan segera agar suhu tubuh kembali stabil semula dan minum air untuk hidrasi tubuh.
Sebaik-baiknya bagi pendapat saya, pakai baju berlari yang sesuai dan tidak perlu tambah dengan lapisan windbreaker/sweatshirt. Terutama pada ketika musim panas sekarang ini.
Mungkin pemakaian windbreaker/ sweatshirt dilihat sesuai jika kita berlari pada ketika awal pagi dan suhu sekitaran yang sejuk.
Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.
Jom kita berlari dan pakai pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai. Oh yer, jangan lupa menutup aurat juga ?
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Tidak dapat dinafikan, plank merupakan jenis senaman atau workout yang sangat simple dan ppular dilakukan. Ia juga boleh dilakukan tidak kira masa dan di mana sahaja. Malah semua peringkat umur mampu melakukannya mengikut kemampuan tersendiri. Tapi ramai tidak sedar akan bahawa senaman yang kelihatan ringkas ini juga boleh menyebabkan kecederaan jika silap teknik yang diamalkan.
Bagi anda yang ada masalah sejarah kecederaan bahu atau pergelangan tangan, plank merupakan antara rutin senaman yang harus dijauhi. Ia dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan lama boleh berulang kembali.
Selain itu, melakukan teknik plank yang betul mampu mengelakkan anda daripada berdepan kecederaan yang tidak diingini. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis kesilapan utama yang ramai orang lakukan ketika melakukan plank.
PUNGGUNG TERLALU TINGGI
Ramai orang cenderung meletakkan punggu mereka tinggi semasa melakukan elbow plank. Ini mungkin untuk dapatkan masa lebih lama. Namun ia hanya memberikan lebih tekanan di bahagian bahu.
TERLALU MEMBONGKOK
Bila badan terlalu membongkok anda membuatkan kondisi tulang belakang berada pada kedudukan yang tidak baik. Betulkan bahagian pelvis agar bahagian belakang lebih rata.
PINGGANG TERLALU RENDAH
Sesetengah orang yang berbadan kecil cenderung meletakkan punggung mereka agak rendah. Ini menyebabkan berat anda ditampung oleh bahagian otot punggung sahaja.
Bila melakukan elbow plank kedudukan leher perlulah selari dengan badan. Usah terlalu menunduk atau mendongak kerana ia boleh sebabkan kecederaan otot leher.
BAHAGIAN BELAKANG CONDONG
Ada juga sesetengah orang akan melakukan bentuk bulat pada bahagian belakang semasa melakukan plank ini. Ia disebabkan kekuatan yang tak mencukupi tapi masih degil melakukan juga senaman. Ia hanya menyebabkan anda sakit belakang serta bahu.
KEDUDUKAN BAHU SALAH
Kedudukan bahu merupakan antara faktor paling penting semasa melakukan elbow plank. Oleh sebab itu anda harus pastikan kedudukan bahu selari dalam garisan lurus.
MEMBUKA TANGAN
Bila anda membuka tangan ke lantai ia akan mengurangkan kesan senaman. Ini disebabkan bila tangan dibuka otot perut akan kurang tegang dan hasilnya tidak seperti anda harapkan.
Jangan kupa untuk ikuti Instagram MASKULIN untuk perkongsian tentang gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.