Jika anda seorang perokok tegar, pasti anda akan skip artikel ini kan? Ini kerana anda masih lagi berdegil tidak mahu berhenti merokok. Sebanyak 20-25 peratus kematian di hospital adalah disebabkan oleh penyakit jantung dan salah satu puncanya adalah merokok. kalau dah sakit dada, berpeluh-peluh, sakit ulu hati, muntah dan pening kepala yang melampau, bawak-bawaklah ke hospital. Anda mungkin mangsa baru Penyakit Jantung.
Bila dah terkena tu, mulalah nak insaf. Kalau boleh, jangan sampai dah kronik baru nak bertidak. Jika sudah psang niat untuk berhenti merokok, baik teruskan. Apa-apa pun ia datang dari keinsafan diri sendiri. Sifat kecekalan yang tinggi perlu ada, kerana merokok sudah menjadi tabiat dalam hidup anda. Terdapat pelbagai jenis cara untuk berhenti merokok, antaranya seperti terdapat patch yang boleh dilekat di lengan untuk mengurangkan keinginan merokok atau gula gula getah yang turut juga membantu.
Okaylah, rokok tak boleh, kita beralih kepada Vape, ‘halal’ sikit. Kajian tentang Vape di Malaysia masih belum boleh di isukan jika nak dibandingkan dengan rokok. Maka kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam jangka masa panjang. Walaubagaimanapun kadar asap yang tinggi dan kandungan kimia digunakan dalam Vape masih merbahaya, bukan sahaja kepada penghisap Vape tetapi juga kepada orang disekeliling. So yang dah pasang niat, atau dah berpindah kepda Vape tu, renung-renungkan lah ye.
Nasihat kami di Maskulin, jangan jadikan merokok satu tabiat kerana ia merbahaya dan boleh membawa padah dalam jangka masa panjang. Sayangilah diri anda dan juga orang yang rapat disekeliling, Bukan sahaja effect kepada serangan jantung, Kanser atau penyakit kronik paru-paru juga boleh singgah jika anda tidak berhenti merokok.