
Mesti kamu melayan perasaan dikala tengah bersedih kerana memikirkan pasal dia, kan? Mesti rasa macam nak give up dan ada yang teruk sampai nak terjun bangunan. Jangan! Usah menyendiri. Layan dulu lagu-lagu ni. Walaupun pasal putus cinta, tapi boleh buat kamu tenang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Tip Badan Sado Seperti Shaheizy Sam Dalam Hanya Masa 10 Bulan

Sejak kebelakangan ini ramai pula artis dan selebriti lelaki yang membina badan, dan Shaheizy Sam juga tidak terkecuali. Bintang Utama Polis Evo (PE) ini mengakui mengambil masa sekurang-kurangnya 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan kekar seperti sekarang.
“Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama.
Tips sado dikongsi Sam kepada anda semua:
1) Minum black coffee tanpa gula setiap hari selepas bangun daripada tidur
2) Selepas minum black coffee lakukan senaman kardio selama 30 minit sehingga 1 jam untuk memastikan lemak-lemak badan dibakar sebelum memulakan hari seperti biasa
3) Lakukan weightlifting bermula 9 malam setiap hari untuk maintain otot badan
4) Sebelum mula build up muscle, Sam mengamalkan pengambilan karbohidrat dan protein dalam hidangan makan pagi dan tengahari
5) Makan makanan bersumber protein seperti ayam dan ikan setiap 3 hingga 4 jam sekali dan kurangkan makan malam
6) Elak makanan berminyak dan minuman bergula serta kurangkan garam dalam setiap hidangan
7) Makan nasi, tetapi hanya beras perang
8) Cheat day: Makan apa sahaja yang teringin nak makan, tapi seminggu sekali sahaja
*Untuk langkah 1 hingga 8, rutin senaman diteruskan seperti biasa*
9) Selepas mendapat bentuk badan seperti sekarang, Sam mula mengambil menu berat sekali sahaja selepas senaman kardio setiap pagi dan banyakkan fiber dalam hidangan tengahari serta elak makan pada waktu malam.
10) Mengawal kalori iaitu dengan memastikan pengambilan kalori di bawah 2000 setiap hari untuk memastikan lemak di badan berkurangan atau maintain di level sama
Sumber : astrogempak
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Air Kencing Kekuningan Jernih Tanda Ada Cukup Air, Jika Kotor Anda Perlu Banyak Minum Air

Awas!!!! Dahaga Tandanya Dehidrasi
- Sesetengah yang percaya bahawa rasa dahaga tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
- Ada juga yang berpendapat warna air kencing juga boleh menandakan sama ada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna air kencing anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik, manakala warna urine yang agak kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
- Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambil kirakalori atau diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air tanpa perlu meminum air, anda juga boleh mendapatkan bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.
- Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 22.7 kg atau 50 lb. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.
- Jadi jom kita main kira-kira. Sekiranya berat badan terkini anda 55 kg (atau 120 paun), jadi setiap hari anda perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air. Jumlah 2.4 liter jika disukat mengikut cawan, ia bersamaan dengan 250 ml, maka anda perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.
- Jadi, cuba bayangkan jika anda atau kawan yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga 100kg (atau 220paun)? Ini bermakna dia perlu minum sebanyak 4.4 liter air. Wah! banyak betul, kan.
- Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
- Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.
- Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, iaitu ia bukan semata-mata air kosong.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rahsia Liang Pori Kembali Ketat

Lemon
Hiris atau kisarkan sebiji lemon kemudian ambil airnya. Kemudian sapukan pada wajah selama 20 minit. Setelah selesai bilas menggunakan air sejuk.
Soda Bikarbonat
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama 2 sudu air suam. Kemudian, sapukan dan urut pada bahagian wajah selama 30 saat hingga seminit menggunakan gerakan membulat. Setelah selesai, bilas dengan air sejuk.
Putih Telur
Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Gunakan bahagian telur putih dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sejuk.
Lidah Buaya
Ambil isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mampu membantu membersihkan serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.
Tomato
Sapukan tomato yang telah dikisar pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Tomato mampu membantu mengecilkan liang pori yang terbuka di samping menghaluskan wajah.
Betik
Ambil dua potongan kecil betik, kemudian lenyekkan ke dalam mangkuk kecil atau kisar. Setelah hancur, sapu pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas bersih dengan air sejuk.
Timun
Campurkan jus timun yang telah dikisar bersama tepung jagung untuk menjadikannya lebih likat. Seterusnya, sapu pada sekeliling muka terutama pada liang pori yang terbuka selama 15minit. Setelah selesai bilas dengan air sejuk.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI